rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Earth hour or haramkan bag plastic??


Assalamualaikum..

ingin saya coretkan cerita ketika 8.30 malam berlaku di sekeliling umah sewa saya.. alhamdulillah saya telah menjalankan tgungjwab saya sebagai manusia yang duduk di muka bumi ini. wpun selama sejam.

apa yang saya kesalkan adalah.. di sekeliling umah saya.. mereka tidak menutup lampu itu tidak mengapa tp mereka menjerit2 meminta org lain jangan menutup lampu..saya agak hairan juga nak je saya jerit (suka hati aku lar aku punya electric) tp xpe saya kuatkan semangat.. kitorang bergelap tutup sume bekalan electric..

apa yg saya nak cakap disini sejauh mana effectivenya earth hour demi menyelamatkan bumi dari pencemaran.. mungkin ada sedikit effectivenya tp itu tidak membawa kesan yg besar jika hanya sekali dalam setahun dilaksanakan.. betul x??

bag plastic merupakan faktor pencemaran paling utama. ia xdapat dilupuskan dan jika dilupuskan gas kimia yang terhasil mampu merosakkan lapisan ozon bumi kite..

persepsi orang dahulu jika xdiberi plastic lebey boley dikatakan kedekut... harus diubah sama sekali..

saya ingin menyarankan bag plastic ini diharamkan malah kilangnya ditutup.. para engineer perlu lebih berusaha memikirkan alternative terbaik bagi menggantikan plastic( dah ada tp xbyk dan mahal).. penggunaan bakul yang senang dibawa @ bakul yang sesuai dibawa oleh lelaki(maklumlar segan kalo lelaki bawa bakul beg) mungkin dapat dicipta..

ini di antara bag yang mesra alam sudah sedia ada.. (thankz for the info syukri)
kesimpulannya.. pengharaman bag plastic tidak mampu dilaksanakan untuk jangka masa pendek.. tapi jangka masa panjang insyaAllah pastinya ia mampu dilaksana....

wassalam..

PLKN.. BEST KE??




Assalamualaikum...


PLKN atau program latihan khidmat negara.. hehe..sesaper yg budak lepas spm tu.. mesti cuak kan kalo kene panggil..

saya salah seorang yg terpilih utk join benda jadah nie kat KEM SEMARAK PEKAN.. saya dapat merasakan perubahan yg dramatik bukan sahaja dari sudut fizikal malah rohani.

ia mengajar kita erti kepayahan, kecekalan dan disiplin dalam diri..

saya dulu seorang yg pendiam, segan nak jumpa cikgu, pemalu tahap gaban dan kurangnya tahap konfiden dalam diri..

selepas je sy masuk PLKN ni.. saya bergaul dengan pelbagai manusia. saya tgk cara mereka mengurus diri, cara mereka hidup.. kehidupan saya jauh lebih teratur..

saya diajar menunjukkan potensi diri dalam kelas, bercakap di hadapan..

kitorang berkawat dalam keadaan panas setiap hari kecuali ahad..

handset dapat start ari sabtu pagi bg balik kat pegawai hari ahad petang pukul 5. masa dapat handset benda first sekali nak call parent yg kedua org yg ko cinta(tu pun kalo korang ada.. masa tu aku dah xda.. keh keh keh).. yg ketiga dengar radio..

sepanjang ko kat PLKN tu ko akan merindui family ko dan setiap hari kalo boley ko nak call parent ko.. secekal mana pun ko.. pastinya ko akan menangis sebak bila dengar suara ibu dan bapa sedang merindui ko dalam telefon..

pasal makanan mmg the best of the best lar.. tiap2 hari korang akan dapat makan ayam besar penumbuk korang.. makan 5 kali sehari.. pagi, tengah hari, petang, malam dan tgh malam.. punya perihatin kerajaan sampai 5 kali ko kene makan. tp yg pastinya ko xkan bertambah gemuk kat sane.. tu je..

masa aku tu.. kitorang ada tayangan.. ramai pula yg kene rasuk (semua perempuan dan xsilap sampai 20 orang kot.) lepas tgk cerita kingkong kat dewan makan.. aku pun tersentak sampai seminggu tu depa kene.. fuh aku dgn geng g masjid baca yasin sampai pagi..

pas 2 bulan.. di saat aku menerima satu pucuk surat.. anda diterima masuk ke "MATRIKULASI PAHANG".. dalam hati. aku akan meninggalkan awal kem ni.. sgt gembira tp jauh di sudut hati, aku amat merindui cikgu dan kawan kat situ..

pelik juga apsal sume negeri pahang.. kem kat pahang dan kolej matrik pun kat pahang.. mungkin jodoh aku dengan orang negeri pahang kot. nama pun shahzan kan.. shahzan muda dan shahzan inn ada kat kuantan.. haha..

byk lagi benda nak aku ceritakan tp cukupla sampai sini.. kenangan di PLKN tu sgt indah dan xkan aku lupakan.. kepada ibu bapa suruh lar anak mereka join plkn so diorang akan lebih berdisiplin lepas nie..

wassalam...

