rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

download FAST "destinasi bajet" 8tv year 2...

Assalamualaikum...

hari ni nak share kat korang sume satu program 8tv iaitu destinasi bajet..


aku mmg berminat sangat nak wat travel sorang2 kat malaysia ni...

pergi jalan2 kat tempat best.. rilex tenangkan hati dari masalah2 jiwa yg ada dalam pale otak ni..

amik experienced dari apa yang dah dilalui dalam travel..

very interesting.. tapi impian hanya impian kalo tiada usaha merealisasikannya...

aku pun selalu tengok rancangan destinasi bajet ni... tapi kadang2 je.. xtau time dia bila...

so byk lar destinasi yang aku terlepas hehe.. anyway jumpa lak link yang ley download laju program ni.. so... bukan aku upload tp amik link dari media prima..

hope korang enjoy...

Sinopsis


Program berbentuk 'infotainment' yang menampilkan Hos sebagai perantara dan jururcakap yang akan membawa audiens menikmati percutian dengan perbelanjaan yang minimum diseluruh destinasi percutian tempatan.

Program selama 25 minit ini akan dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai destinasi percutian yang dilawati, seterusnya Hos akan membawa audiens menikmati percutian jimat (Budget Holiday) dengan memaparkan antara lainnya chalet-chalet atau hotel-hotel, tempat-tempat makan, kawasan-kawasan membeli-belah, aktiviti-aktiviti percutian dan juga kaedah-kaedah pengangkutan yang mengenakan harga yang berpatutan.

Disamping itu Hos juga akan membawa audiens menjelajah tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan riadah dan mengambil bahagian di dalam apa juga aktiviti-aktiviti harian penduduk setempat di lokasi tersebut. Untuk mengekalkan ciri-ciri percutian jimat (Budget Holiday) Hos akan diperuntukan dengan perbelanjaan sebanyak RM300 di setiap destinasi.

Hos juga akan menerangkan kepada audiens secara lengkap mengenai perancangan yang sesuai dengan peruntukan untuk menikmati percutian dengan selamat. Untuk keselamatan percutian pula, Hos akan menerangkan kepada audiens antara tempat-tempat yang boleh dihubungi ketika kecemasan seperti Balai Polis, Hospital, Pasukan Penyelamat dan lain-lain.

Program akan menampilkan teknik 'fast-cut' dan 'insert' bagi mengekalkan tempo yang sesuai. Program juga akan menggunakan B. Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Download Link

Destinasi Bajet Episod 01 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 02 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 03 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 04 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 05 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 06 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 07 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 08 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 09 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 10 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 11 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 12 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]
Destinasi Bajet Episod 13 [ Part 1 ] [ Part 2 ] [ Part 3 ]

2 comments:

Anonymous said...

salam, link utk destinasi bajet tu error...mntk tlg tunjuk ajar kat mane sy blh dptkn video2 destinasi bajet....

thnks
arca_satria@yahoo.com.my

Anonymous said...

mntk tunjuk ajar kat mane nk dpt kn video2 destinasi bajet...
link error

thanks..
arca_satria@yahoo.com.my