rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

10 tempat menarik sekitar KL yang kita tak pernah pergi

How do you call yourself a citizen of Kuala Lumpur if you have never been to ALL places of interest around KL?

Ha… Maut tak soalan tu? Jangan panggil diri sendiri sebagai orang KL sejati kalau hanya alamat KL tertera kat IC, atau lahir kat KL dan nombor IC yang tengah-tengah ialah 14 (sekarang ni, 56) atau berpuluh-puluh tahun anda dah duk KL a.k.a dibesarkan di kota ini.
You see, I sendiri pun tak pernah habis cover tempat-tempat menarik kat sekitar KL. Sentiasa je teringin nak pergi semua tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Mungkin pasal tak da masa (typical excuse sangat, kan?) ataupun mungkin tak da kawan yang sekepala nak ajak jalan-jalan.
Ada orang cakap, tempat-tempat macam tu semuanya untuk bebudak sekolah rendah je. Tapi bagi I, tak… Dengan melawat tempat-tempat macam tu la kita dapat kembalikan semangat sayangkan negara kita yang bertuah ini.
Berikut adalah senarai tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur yang I belum pernah jejak sepanjang hidup I dan I janji, suatu hari nanti, I akan cover semuanya:

1. Perkarangan Istana Negara
Yes… Selalunya, Jalan Istana tu memang sesak dan kadang-kadang tu, kita main lalu je depan Istana Negara tapi tak pernah nak singgah. I tak pernah pergi perkarangan Istana Negara pasal tak berkesempatan. Lagipun, panas. Hehehe. Tapi kan, kalau kita tengok, ramai jugak orang yang berhenti kat situ dan amik-amik gambar. Kebanyakannya pelancong luar. I orang KL sendiri pun tak pernah pergi situ. Apa yang menariknya kat situ ialah apabila ada pertukaran pengawal Istana Negara. Ha, time tu la baru best. Boleh tengok protokol-protokolnya.
Nak masuk dalam Istana Negara? Kalau tak salah I, tak boleh. Unless kalau you dapat invitation. Erm, so, kalau tak boleh masuk, just duk kat luar je lah. Amik gambar ngan pengawal ke, amik gambar kat pagar tu ke, itu pun dah cukup untuk kenangan.

2. Pusat Sains Negara
Tempat ni memang I tak pernah jejak. Dulu-dulu, masa I kanak-kanak, I minat sangat Sains sampaikan banyak kali I pergi tempat-tempat yang bertemakan Sains macam Petrosains dan Planetarium Negara. Tapi I tak pernah lagi sampai Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara tu.
Kaedahnya, I sendiri pun tak tahu jalan nak pergi Bukit Kiara tu, Hehehe. Dulu kita adalah banyak dengar aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara tu. Tapi sekarang macam dah tak dengar lagi. Erm, kalau I sekolah lagi, sure I akan buat proposal untuk melawat tempat tu.
Bangunan tu nampak cantik je kan? Pandai Architect yang design bangunan tu. Salah satu mercu tanda kebanggaan Kuala Lumpur. Click here kalau nak tengok website nya.

3. Desa Water Park
Ha… Yang ni dekat je dengan rumah I. Setiap hari I pergi kerja I mesti lalu. Kalau lalu, sure I akan tengok. I selalu terbayang-bayang apa yang ada kat dalam taman tema tu. Mesti best, kan?
Kalau nak dibandingkan dengan Sunway Lagoon, memanglah jauh beza. Sunway Lagoon lagi best, cuma I dah pergi dah beberapa kali. Tapi yang dekat ngan umah ni, I tak pernah sampai lagi. Kalau nak tayang badan, boleh lah datang sini. Tapi badan I tak canteek pun. Hihiks.
Nak cuci mata pun, mungkin tak beberapa menarik sangat. I bet mesti semua yang datang sini setiap weekend adalah family dan couple-couple yang inginkan privacy. Huhuhu. Jangan dijadikan tempat tu sebagai tempat buat maksiat, sudah. Huhu

4. Eye on Malaysia
Tahun lepas, attraction ni dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, bersempena menyambut kegemilangan 50 tahun kemerdekaan negara. I tak pernah nak berkesempatan nak naik Eye on Malaysia.
Walaupun tiketnya agak berpatutan, tapi I tak tahu kenapa I tak der pun inisiatif untuk meluangkan masa untuk melawat tempat tu; Taman Tasik Titiwangsa. Dengar-dengar, EoM akan dipindahkan ke Putrajaya. Dengar-dengar yang lain pulak, akan di dismantle kan semula, dan EoM akan tiada lagi di Kuala Lumpur mahupun mana-mana tempat di Malaysia.
I teringin sangat nak naik. Walaupun I rasa naik Cable Car Genting lagi best pasal sejuk dan dingin berbanding naik EoM yang biasa saja tu, tapi I tetap cuba untuk mencari masa bagi menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari puncak EoM. Rasanya, walaupun benda tu berpusing-pusing, kita takkan rasa pening pasal pusingan dia sangat perlahan. Mungkin orang yang ada fobia ketinggian tak perlu menyusahkan diri untuk naik. Nanti pening/muntah, susah pulak, kan?

5. The Twin Tower Bridge
Bagi Sasha atau KJ, dan juga kawan-kawan I yang kerja kat Petronas Twin Tower, mungkin diorang tak kisahkan sangat pasal bridge ni. Lagi pun, ntah-ntah office diorang lagi tinggi dari kedudukan bridge tersebut. I pun tak pasti bridge tu terletak kat tingkat berapa. Mungkin level forty-something.
Untuk mendapatkan tiket percuma nak naik ke bridge tu, kena beratur pagi-pagi kat counter tiket yang terletak 1 floor down kat KLCC tu. Selalunya, orang pergi level tu, hanya nak ke Maybank yang terletak agak tersorok kat bawah tu. I tak pernah mempunyai peluang untuk dapat tiket nak naik bridge tu. Kalau tak salah I, banyak tourist yang akan suruh agent diorang beratur and amikkan tiket tu.
Buat pengetahuan you all, I pernah sekali je naik tower tu. Itu pun tak tinggi mana. Tingkat 9 je kat Tower 1. Itu pun pasal nak pergi Petronas Education Sponsorship Unit (ESU) untuk settlekan pasal sponsorship masa I belajar dedolu. Lepas tu, I tak pernah naik dah tower tu. Cuma apa yang I tahu, lift dia laju gila. Selain mempunyai sky lobby, lift kat situ kebanyakkannya designated untuk pergi ke level-level tertentu sahaja. Ha… Dulu I belajar Building Services, so, I memang suka kalau tajuk Lift ni.

6. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Alhamdulillah… Dalam senarai tempat yang I teringin pergi ni, terselit jugak satu tempat untuk kita bermuhasabah diri kepada Yang Maha Esa. Disebabkan I pun tak tahu sangat kat mana masjid tu, I pun tak pernah nak singgah kat Masjid yang menjadi saksi pernikahan Siti Nurhaliza dan Datuk K itu.
Kalau tak salah I, masjid tu baru je siap. Kalau kita tengok dari design nya, memang mengkagumkan. Pandai orang yang design rumah Allah itu. Cuma yang tak bestnya, lokasi dia atas bukit, kalau tak silap I. Kesian kat orang-orang yang jalan kaki untuk beribadah. Mesti penat nak kena naik bukit tu.
Selain daripada masjid ni, Masjid Putrajaya pun I tak pernah pergi lagi. Since tajuk entry pun ni pasal Kuala Lumpur, perlu ke I nak letak Masjid Putrajaya pasal ianya terletak kat Wilayah Persekutuan Putrajaya, bukannya Kuala Lumpur. Hehehe.
So, any takers who want to joint me to pay a visit to this mosque? Jom!

7. Istana Budaya
I tahu tempat ni kat mana. I tahu jugak tempat ni penuh berprestij dan I tahu jugak yang housemate I selalu pergi tempat ni sedangkan I tak pernah jejakkan kaki ke sini. I tried once to get into this place just to attend P. Ramlee Musical but the ticket was sold out and what could I do just to give it up.
My housemate selalu pergi tempat ni pasal dia join Koir Kebangsaan dan inilah tempat diorang practise under Syafinaz. I pulak, non-ado walaupun keinginan untuk sampai ke tempat ni sentiasa membuak-buak. Dengar kata dari housemate I, dia cakap, kat dalam Istana Budaya ni, kelas sangat! Memang cantik dan terasa macam ala-ala broadway, githu. Tak tahu lah dia spedo ke hapa. Cuma memang I tahu, alangkah menariknya kalau dapat tengok theater kat sini. Boleh tengok sambil makan popcorn tak? Hehehe.
Lokasinya, dekat Jalan Tun Razak saja. Dekat ngan Taman Tasik Titiwangsa dan kalau kita lalu, memang nampak tersergam indah. Tapi, kalau kita tengok betul-betul, bangunannya nampak macam tak dijaga dengan baik. Macam dah berlumut je. Hehehe. Maintenance tak bagus sangat kot… Entah lah..

8. Tugu Negara
Kalau you all pernah tengok Iklan TV3 sempena Hari Kebangsaan, ala, yang Adibah Noor letak sejambak bunga kat Tugu Negara tu… and… Iklan New Straits Times pasal mat salleh tanya National Monument kat mana tu, mesti teringatkan pasal tugu ni. Kalau tak silap I, ada tujuh pahlawan negara yang dibekukan. Githu. No la, yang di monumentkan. Walaupun tempat ni pernah jadi controversy pasal Pemimpin Negara seolah-olah menyembah Tugu ni, namun ianya tetap berdiri teguh dan patung yang paling atas tu tetap memegang Jalur Gemilang.
Seriously, I tak pernah pun sampai kat tempat ni. I tak pernah menyaksikan sendiri tugu ni depan mata I. I tak pernah pun nak baca apa yang ditulis kat dinding tapak tugu tersebut.
Satu hari nanti, I nak pergi situ jugak. Walaupun sorang-sorang, I tetap nak pergi jugak. Tapi, siapa nak amikkan gambar I posing kat Tugu Negara tu? Erm, tak perlah, nanti boleh ajak Izzu. Dia memang suka gi tempat-tempat macam ni. Kan Izzu kan? Hihiks. Teringat dedolu, masa zaman University sama-sama dulu. Izzu ngan I sanggup naik motor pergi Zoo Negara. Melawat kaum keluarganya. Hahaha

9. The Orchid Garden
Tempat ni, memang sumpah I tak tahu kat mana. Tak pernah nak amik tahu, dan tak pernah nampak idea kat mana tempat ni. I suka tengok-tengok pokok bunga. Menenangkan jiwa dan hati ini. Ntah-ntah, kat tempat ni, tak boleh pegang bunga-bunga tu. Mungkin boleh tengok je kot.
Kalau I pergi sini, I bukannya nak belajar cara-cara penanaman orkid yang lebih baik mahupun nak belajar cara nak tanam orkid. I tak kuasa nak buat semua tu. I just nak tengok pemandangan yang indah dan keunikan bunga orkid. Itu sahaja. Best kan?
Nunga orkid ni ada macam-macam color. Sure warna warni tempat tu dipenuhi dengan orkid yang segar dan menawan jiwa. Hehehe. Adalah lebih romantis kalau pergi taman-taman macam ni dengan kekasih. Sure tangkap lentok punya. Kalau I, I nak pergi tempat ni sorang-sorang je pasal sure tak der sapa yang nak ajak I jalan-jalan kat sini, Giler ke hapa? Hahaha

10. Aquaria, KL Convention Centre
Oh, yang ni memang dekat dengan tempat kerja Izzu. Setiap Jumaat, Izzu sure akan lalu sini punya pasal nak gather kat KLCC ngan I skali. I pulak, akan lalu tempat tu kalau dari KLCC nak ke Bukit Bintang jalan kaki. Kalau tak salah, Sha, Zal, KJ ngan I pernah lunch kat KL Convention Centre tu. Tapi tak lah sampai nak masuk pun Aquaria tu.
Ada orang kata, Langkawi Underwater World lagi best dari Aquaria. Well, I dah pergi yang kat Langkawi punya, so, nanti I nak try sini lah pulak. Dengar-dengar, staff dapat discount. Harus berbaik-baik ngan Katong, Sha dan KJ. Kan? Hehehe.
Tengok entrance dia pun macam menarik. Nantilah, satu hari nanti I nak pergi jugak tengok hidupan aquatic itew.