PROJEK PUNYA PASAL...



Salam..

semlam.. aku kene siapkan satu projek yg perlu dihantar minggu depan.. designing the product.. we choose the item and after that assemble as a product..

kitorang wat torchlight campur pisau sbb benda ni baguz utk pergi ke hutan atau camping..

kami.. shahzan dan zainul ditugaskan dalam assemble sambil dibantu bro sapani dan bro wan..

proses membuatnya amat lar susah terutama nya bila nak assemble tu.. asik2 xjadi.. satu benda nak assemble tu makan masa sejam.. bayangkan saya ada 12 part yg perlu disambungkan..

saya baru belajar assemble ni semalam.. tu pun dgn 2 exercise.. pastu buat sendiri..

setelah try dan mentry lagi, kesilapan demi kesilapan.. akhirnya menemui kejayaan.. Alhamdulillah..

MEDIA MASSA.. AIBKAN..?


salam..

beberapa hari ni, byk perkara yg berlaku xkira kebaikan atau kemungkaran.

kita banyak didedahkan isu semasa xkira media cetak atau media massa yg lain..

tp semakin hari media massa seolah semakin condong niatnya bg memberikan informasi yang benar malah memputar belit sehingga menimbul was was dan fitnah...

selang beberapa hari lalu, surat khabar terutama muka depan surat khabar seringkali mengenai tangkapan khalwat dan perkara maksiat yg lain disiarkan bg membuka aib orang bg mendapat "promosi murah" oleh akhbar dan saya ada membaca artikel dr maza bekas mufti perlis ttg perkara ini..

Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah ‘orang lain’ untuk dilelong. Namun Islam menentang cara yang demikian

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”


hadis ini menerangkan bahawa... rasullullah s.a.w tidak akan mendedahkan keburukan orang itu sehingga mengaibkan org itu selagi dia tidak melakukan keburukan secara terang dan sesungguhnya amalan wajib seperti solat mampu menghapuskan keburukan yang dilakukannya.

Islam juga mengharamkan kita mendedah aib orang lain yg bersifat peribadi, malah lebih suka mendedahkan kebaikan orang itu.

wa'Allahualam

PPSMI: Kisah Pelajar Luar Bandar


p/s : dari keratan akhbar


Adegan 1:


Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip' hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

" Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla."

"Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are you from. Ok, let us start from you."

" Err...sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?"


Aku jawab : " Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih."

" I is Syahrul (nama rekaan). Yang lain saya tak gheti sir."

"Ok takpa...teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana."Dalam hati : "Mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?"



Adegan 2:


Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajarpun.

"Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dengan cita-cita. Hah kamu...mula!"

"Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm...perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan."

"OK takpa, kamu!" aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.

"Saya...nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku" Memang disebut LEMU, bukan lembu. Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan ku...bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.

"Sebab apa nak jaga lembu?""Ku tak tau dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia."

" Oo...ya ka?" aku menyetujui kata-katanya

Dalam hati : "Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor, saintis. Paling komanpun polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naif...tapi kalau dibandingkan dengan anak bandar yang sebaya, depa ni jauh naif. Seolah-olah tiada langsung cita-cita."

Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka untuk terus berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.Lalu...bagaimana ingin mempunyai cita-cita?



Adegan 3:


Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST) - Tingkatan 4 dan 5.Untuk Tingkatan 4...semua gagal (fail) untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.Untuk Tingkatan 5...ada seorang dua sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun...aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu : "Hah...besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan maupun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dengan Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak." Kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

"Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau." Sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.

"PUNAH ANAK BANGSA" terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.



Adegan 4:


Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

"Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu?" Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan? Mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Tapi apa boleh buat... payah...susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa).Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:

"Depa tengah main Sing-Kong Sir."

"Menatang apa tu?" aku bertanya kehairanan.

"Judi!" (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)

"Budak-budak kat belakang! Baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!" Tegas aku dalam nada separuh bengang.

