rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Panduan Rumah Homestay & Hotel di Kota Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Kali ini saya ingin menyentuh berkisar tentang Rumah Homestay& Hotel kepada pelancong yang baru pertama kali menjejaki bumi kota kinabalu Sabah.

Seperti yang anda tahu, di Sabah ni memang banyak perkhidmatan rumah homestay, tetapi bagaimana anda sebagai pengguna dapat menjimatkan pengeluaran kewangan anda.

Rumah Homestay yang selalunya menjadi pilihan kepada pelancong yang datang dengan keluarga yang ramai. Sekiranya terdapat salah seorang ahli keluarga anda bekerja dengan Syarikat Swasta @ Semi Government, boleh kiranya bertanya kepada Human Resources mengenai rumah staf jika disediakan di area Kota Kinabalu.

MARA contohnya ada menyediakan satu rumah Apartment bagi pekerja mereka. Rumahnya agak selesa dengan bayaran hanya serendah RM50 anggaran kos sebenar RM350. Selesa yang macam mana? Rumah 3 bilik beraircond, TV LED 46inch Samsung, Sofa Leather, dapur serta peti ais.. kedudukannya di MARINA COURT HOTEL bersebelahan dengan Hotel Promenede Bertentangan dengan Centre Point Kota Kinabalu dan Pasar Filipine. Mungkin masa yang diberikan agak limited sehari sahaja dan juga perlu booking lebih awal.

Selain dari itu, jika family anda tidak ramai mungkin 2 dewasa dan 3 kanak-kanak boleh juga mencuba hotel Tang Dynasty hotel.. saya di pahamkan hotel ini agak murah dalam lingkungan Rm80 - Rm150 untuk 2 hari satu malam penginapan. Hotel Tang dynasti terletak berhadapan dengan stesen bas utama kota kinabalu dan bersebelahan dengan hotel Promenede. Hotel ini bukannya 5 star hotel tapi hotel yang standard yang boleh didiami dengan selesa.

Hotel yang save bajet juga terletak di 1borneo hypermall iaitu hotel Courtyard.. Hotel ini bersambung dengan  Hypermall 1 Borneo di area Sepanggar yang tidak jauh dengan tanjung lipat tetapi memerlukan dalam 15 minit untuk ke kota kinabalu.. Harga range juga dalam RM70 - RM150, Biliknya sangat kecil dan tidak sesuai untuk anak yang ramai, tetapi anda boleh upgrade bilik kepada yang lebih selesa.

Banyak lagi hotel hotel yang menawarkan perkhidmatan mereka. Jadi kepada mereka yang nak survey tu boleh melayari beberapa laman web. Antaranya :

link 1

link 2

link 3

Survey2 memang seronok, dan kadang2 ada promosi ikut nasib..

Wassalam





0 comments: