rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Ujian paling besar dalam hidup ku...

Assalamualaikum..

Xpernah aku rasa rendah sebegini...

Jiwa tidak tenteram, sakit bila dilayan... Risau menyelubungi diri...

Ya Allah.... Kuatkan lah azam ku.... Cerahkanlah masa depan ku...

Aku ketakutan.... Aku hilang azam yang aku pegang selama ini....

Kekuatan aku bagai diragut dan dipijak... Ya Allah mampukah aku menempuh ujian ini..

Ujian yang aku rasa sgt besar utk aku tempuhi...

Rasa ingin menangis dengan kelemahan diri... Rasa ingin menatap sejadah di dahi...

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan aku selepas ini...

Ya Allah.............................

Ringankan lah beban yang aku pikul... sesungguhnya aku amat memerlukan petunjuk dan bantuan dariMU....

Sahabat sahabat sekelian... doakan lah saya yang ditimpa ujian paling besar ini.. supaya diringankan...

Amin...................

Julie and Julia.. Simple but totally good movie...

Assalamualaikum..
Julie and Julia.. Tengok dari cover filem ni mmg lar rasa macam malas dan xbernafsu nak tgk.. hehe..

Tapi adakah anda tau bahawa filem ni mengajar tentang 'LIFE' manusia di alam pkerjaan...

Kehidupan sbgai seorang pekerja tanpa ada minat pastinya membuatkan diri seseorang terasa kosong dan kehidupan seolah tidak bermakna..

Cerita ni berdasarkan kisah benar, mengisahkan tentang seorang wanita yang kurang gembira dengan kerjayanya sbg kerani dan operator telefon.. Julie adalah seorang yang pandai memasak dan menyanjungi kehebatan Chef masakan France iaitu Julia.. Menjelang umur 30thn dia berjumpa semula dgn kawan2 lama yang berlagak dgn profession masing2. Sehingga terlintas idea untuk membuat blog.. 'Suami julie mencadangkan blog about cooking' dan julie pun membuat satu target "500 resepi dalam masa 365 hari"... Tapi mampukah dia capai??


Dalam cerita ini juga, mengisahkan kembali bagaimana Kehidupan Chef Julia mula menceburi bidang masakan... dan sebenarnya Julia ni juga masih mencari bidang yang dia minat dan telah mencuba bermacam2 jenis bidang antaranya membuat kraftangan, topi, menjahit dan akhirnya dia memilih utk belajar memasak.. tapi bukan senang nak belajar memasak jika anda xtau langsung macam mana nak potong bawang kan.. hehe..

Interesting cerita ni.. recomended utk para bloggers, golongan yang suka memasak dan juga golongan yang bosan dengan kerjaya sendiri.. hehe..

"BON APPETITE"

my rating 9.0/10

Pasukan B-23 Malaysia.. Terima kasih..

Assalamualaikum..

Pukul 6.20 minit petang aku dah ada kat depan tv... Ready untuk support Malaysia..

Akak pulak ajak main bowl n belanja KFC ptg tu gak.. aduishh.. tp tpaksa diri ini menolak sbb nak tgk sejarah Final Bola sepak Malaysia di sukan sea scra Live kat TV..

xsalah last malaysia masuk final 2001 tapi kalah kepada thailand.. Apa pun saya xmharap pun Malaysia menang takut kecewa sangat..


Start game.. biasalar permainan pun kucar kacir.. dan sikit je malaysia serang.. 2nd half pulak malaysia mmg awesome.. keeper vietnam perangai pun boleh tahan.. xlarat tp nak main.. macam orang mabuk nak drive kereta.. coach vietnam lak xnak tukar2.. rasa macam nak tumbuk mamat tu.. haha.. sabar2.

Dan minit ke 85... berakhirlah penantian gol... GOLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!.................. menjerit time tu.. hahaha.. puas kot tgok coach vietnam gelabah..

Secara terus terang perubahan yang sangat positive di bhgn defend.. Pujian harus diberi kepada Ketua pasukan Aidil Zafuan dan Muslim.. selalunya kita ni mmg lar lemah nak menanduk bola tp dah kurang masalah tu..
















The best coach Malaysia skrg K Rajagopal dan aku ley describe Arsene Wenger Malaysia.. terima kasih kerana anda mmg pandai mendidik pasukan bawah 23thn.. N Ayat dia yang last tu yg paling hebat.. "We deserve to win, we are better team in 2nd half n u can see the vietnam goalkeeper always delay the time, so u want to say that our team not deserve to win.." but i say because u are the "Raja" Mr.Rajagopal...

hehe.. semoga Malaysia mampu pergi lebih jauh dalam sukan bola sepak ni..

Wassalam,,

Reunion setelah 9 tahun... di majlis perkahwinan..

Assalamualaikum...

Minggu ni merupakan minggu yang gembira buat aku.. setelah 9 tahun tidak jumpa dengan member lama skol rendah.. akhirnya berhasil juga.. Actually, kawan saya sekolah rendah Jamaiah telah selamat melangsungkan perkahwinannya jadi saya pun pergi lar memeriahkan majlis.. Semoga dia gembira ke cucu cicit ye..
Pada 4 minggu lepas saya terserempak dengan jamaiah, dia ajak saya dan kwan2 ke majlis kenduri dia sambil beri kad undangan 5 orang.. Ety, Nadia, Dayah razak, Fazwan n Lela (kwn skol rendah).. minggu ke 4 saya pun beri kat nadia kat undangan tu dan xtahu pun bahawa lusa adalah kenduri kawin jamaiah (ingatkan minggu satu lagi nasib baik nadia bg tahu..) n mengigil gigil beli hadiah.. hehe..
so Nadia, Dayah razak, Fazwan n Lela pun ikut aku satu kereta.. Ety xdapat pergi pula (katanya ada praktikal..) xpela.. kat sana jumpa Jalil, ojan n razif dan suzie.. anyway gembira jumpa diorang sume dah matured.. dan bujang2 semuanya.. bila tengok semua ada hala tuju masing2 buatkan saya rasa sgt gembira..
Akhir sekali semoga hubungan ini berpanjangan dan semoga masing2 berjaya dalam bidang masing2.. amin..

Wassalam..

Pc Fair KL 2morrow...

Assalamualaikum...
hehe.. esok adalah merupakan hari yang mungkin memenatkan buat aku..

maklumlar kat sana ada banyak benda yang membuatkan hati aku riang.. plus aku akan dipaksa pergi lalu semua hall, jadi get ready dgn air masak n seliper yg best..

Pc-fair kembali lagi.. ramai yang bercadang nak pergi klcc esok ttp ada juga segelintir orang yang lebih suka pergi ke lowyat time pc fair ni.. xpayah berasak.. xpenuh pun. tapi harga sama ke??

member aku cakap.. harga lowyat n pc fair lebih kurang sama ja.. xda apa yang menarik pun..

tetapi yang bestnya dengan pc fair ni sbb banyak hadiah diberikan..

Tips membeli di Pc-fair..

1. Pergi ke lowyat dahulu n amik senarai harga barangan di lowyat (compare pc fair)
2. Pusing satu pc fair kumpul kan broucher dan duduk kat kedai minum dan fikirkan dengan baik apa yang anda hendak beli...
3. Minta harga paling kurang dari harga sebenar.. sekurang2nya rm50...
4. Minta lar 'goodies' setiap kali membeli.. rasanya diorang akan bg free
5. Setiap kali membeli pastikan tanya tempat kedai mereka dimana.. (jika senang baru beli)
6. Sebolehnya datang lar ke KLCC dengan menaiki putra.. Sebab masa tidak terbatas dan save cost parking..
7. Pastikan korang beli tiket pergi balik putra.. jenuh lar nak berbaris panjang ti k.
8. Pakai mask n sanitizer- H1N1


Target kali ni adalah membeli PSP3000... huhu.. kalo dapat yg murah beli aje.. stakat ni plg murah adalah RM770 Console + 16gb memory... n webcam 5mp A4tech RM70... fuh..


wassalam