"Ok sir." Jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran "Mari Mengenal Bahasa Inggeris"

"Ok kelas...kalau I...padan dengan Am"

"I am"

"Kalau he atau she yang maksudnya Dia...padan dengan Is"

"He is"

Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar bandar. Ops...di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.

Oleh: Haikal Ghazali

COUPLE ITU HARAM.. BERAPA KALI LAR NAK BG TAU KAN..!

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..

oleh: umairzulkefli

Proton ramalan menjadi kenyataan..??

Salam..

Tahun lepas saya mendapat e-mail dari seseorang yang paling saya sayang(my love) ttg mpv dan satu lagi model pooterror...

pengeluar kereta tersebut adalah PROTON.. ini gambarnya..



dan tahun ini.. MPV bakal dilancarkan..

maka e-mail ini boleh dipercayai juga lar...

so adakah pooterror akan keluar tahun hadapan???

Setan macam??

salam..

kalo nak bercerita tentang zaman dulu.. ramai yang terkenal dengan kejahatannya sehingga telah disebut di dalam al quran menunjukkan mmg sudah tentu sah jahat makhluk ini... dan mungkin depa ni terkenal dengan sumpah seranah kiter.. antaranya:

ko ni setan macam dajal la...

dan mungkin...

ko ni jahat macam firaun la..

ko ni kurang ajar macam abu jahal..

tapi kini zaman dah berubah... orang pun dah berubah, ayat pun dah berubah.... zaman 2009 lar katakan. tetapi kejam tetap kejam. ianya mungkin begini..


ko ni setan macam bush la..

ko ni jahat macam zionis laknatullah...

ko ni kurang ajar macam olmert la...



Pada kebanyakan nabi akan tahan kutukan dari orang kafir atas sebab fikir macam mana nak islamkan dia orang.. mana tau bush dah sedar dia masuk islam...

wa`Allahualam..
no komen..
creadit to drazwan.blogspot.com

MOVIE YANG MEMBERIKAN ANDA IMPACT.... AWESOME!!

Bulan 3 ni.. emm.. saya telah menonton hampir 7 movie yang tak kira baru dan lama(download dan tengok)...

Dan dalam movie ni terselit 2 buah movie yang betul2 memberikan saya satu perasaan.. AMAZING!! AWESOME!!(bak kata Nabil housemate sy)

Jadi senanglar saya memberikan sedikit jalan penceritaan dalam cerita ini tanpa menspoilkan ia, dan memberikan sedikit komen tentang filem ini k....

1. SLUMDOG MILLIONAIRE
Slumdog millionaire bukan seperti cerita fantasi magik india biasa sperti yang kita tahu yang lebih kepada menari, menyanyi, tukar baju dan permandangan sekelip mata. Ia sungguh berlainan. Tanpa diselitkan element menari dan menyanyi sepanjang cerita ini, bakal memberikan kepuasan dan konsentrasi penonton. Bermulanya cerita nie

Jamal Malik is one question away from winning 20million rupees.. How did he do it??

A. He cheated
B. He's lucky
C. He's genius
D. It is written

pasti membuat kita tertanya-tanya, dan semakin ingin tahu bagaimana dia melakukannya sedangkan dia bukan doktor, lawyer atau org professional...?


cerita ni lebih menekan kan originality dan situasi benar yang berlaku di India. Bagaimana dia ingin survive dalam keadaan hidup yang kesempitan dan serba kekurangan.? Mencuri, menipu dan membunuh perkara yang perlu jika ingin hidup. cerita ni mempunyai nilai positif yg ingin diterapkan oleh pengarah. tp anda kene tengok sendiri dan melihat cerita budget rendah yang telah berjaya merangkul byk oscar ini. Anda pastinya akan terpegun..

my rating 9.5/10

2.THE TRUMAN SHOW

The truman show.. cerita lakonan masterpiece dari jim carrey.. apabila menonton cerita nie, sy tidak meletakkan expectation yg tinggi. xpernah dengar kot cerita ni(maaplar kalo anda semua tahu.. hehe..) dan xberminat nak tgk pun sebelum ni...

apabila anda menonton cerita ni.. anda akan beranggapan ia hanya cerita lawak jim carrey yg biasa kita tahu kan.. tetapi.. setelah 10 minit berlalu anda akan merasa pelik dan semakin pelik tentang situasi yang berlaku pada truman(jim carrey) nie.

Apa yang telah berlaku kepada dia?? cerita ini disebalikkan kelakar yg ingin ditunjukkan oleh jim carrey terselit rasa sedih dan pilu yg menyayat hati.. cerita yg berdasarkan teknologi masa hadapan... tengok dan anda akan layan sampai kehujung.. cerita ini hanya 1jam dan 32minit dan pasti membuatkan anda rasa sekejap sahaja..

selepas habis menonton.. anda akn mengingati ayat ini..

GOOD MORNING,

IN CASE I DONT SEE YAA.. GOOD AFTERNOON, GOOD EVENING N GOOD NITE

my rating. 9.0/10


sesiapa yg xtgk lagi.. cuba menonton cerita ni.. anda pasti xkan rugi..

p/s : sy nak ajak seseorang tu tgk wayang.. tp dia merajuk ari ni.. :(

1ST IMPRESSION... SALAH KAH??

Assalamualaikum.. w.b.t

1st impression (pandangan atau tanggapan pertama..) senang sy nak menyebut 1st impression ye..

saya ada berborak dengan sahabat saya seorang ini(berdiskusi)... dan kami membincangkan tentang 1st impression.. saya boley dikatakan orang yang mempunyai pandangan dan tanggapan pertama.. manakala si dia tidak.. tetapi saya hanya berfikir dan berkata dalam hati tanpa menyebut atau memberitahu perkara ini kepada sesiapa pun.. (saya lebey senang begini)

Salahkah jika kita mempunyai 1st impression???? dalam kehidupan seharian.. pastinya terdapat orang menganggap kita dengan hanya pandangan pertama(maklumlar baru berjumpa dan baru nak kenal).. dan ramai pula orang menganggap bahawa 1st impression ini xadil dan tidak menghormati nya ...

Pada pandangan saya pula.. 1st impression ni xde lar salah mana pun jika kenalar pada tempat dan situasinya, kerana ia membenarkan otak kita berfikir antara positif dan negatif dalam menilai dengan logik dalam sesuatu perkara. 1st impression juga merupakan pandangan @ tanggapan peribadi kita sahaja dan ia akan sentiasa berubah kita rapat dgn nya..dan semakin kita mengenali nya... (Contohnya, saya baru berpindah masuk ke dalam rumah, kawan saya ni dia sentiasa menyapu sampah dan mengemas rumah.. my first impression ---> dia ni seorang yang pembersih..), (handphone ni nampak macam cun mesti canggih)... selepas diselidik baru lar kita mengetahui keburukan dan kebaikannya...

Kepada pekerja nak mencari kerja.. Pengurus pastinya inginkan pekerja yang mampu melakukan kerja yang terbaik... dia akan menilai melalui 1st impression bukan 2nd and 3rd impression.. Bakal bapa dan ibu mertua juga begitu... pastinya ada first impression kepada bakal menantu ni tp pastinya mereka akan menilai juga beberapa pandangan lain slpas itu... maklumlar pastinya mereka nakkan yang baik untuk anak mereka kan. Jadi kene lar lebey berhati2.. kan..

kita tidak mampu menjadi yang terbaik... tapi kita mungkin mampu menjadi yang lebih baik...

Salahkah jika kita mempunyai First impression??? bg saya tidak..

WOW... HONDA CITY..




Honda city... wow..

Ini ayat yang terpacul keluar, apabila kali pertama melihat kereta terbaru ini berada di pasaran..

Rekaan sangat menarik dan harga juga berpatutan..

Apa yang saya boleh katakan kereta merupakan kereta idaman saya..

Setiap kali berjalan dan melihat kereta ini, hati saya akan berdetik.. "AKU AKAN BELI KERETA NIE.."

berbanding dgn honda city yg lama.. honda city lama macam terencat akal sedikit( macam langit dan bumi design dia) kalo tgk belakang bonet dia... ada sedikit bmw...


Dari segi dimensi All New City hadir lebih panjang 5 mm (total 4.395 mm), lebih lebar 5 mm (total 1.695 mm) dan lebih pendek 15 mm (total 1.470 mm).

harga?? about 89K - 100k... at least i think... tapi masih logik dek akal dan mampu untuk dimiliki..

Sekapur sirih Seulas pinang..

Assalamualaikum Wa Marhabanbikum...

Alhamdulillah, semoga semuanya mendapat rahmat Allah s.w.t sentiasa..
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang baru di wujudkan. Blog ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk saya dan sahabat semua dapat meningkatkan jaringan persahabatan dan perhubungan..
Terfikir juga saya, jika terdapat masa yang terluang sangat lar baik jika dipenuhi masa yang terluang itu dengan perkara yang berfaedah.

Semoga salam perkenalan ini berlanjutan.. sila coretkan komen anda untuk tatapan semua.
wassalam..