rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Haramkah memakai minyak wangi beralkohol ketika solat..

Assalamualaikum sahabat..

Hari ni saya nak bincangkan topik ni.. mungkin ada yang tahu apa jawapan nya..

tapi mungkin ada yang x tahu.. satu hari ada kawan saya tanya soalan ini pada sy..

Haramkah memakai minyak wangi beralkohol ketika solat..?
saya rasa tidak yakin.. jadi saya kata haram, xley bawak sembahyang..

alkohol adalah satu cecair yg bermanfaat untuk ubat ubatan...

kenapa Agama Islam mengharamkan Alcohol adalah kerana jika kita meminumnya kita akan mabuk yakni berkhayal..

ketika kita sembahyang otak kita waras dan semasa sembahyang juga alcohol tidak membawa keburukan kepada kesihatan kita..

Berkaitan dengan najis - bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis.

untuk lebih detail.....
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar
70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh (mati) dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah
dikira suci dan tidak menjejaskan solatseseorang. Itulah pendapat berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

Walaupun begitu, kite seharusnya berhati-hati dalam memilih perfume yang sesuai yang tidak mengandungi bahan-bahan yang ditegah seperti lemak haiwan, LARD (babi) dan sebagainya.
credit goes to here
thats all..

wassalam..... ^^.V

0 comments: