rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Kecewa dengan Harian Metro 18SX..??

Assalamualaikum..

Hanya perasaan kecewa yang dapat saya gambar kan di sini..

Adakah harian metro ingin menjadi surat khabar yang sensasi dengan kebanyakannya menceritakan kisah rogol atau pengkuat nafsu.?

Adakah objektif sebenar harian metro ingin menjadi antara surat khabar "SENSASI" yang sudah sedia ada sekarang??

2 hari lepas.. saya pergi ke hospital HUKM melawat kakak yg selamat dikurniakan cahaya mata lelaki..

Sedang sy membaca surat khabar metro.. beberapa muka surat di hadapan menceritakan kisah rogol.. kisah pengkuat nafsu batin.. dan kisah disebaliknya..

of coz lar ramai akan tertarik untuk mengetahuinya.. dan yg sy xpaham kenapa perlu di tunjuk untuk beberapa muka surat dihadapan.. adakah ia ingin dijadikan bahan ikutan..?? adakah anda tahu bahawa budak2 yang dibawah umur juga akan baca surat khabar ni.. perasaan ingin tahu dan mencuba sgt tinggi dan saya pasti mereka pasti akan tertanya tanya dan cuba melakukannya..

Ia cukup mengecewakan saya kerana kes rogol semakin meningkat ttp artikel sebegini seperti mengundang lebih banyak kes rogol di masa hadapan.. tidak perlu diceritakan bagaimana wanita itu dirogol cukup sekadar pendek ceritanya tp panjang hukumannya.. itu lebih baik.. dan tidak perlu lar hendak cerita hal pengkuat nafsu batin ni.. banyak lagi masalah dunia ni yang perlu di 'HIGHLIGHT' kan..

apa pun saya amat kecewa dengan harian metro.. harapan saya adalah kritikan ini membawa perubahan positif untuk tabloid HM dalam mengupas masalah dunia ini...

wassalam...

0 comments: