rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Documentary P ramlee - Mediafire

Assalamualaikum..

Sedey.. kagum.. geram.. bangga.. kata2 ini tergambar setiap emosi setelah sy menonton dokumentary P-ramlee..

Saya tidak segan silu mengatakan.. sy sebak dan hampir menangis melihat kisah hidup Tan Sri P. Ramlee..

Alangkah gembiranya dia jika sekarang dia masih hidup.. ketika ramai orang mengagungkan beliau..

Ketika zaman kegemilangannya... dia membantu setiap orang yg ingin namanya naik... diberikan tunjuk ajar, diberikan publisiti, diberikan pertolongan..

Tetapi.. ketika beliau jatuh.. sakit... miskin.. tiada siapa yang ingin membantu beliau..

Tersangat lar sedey ketika beliau dan anak2 hanya mampu makan nasi dengan telur goreng.. ketika beliau meninggal, isteri beliau saloma tidak ada duit nak bayar utk urusan jenazah...

Setelah beliau meninggal... begitu ramai manusia yang datang bertemu beliau.. menyembahyang kan beliau.. memang patut saloma malas nak layan orang yg xkenang budi ketika diorang nak jenguk jenazah.. apakan tidaknya P-Ramlee menaikkan nama diorang.. tp lepas P-ramlee dah xada baru terhegeh2 nak jumpa.. (sori emosi pulak.. haha)

Bukan itu sahaja.. hasil keringat karya beliau diambil oleh syarikat Shaw(ni orang cina singapore ni).. dia bergantung harap pada EMI.. tp dia diputuskan kontrak walhal berjuta2 EMI dapat duit hasil lagu P-ramlee.. reason utama.. lagu p-ramlee xlaku.. sekarang tahun 2010.. aku masih mendengar lagu p-ramlee... dan xjemu2 mendengarnya..

Sikap wartawan yang mencerca, memboikot beliau serta kawan2 lain yang 'backstab' beliau sejak beliau mula naik sehinnga beliau jatuh.. mmg tidak bley dimaafkan.. Apa gunanya menjatuhkan sesama bangsa... memg x patut...

Tapi sikap pemurah dan tidak mudah mengaku kalah P-ramlee memang patut disanjung.. Macam mana teruk beliau dicerca, ditolak, ditindas oleh segala musuh beliau.. tp dia tetap berusaha.. 

Beliau adalah Lagenda filem Melayu.. Dia adalah yang terbaik dari yang terbaik.. Terima Kasih P-Ramlee..
Al-Fatihah....

Mediafire

part 1

part 2

part 3

part 4

part 5

camtum semua part ni guna hjsplit... bukan saya upload k.. sumber dari sini..


Sedarlah kelemahan diri....

Assalamualaikum..

Adakah korang sedar.. korang ada banyak kelemahan diri... tapi korang xpernah nak cuba overcome masalah tu... sehinggalar korang ditegur. 

Apabila korang ditegur.. adakah korang akan rasa marah, menyampah atau sakit hati dengan teguran itu... ?

Apakah reaksi korang bila ditegur?

Manusia ni ada satu sifat yang pantang ditegur... tp bg aku.. cara teguran itu yg paling penting antara menjadi gaduh atau menjadi nasihat.. tp sebenarnya kita jgn lar amik teguran sbgai negatif..

Aku memuji housemate aku yg menegur aku jika aku lakukan kesilapan.. tp aku xtau nak react macam mana kepada teguran itu.. in a good manner.. 

Jadi aku senyap dan pikir panjang2.. apa kesalahan aku dan macam mana aku nak menyelesaikan masalah ni.. sbb aku sboleh2nya xnak membebankan orang lain dengan kelemahan aku.. Apa pun terima kasih kawan yang menegur.. saya akan cuba memperbaiki diri ini..

Apa pun jangan mudah melenting kalo ditegur.. jadi kan ia sebagai satu bentuk ajaran dan bukan satu pergaduhan..

wassalam..

Anda Salah Jika Anda Tanya Soalan BODOH!!

Assalamualaikum..

Kau tengah buat apa tue?.... walaupun ko tau dia buat apa..

Ko makan apa tue?..... walaupun ko tau dia makan apa..

Aik ko balik kampung ke?....  walaupun ko tau dia balik kampung...

Ini merupakan perumpamaan yang sering kali kita dengar, ketika kwn2, jiran atau sedara mara nak memulakan sapaan atau bertegur.. 

Tapi bila jawapannya berbentuk sindiran.. contohnya "ko xkan lar xnampak aku buat apa.. ko jgn lar tanya soalan bodoh macam ni kalo ko tau jawapan dia.. kepala otak ko boley berfikir x"..

Bila ko dapat jawapan macam ni.. Mestilar terasa hati kan.. orang tanya elok2.. bukannya mengharapkan sindiran.. mesti rasa terhina kebodohan... tapi sebenarnya ia adalah salah satu bentuk sapaan untuk permulaan berbicara.. orang tua2 cakap, kalo xtegur, sombong namanya.. 

Aku ada 11 orang anak sedara... semuanya petah2 bercakap.. setiap kali diorang akan bertanya soalan yang sama.. sama dan sama..tp xpernah lar aku jemu menjawab soalan diorang.. kalo malas sgt aku jawab "emm"...
Cukup lar sekadar jawab.. ye, tak, mana ada, xdelah... as simple as that... xde lar member terasa... member bukannya bodoh nak berfikir.. cuma yg menjawab tu yang bodoh malas nak jawab...

Kesimpulannya.. kalo terjadi kepada korang.. xpayah lar korang sibuk2 nak bertanya member ni, sebab dia terlalu "PANDAI" untuk menerima soalan "BODOH" korang... korang pun x rugi apa2 pun.. 
Wassalam..

Bila nak abis belajar ni...??

Assalamualaikum..

Akhirnya abis jugak final utk sem7 ni... apa sem 7..? emm. memang sem 7.. engineering 8 sem... 

Dalam kehidupan aku ni.. belajar adalah satu kemestian.. selama 22 tahun aku hidup ini jugak lar.. buku sentiasa menjadi sumber utama pembelajaran..


Sampai di satu tahap.. aduii.. malas giler nak belajar ni.. byk giler benda yg nak aku kecapi time remaja ni masih lagi 'pending' sekadar impian...

Family aku adalah antara beratus ribu family yg pentingkan education.. sejak dari abglong aku.. sampai bongsu pun g2.. 

Teringat masa kat sekolah menengah dulu.. Dalam ramai2 student masa aku kat V.I,. akular antara 2 orang yg diselect masuk PLKN.. mmg bertuah aku, bukan sahaja dapt masuk PLKN siap kena gelak2 dgn member aku... time tu mmg syahdu beb..

Dari situ lar aku tau, benda yang kita paling x suka atau benci itu... mampu membuatkan hidup kita lebih bahagia...

tapi sebenarnya aku dah xlarat dah nak belajar... sbb belajar sgt penat.. penat kat otak.. penat gileerrr...

kali ni post adalah utk melepaskan tense abis final..

Wassalam