Sumber
sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik?
Pakar Matematik Gunaan dedah
fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara
Penyelarasan subsidi ke atas
bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan
kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor
perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.
Dalam keadaan yang semakin
tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh
dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.
Ironinya, setiap kali
kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi
caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang
dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut
sara hidup yang menyeksakan.
Bagi merungkai permasalahan
kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
(Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid
Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti
fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar
merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.
1) Bolehkah harga bahan api
ini diturunkan?
HAMID YEOP:
Ya boleh! Malah boleh diturunkan
kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak
dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui
semasa kajian pada 2008 yang lalu.
Di pasaran dunia harga bahan
api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik
naik sahaja.
Sesiapa pun faham ini
membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia.
Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter
(Venezuela).
2) Bagaimanakah boleh dijual
begitu murah sekali?
HAMID YEOP:
Untuk memudahkan orang awam
faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu
harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi?
Sudah tentu untung 3 kali ganda.
Begitu juga minyak mentah.
Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan
Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira
700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar
tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan
setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran
perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan
tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat
didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut
harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati
rakyat.
3) Maknanya, kenaikan harga
minyak mentah dunia tidak merugikan negara?
HAMID YEOP:
Ya benar. Bukan sahaja tidak
merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti
kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak.
Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak
700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi
memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50
untuk USD1.
Harga minyak pada Januari
2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007
adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138
iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira
RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion.
Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan
diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah
jauh lebih tinggi.
4) Dengan RM78 billion
lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
HAMID YEOP:
Kalau tiada subsidi pun harga
minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini
menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga
minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78
billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita
bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli
bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.
5) Benarkah ada subsidi dan
siapakah yang menerimanya?
HAMID YEOP:
Ketika minyak mentah berharga
USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan
mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan
diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.
Jika benar ada subsidi,
adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell,
Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk
persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka
mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.
Sekiranya syarikat asing itu
tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau
kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan
masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di
Singapura jauh lebih mahal.
Tinjauan saya mendapati
stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat
asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini
bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan
besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus
daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.
6) Jadi berapakah sebenarnya
subsidi minyak kepada rakyat?
HAMID YEOP:
Berdasarkan RM33 billion yang
dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam
setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
Mengikut laporan pada tahun
2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya,
terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata
jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari,
atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah
stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000
liter.
Jika benar ada subsidi maka
angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana
angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak
kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion
setahun.’
Ada atau tidak subsidi minyak
untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.
7) Jika tiada subsidi, rakyat
terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
HAMID YEOP:
Sepatutnya tidak. Salah satu
cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus
keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di
dalam negara.
Penyerapan keuntungan ini
akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara
langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan
minyak.
Tindakan inilah yang
sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.
Lagipun bukan semua pengusaha
syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah
dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit.
Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi
berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).
Bila untung 2 kali ganda
sepatutnya turun separuh harga.
Benarkah stok minyak kita
akan habis?
HAMID YEOP:
Tuhan jadikan Malaysia unik.
Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga
air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau
ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat
maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas
dan di kawsan carigali.
Untuk satu jangka yang amat
lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu
minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.
9) Formula ini telah Prof
cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
HAMID YEOP:
Sebagai rakyat biasa yang
prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya
pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya,
model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah
pada rakyat.
10) Akhirnya apakah harapan
Prof?
HAMID YEOP:
Menurunkan harga barang
menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini
dengan mana-mana pihaSumber sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik?
Pakar Matematik Gunaan dedah
fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara
Penyelarasan subsidi ke atas
bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan
kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor
perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.
Dalam keadaan yang semakin
tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh
dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.
Ironinya, setiap kali
kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi
caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang
dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut
sara hidup yang menyeksakan.
Bagi merungkai permasalahan
kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
(Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid
Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti
fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar
merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.
1) Bolehkah harga bahan api
ini diturunkan?
HAMID YEOP:
Ya boleh! Malah boleh
diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan
harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula
ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.
Di pasaran dunia harga bahan
api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik
naik sahaja.
Sesiapa pun faham ini
membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia.
Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter
(Venezuela).
2) Bagaimanakah boleh dijual
begitu murah sekali?
HAMID YEOP:
Untuk memudahkan orang awam
faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu
harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi?
Sudah tentu untung 3 kali ganda.
Begitu juga minyak mentah.
Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan
Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira
700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar
tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan
setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran
perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan
tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat
didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut
harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati
rakyat.
3) Maknanya, kenaikan harga
minyak mentah dunia tidak merugikan negara?
HAMID YEOP:
Ya benar. Bukan sahaja tidak
merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti
kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak.
Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak
700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi
memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50
untuk USD1.
Harga minyak pada Januari
2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007
adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138
iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah
kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78
billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol
dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia
adalah jauh lebih tinggi.
4) Dengan RM78 billion
lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
HAMID YEOP:
Kalau tiada subsidi pun harga
minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini
menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga
minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78
billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita
bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli
bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.
5) Benarkah ada subsidi dan
siapakah yang menerimanya?
HAMID YEOP:
Ketika minyak mentah berharga
USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan
mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan
diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.
Jika benar ada subsidi,
adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell,
Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk
persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka
mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.
Sekiranya syarikat asing itu
tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau
kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan
masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di
Singapura jauh lebih mahal.
Tinjauan saya mendapati
stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat
asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini
bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan
besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus
daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.
6) Jadi berapakah sebenarnya
subsidi minyak kepada rakyat?
HAMID YEOP:
Berdasarkan RM33 billion yang
dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam
setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
Mengikut laporan pada tahun
2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya,
terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata
jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari,
atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah
stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000
liter.
Jika benar ada subsidi maka
angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana
angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak
kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion
setahun.’
Ada atau tidak subsidi minyak
untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.
7) Jika tiada subsidi, rakyat
terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
HAMID YEOP:
Sepatutnya tidak. Salah satu
cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus
keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di
dalam negara.
Penyerapan keuntungan ini
akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara
langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan
minyak.
Tindakan inilah yang
sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.
Lagipun bukan semua pengusaha
syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah
dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit.
Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi
berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).
Bila untung 2 kali ganda
sepatutnya turun separuh harga.
Benarkah stok minyak kita
akan habis?
HAMID YEOP:
Tuhan jadikan Malaysia unik.
Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga
air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau
ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat
maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas
dan di kawsan carigali.
Untuk satu jangka yang amat
lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu
minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.
9) Formula ini telah Prof
cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
HAMID YEOP:
Sebagai rakyat biasa yang
prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya
pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya,
model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah
pada rakyat.
10) Akhirnya apakah harapan
Prof?
HAMID YEOP:
Menurunkan harga barang
menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini
dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah
negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah
jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam
tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.
Sisipan: SINAR HARIAN (5
Januari 2011)
oleh
wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN