rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Panduan kereta sewa di kota kinabalu

Salam Sejahtera

Kereta Sewa juga memang mudah untuk didapati di kota kinabalu. Anda akan melihat banyak perkhidmatan kereta sewa di kaunter kkia 1 atau 2 yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Harga yang ditawarkan agak tinggi bagi sesetengah orang, kereta myvi mungkin dalam range RM150 - RM170 sehari.. Memang agak mahal, tapi mereka merupakan syarikat yang berdaftar, kereta yang terjaga dan perkhidmatan yang baik.

Kepada mereka2 yang nak save bajet untuk sewa kereta, anda boleh mencuba perkhidmatan sewa kereta di mudah.my. memang mudah kan. Macam cendawan tubuh selepas hujan, perkhidmatan sewa kereta memang sangat femes di KK. List anggaran Sewa kereta sehari mengikut jenis kenderaan :

Viva  - RM 80
Myvi - RM 100
Saga  - RM 100
Alza   - RM150
Exora - RM170

Jadi memang banyak anda akan jimat. Dokumen yang diperlukan untuk diberikan kepada owner kereta adalah salinan lesen memandu dan juga tiket pergi dan balik flight untuk tujuan penghantaran dan pengambilan kereta kembali.

Seeloknya sebelum kita menerima kereta yang disewa, haruslah kita bertanya beberapa soalan mudah. Antaranya kondisi kereta tersebut & tahun berapa kereta tersebut dibeli. Ini kerana anda perlu kereta yang berkeadaan baik untuk melalui kawasan berbukit dan bergunung jika anda berhajat ke Kundasang dan Ranau.

Seeloknya kepada yang baru first time ke Kota Kinabalu, jangan lupa sediakan GPS untuk memudahkan perjalanan. Kalau sesat takut accident pula. Anda juga perlu tahu jalan kecik ke, besar ke, satu lane, dua lane semua had laju adalah 90KM/Hour jadi jangan nak lebey2 kang kene saman pulak..

Elok yang diberi, jadi berilah dalam keadaan yang elok juga..

Selamat melancong ke Kota Kinabalu.

0 comments: