rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sabah Tuaran Crocodile Farm...


 Assalamualaikum.. w.b.t.



First time saya memasuki kawasan Tuaran Sabah Crocodile Farm.. walaupun sudah hampir selalu saya melalui simpang ke taman buaya nie yang menuju jalan ke ranau dan tamparuli.. tapi pengalaman memasuki taman buaya ini sungguh seronok..  




Tempat nie saya bayar RM5 atas tiket student.. sbb saya pergi dengan student.. harga tiket seperti yang tertera di gambar.. for malaysian and non malaysian citizen... quiet nice.. tempat sangat bersih dan well maintain.. berbaloi dengan setiap ringgit yang anda bayar..



Terdapat beberapa tempat kawasan haiwan lain yang terdapat disini.. antara nya taman rama-rama.. burung unta.. kolam ikan... taman rusa.. kandang ayam... tupai... dan beberapa haiwan lain.. dah macam zoo dah.. 

Saya datang tepat pada pukul 2.45pm, dan anda perlu tahu setiap pukul 11.00pg dan 3.00ptg akan diadakan crocodile show.. pengunjung akan disajikan dengan gaya berani penjaga buaya menjinakkan, memberi makan dan mencium buaya tue..




Di taman buaya ni juga anda akan rasa... bilangan buaya lebih banyak dari bilangan pengunjung yang hadir.. bukan sebab bilangan pengunjung sedikit.. tetapi nak menunjukkan betapa banyaknya buaya kat sini...

Selepas show dengan buaya.. pengunjung akan berpeluang menikmati satu pertunjukan tarian unik di sabah di kawasan rumah panjang di situ.. para penari juga sporting akan mengajak para pengunjung menari bersama..




lepas dari itu anda boleh ke kolam ikan keli... disitu beratus ikan keli yang besar2.. anda boleh beri makanan pada mereka dengan semurah rm2.. satu balang.. xdalar mahal sangat.. dan setiap satu kandang haiwan ada disediakan makanan dan pengunjung boleh membeli dengan harga rm2 shj.. 




Menarik disini tentulah saya dapat lihat buaya dari kecik sampai ke besar.. burung unta secara dekat.. bagi makan rusa... masuk taman rama2.. dan taman disini sangat kemas.. berbaloi dengan harga rm5 yang saya bayar.. 
















InsyaAllah.. kalau ada masa boleh ajak kawan2 atau family ke sini..

wassalam..

0 comments: