rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Jiwa-Jiwa sabah....

Assalamualaikum w.b.t

Masuk lar tahun 2012 yang bermakna... alhamdulillah... ketika ini saya telah melangkah satu lagi tapak di hadapan.. sebelum ni adalah mahasiswa dan seterusnya engineer sony emcs tv production.. alhamdulillah sekarang ini saya di gelar pensyarah akademik pula...

Saya skrg ini bekerja di politeknik kota kinabalu.. mungkin sangat asing bagi orang semenanjung seperti saya.. yang baru pertama kali menjejak bumi sabah.. tp syukur alhamdulillah sy ditempat kan bdekatan juga dengan kawasan bandar.. rindu dendam saya pada kuala lumpur sedikit terubat..

Apapun yg menarik ttg sabah ini adalah culture, tempat, orangnya dan juga bahasa nya.. agak berlainan dengan semenanjung.. bagi pendapat sy jujur dan ikhlas ye.. orang di sabah ni ramai yg cantik2.. risau saya.. kot kot terpaut pulak karang.. hee.. bahasa nya ada juga macam bahasa indonesia.. sy pun tgh mempelajari nya.. di sabah ni byk tempat yg menarik macam pulau dan tempat peranginan... enjoy bha..

Tapi apa yg saya tidak suka adalah satu je.. iaitu makanan... makanan di kk nie bg saya agak mahal.. bleyh kamu bayangkan nasi goreng biasa harganya rm4.50 itu plg murah.. kalo kamu makan nasi pataya dia jadi rm6.00... so sy sarankan sapa yg nk pergi ke sabah ni.. kalo stakat nak makan nasi goreng baik masak je kat
umah.. haha.. dan satu lagi roti.. roti di sabah ni tiada yg lembut.. even gardenia dia pun agak keras.. dan tiada satu pengeluar roti pun yg dapat challenge roti gardenia n high 5 di semenanjung.. sy mengharap sgt sapa tokey2 roti yg terbukti lembut.. bukalar satu cawangan di kk.. insyaAllah sy akan pergi beli.. hee

Bekerja di sabah adalah amat berbeza jika kamu belajar di sabah... tekanan kamu adalah belajar.. kamu hanya duduk dan study.. kalo kamu bkerja dari jarak yg jauh.. kamu akan rasa satu tekanan iaitu tekanan utk belajar dan bkerja... kamu mengeluarkan kudrat.. orang akan menilai kebagusan kamu mengajar.. expectation org ke atas kamu.. tekanan tekanan.. apa pun alhamdulillah kerja sebagai pensyarah ini adalah kerja yg mulia dan lebih sesuai utk saya.. insyaAllah..

wassaalam.
Android3 J2me Landing Page
Published with Blogger-droid v1.7.4

Pusat darah negara... Derma darah..

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas, aku ada derma darah di pusat darah negara.. Biasanya derma darah kt booth mana2 yg ada di buka kn...


Bila korang dah sampai dekat pusat darah negara, mula2 sekali.. Korang kene daftar.. Then korang akan check tekanan drah... Pastue baru lar korang derma darah..


Korang ada option nk mkn dulu atau x.. Dia akan beri mknan dan minuman ikut mana yg korang berkenan.. tapi bukannya benda yg berat2.. macam roti, biskut dan air 100 plus..


Masa aku pergi tue xramai sgt org... Ada lar dalam 4 org.. Ok lar.. Anyway aku rasa lbey selesa derma darah kt sini berbanding kt booth..

Wassalam..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ikea meatball.. sedap..

Assalamualaikum..

Baru2 ni aku ada beli barang kat ikea.. Set katil, almari, lampu dan lain2 g.. Bajet sikit je dlm rm300.. tp barang ikea sumer nya baguz dan tahan..


Bila dh penat.. Aku pun apa g.. Pergilar makan kat restoren dia.. Fuiyoo mmg nice. Yg paling menarik kat mata aku ni tentunya meatball dan ayam goreng dia...


So aku beli meatball dalam 20 biji plus fries, spageti dan juga ayam kepak dalam 5 piece... Jumlah total ni dalam rm 30.. bagi aku xder lar tlampau mahal.. Kalo g pizza hut.. Mmg xdpt harga macam nie..


Rasa meatball dia sungguh lar ohsem bersama kuah dia plus fries dia yg besar2. Tp yg bestnya kan banyak betul.. 20 biji adalah terlampau banyak bg aku.. Mmg muak lar.. Tp puas sbb harga dia dalam rm16.. Xsalah.. Dan ayam di dalm rm8..


Ayam dia sungguh best.. Berbaloi rm8 utk 5 ketul ayam.. Anyway sepatutnya apa yg aku order kat atas tu adlh utk 3 orang.. So bila xabis tu tapau bawak balik umah..

Wassalam...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sign.. korean drama..

Assalamualaikum...

sumber gambar disini
Baru pas beberapa hari menonton sign.. Drama korea yg aku download dalam sehari iaitu sbyk 18gb menggunakan unify.


Secara jujurnya expectation aku utk drama nie tinggi.. Melihat dari rating dan jalan cerita dia sperti csi.. Tp banyak plot dia yg terlampau expected..

sumber gambar disini


Pelakon utama wanita 300 pound beauty ni pun mcm xsihat jer masa blakon drama nie. Plakon lelaki dia biasa2 sahaja.. Tlampau serius..


Apapun cerita ni adalah percubaan yg baik utk sebuah drama korea yg berlatar belakang forensic dan autopsy. aku baru menonton episod ke 7.. Akan update setelah abis menonton k..


My rating stakat ni 6.0

wassalam

P/s ; update guna android smart phone..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kenduri doa selamat..

Assalamualaikum...

Semalam diadakan satu majlis doa selamat sempena keberangkatan abah n mama ke tanah suci mekah muqarramah.


Alhamdulillah, dapat jugak abah n mama pergi ke sana melalui muassasah tabung haji.. Semoga selamat pergi ke tanah suci dan sihat sentiasa ketika menunaikan fardhu haji.. InsyaAllah..

Wassalam
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rumah terbuka... kambing panggang..

Assalamualaikum...

Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk orang nak buat rumah terbuka.. 


Ada yang buat majlis bertunang dan juga kawin.. tapi yang paling best nya bila ko dapat makan kambing panggang dekat setiap rumah yg ko lawat pada hari yg sama... tapi aku singgah dua rumah je.. hehe..


kambing panggang
so menu paling faberet utk umah terbuka adalah menu kambing.. seperti yg anda ketahui.. orang yg berani makan kambing ni adalah orang yg mempunyai blood pressure yg rendah... makan kambing ni bley menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan menyebabkan sakit kepala atau migrain...ia samalar macam kamu makan makanan yang terlebih garam.. 


itu cerita pasal konteks kesihatan... berbalik kepada cerita asal.. aku pergi ke majlis pertunangan sepupu aku... datang2 je.. haa.. sekor kambing tengah di panggang... bila tuan rumah ajak makan..mmg menu pertama kambing panggang.. rasa daging kambing memang sedap.. bau dia meloyakan sikit tpi bila makan mmg xhenti2.. so kat sana aku hanya makan kambing dan satay je.. satay dia masyaAllah sungguh lar besar.. seringgit secucuk...


so pas abis majlis, ayah aku ajak g umah terbuka satu lagi.. sampai je sana.. menu yg ada... nasi beriani bukhari bersama dengan kambing masak special... aku amik lar jugak sikit, xbaik datang umah orang xmakan... budget dah kenyang.. tapi pas makan beberapa suap.. nasi beriani tu sungguh membuka selera.. menambah lar jawabnya...


last2 dua2 tempat aku makan banyak... aduhai... gemuk lar nampak gayanya...

wassalam...