rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Allah bermaksud tuhan..?? Tuhan bermaksud Allah??....

Assalamualaikum..

Sekarang sibuk orang dok cerita pasal kalimah Allah ni, sampai sanggup membakar gereja.. tp manusia yang membakar tu xsemestinya orang islam... Jadi Adakah kalimah Allah ni bermaksud tuhan..??

Bagi orang Kristian Malaysia ni, diorang mungkin beranggapan bahawa kalimah Allah ni di translate menjadi tuhan... Jadi apa kata kita dengar kata Syed Mohd Naquib Al Attas yang di ringkas kan oleh abang saya Shahrizal Azwan....
Kene baca beberapa kali baru dapat tangkap maksud di sebalik ringkasan ayat ini..

Kata Syed Mohd Naquib Al Attas -

Allah itu bukan sekadar tuhan. Allah itu adalah satu nama khas merujuk kepada Allah, iaitu Tuhan yang Maha Esa.


Oleh itu makna Kalimah suci - Lailaha Illallah..


membawa makna - Tiada Tuhan Selain Allah.

Kalau Allah itu sekadar translasi bagi makna Tuhan...

Maka, ia membawa maksud,

Tiada TUHAN selain TUHAN...

Ia tidak membawa makna apa-apa... sebab Allah itu sekadar tuhan.. tak ada makna..

Berbanding Tiada TUHAN Selain ALLAH...


Maka Allah itu ada Makna disebaliknya. Ia adalah sebuah kata nama Khas dan bukan kata nama umum sahaja.

Ini adalah penerangan ringkas Prof. Dr Syed Mohd Naquib Al-Attas.


Wallahu Alam.
Credit to sumber disini...

0 comments: