rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sek 2 Shah Alam 'MEDAN' Direct Selling dan Sumbangan Ikhlas..

Assalamualaikum...
Ceritanya begini... semalam saya pergi ke shah alam sbb nak amik buku manufact utk study kiranya ada masa lapang...

Alang2 saya dah kat sana.. saya pun pergi lar jumpa kawan baik saya sorang ni...

Kitorang pergi kat kedai Ani sup Utara order bubur nasi, yang dekat sek 2 tu... Seriusly mmg sedap dan banyak pula bubur nasi tu..

Tengah sedap2 merasa nasi air tu, datang seorang lelaki meminta wang untuk anak yatim..

Xperlah... saya belek2 document tu, dan beri sekeping duit.... dia beri resit dan salam...
Tengah makan ni... datang lagi seorang lagi hamba Allah buat direct selling... xperlar kami dengar dan kata kami xnak... tapi sbnarnya mood nak makan tu rasa tersentap juga lar...

Bubur pun dah nak abis... Datang lagi pakcik berjanggut.. dihulurnya saya sekeping buku yasin.. dan meminta sumbangan ikhlas dari saya.. saya cakap terus terang.. saya xda duit sbb baru je derma pada anak yatim.. Dia memberi reaksi terkejut dan 'buat muka' pada saya... tapi saya malas nak layan.. salam dan terus pergi bayar makanan..

sebenarnya ada rasa bersalah, sbb xbayar.. tapi kalo asik meminta je.. susah lar macam ni.. sampai 3kali orang menyentap nafsu makan saya.. nasib lar bubur nasi tu mmg sedap...

so direct selling dan peminta sumbangan ikhlas person.. jangan lar mengganggu orang tengah makan ye.. mengganggu tengah tunggu makanan xpe..

wassalam...

Sakit Perut... Muntah2....

Assalamualaikum..

Lepas 2jam aku menyantap makanan pedas nasi goreng sambil tengok Raja Lawak Astro...

Terus terasa panas satu badan... Berpeluh2 satu badan dan perasaan loya membuak2 sehingga xdapat dibendung lagi satu amukan larva dari dalam badan...

Berkali2 aku muntah.. dan start malam tu aku xdapat tidur dgn nyenyak(cirit birit)...

Semangat yang ada ni aku bekalkan utk teruskan juga latihan praktikal aku yg memerlukan kudrat yg tinggi "heavy duty"...

Walaupun bertahan selama 3 hari cirit birit dan muntah2 bekerja, akhirnya aku akur sebagai manusia yang lemah dan pergi berjumpa doctor dan amik mc utk sehari (hari ni)...

Duduk rumah pula asik terfikir pasal kerja... kerja kerja... Rasa rugi pula kalo aku lepaskan sehari praktikal sbb sakit cirit birit n muntah je.. adui.. tapi xperlar pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku....

Wassalam...

[WTS] PSP 3001 BLACK 2 MONTH USED...

LIST 20 LATEST PSP3000 GAME (ISO AND CSO)

gran tourismo
wwe smackdown vs raw 2010
patapon
locoroco2
bleach heat the soul 6
tekken6
dragon ball Z shin budokai
daxter
naruto lagend akatsuki
megaman power up
little big planet
king of pool
DJ max
MINI golf
pes 2010
assasin lagen
GOD OF WAR
PINBALL FANTASIE
GTA CHINATOWN WARS...
HACKING USING 5.03 GEN-B



ADD ALSO..
- 2 SOFTWARE : TO CHANGE VIDEO TO PSP FORMAT
- THIS PACKAGE INCLUDE ALSO PSP POUCH AND EARPHONE(60% CONDITION)
- PSP COVER (NEVER OPEN N PSP IS SCRATCHLESS)
- BATTERY CHARGER..
- 16GB SONY MEMORY CARD (ORI FROM SONY HONG KONG.. NO PROBLEM AT ALL)
- ALL THE LIST GAME IS AVAILABLE.. DVD WILL BE GIVEN..

REASON TO SELL..
- MY LAPTOP HAD BEEN STOLEN LAST NIGHT, IM STUDENT SO I WANT THE MONEY TO BUY A NEW ONE
- SELDOM USED

ADVANTAGE..
- STILL NEW (BOUGHT 26/11/2009) ALMOST 2 MONTH...
- 16GB PSP (NO LAGGING IN GAMING & BIG SPACE)
- SECURE IN SELLING.. (NO BANKING, MEET ME IMMEDIATELY AT CERTAIN PLACE TO DEAL)
- PLACE TO MAKE AN APPOINTMENT (MCD KL SENTRAL AND KFC MID VALLEY)
- 95% SCRATCHLESS AND NEVER EVER BEEN KNOCK...
- WANT TO SELL AROUND RM700 BUY LAST MONTH RM850..
- CAN SURFING INTERNET..

INTERESTED JUST CALL ME AND MAKE APPOINTMENT... NO SMS!!
serius buyer only..!!!!!
013-2769710
(SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!)


Download Digital Furqan....

Assalamualaikum...

Saya nak share satu software digital furqan kepada anda semua... software ni sangat baguz kepada mereka yang ingin membaca alquran di dalam bentuk digital.. walaupun bukan saya yang upload software ni tp sesungguhnya manfaatnya sangat besar untuk anda semua... Link masih aktif dan download lar mengguna internet download manager untuk mendapat kelajuan yang maksima..

Info :
Digital Furqan v1.0, mengandungi 30 Juzuk beserta terjemahan dalam bahasa melayu dan english. Memudahkan pencarian bacaan, samada melalui surah atau juzs. Bacaan dari Qari yang termasyhur.

Vol.1 : Sheikh Mahmud Khalil Al Khusairi

Teknologi MP3 untuk bunyi yang jelas dan tepat mahraj Huruf Mushaf yang terang dan jelas

Menggunakan teknologi penunjuk tepat Mempunyai terjemahan dalam dua bahasa pilihan iaitu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap ayat yang dibaca akan disertakan dengan terjemahan dlm bahasa malaysia/ bahasa inggeris (mengikut pilihan anda). Kemudahan untuk mencari dalil berkaitan dengan tajuk-tajuk pilihan. Terdapat index yg membolehkan anda mencari dalil-dalil yang berkaitan dengan perkara yang anda ingin kaji.Cthnya, bila anda klik "air" pada ruangan search index, semua dalil yg berkenaan dengan air akan disenaraikan siap dengan terjemahan sekali. Mempunyai kemudahan penanda bacaan. Anda boleh bookmark setakat ayat mana anda dah baca utk disambung balik bacaan pada masa lain. Kemudahan untuk mengumpul koleksi ayat-ayat pilihan.

Microsoft Windows 95/98/XP/2000 dan ke atas
100% keluaran rakyat Malaysia.


DOWNLOAD

credit to sini
wassalam...

Indonesia mmg dasyat...Allah itu kasih..

Assalamualaikum..


Indonesia memang dasyat... Bila melihat church menayang2 kalimah Allah.. Terdetik hati, xterasa ingin melawan ke rakyat indonesia islam kepada orang kristian ttg isu kalimah Allah di sana... Lagi dengan lagu agnes monica.. ish2 dasyat...

Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti

Jauh berbeza di Malaysia.. Bersyukurlar kita di berada di bumi Malaysia ini...

Wassalam..

Download... sangat mudah..

Assalamualaikum...

Macam mana nak download dengan mudah ye..??

Sekarang semua orang nak percuma sahaja, xkira movie atau lagu....

Kalo nak download.. selalunya guna torrent.. tp torrent ni pon lambat juga kalo orang x seed kan..

Saya baru discover satu tempat utk search dan download dari file mediafire..

Mediafire adalah tempat download yang sangat popular kerana ia percuma dan pantas berbanding dengan rapidshare yang perlu dibayar...

Caranya....

1. pergi ke www.uvrx.com ...

2. Pilih mediafire di sebelah atas...

3. masukkan judul lagu atau movie...

4. jika ada lagu yang anda ingin kan...

5. tekan.. dan tunggu sehingga link mediafire menjadi biru..

6. Save link as.. atau guna internet download manager...

Apapun bukan semua lagu dan movie ada... tp kebanyakan nya ada.. Posting ini adalah untuk memudahkan anda download dan share apa yang saya tahu dalam dunia cyber yang serba mudah ini...

sekian... wassalam...

Allah bermaksud tuhan..?? Tuhan bermaksud Allah??....

Assalamualaikum..

Sekarang sibuk orang dok cerita pasal kalimah Allah ni, sampai sanggup membakar gereja.. tp manusia yang membakar tu xsemestinya orang islam... Jadi Adakah kalimah Allah ni bermaksud tuhan..??

Bagi orang Kristian Malaysia ni, diorang mungkin beranggapan bahawa kalimah Allah ni di translate menjadi tuhan... Jadi apa kata kita dengar kata Syed Mohd Naquib Al Attas yang di ringkas kan oleh abang saya Shahrizal Azwan....
Kene baca beberapa kali baru dapat tangkap maksud di sebalik ringkasan ayat ini..

Kata Syed Mohd Naquib Al Attas -

Allah itu bukan sekadar tuhan. Allah itu adalah satu nama khas merujuk kepada Allah, iaitu Tuhan yang Maha Esa.


Oleh itu makna Kalimah suci - Lailaha Illallah..


membawa makna - Tiada Tuhan Selain Allah.

Kalau Allah itu sekadar translasi bagi makna Tuhan...

Maka, ia membawa maksud,

Tiada TUHAN selain TUHAN...

Ia tidak membawa makna apa-apa... sebab Allah itu sekadar tuhan.. tak ada makna..

Berbanding Tiada TUHAN Selain ALLAH...


Maka Allah itu ada Makna disebaliknya. Ia adalah sebuah kata nama Khas dan bukan kata nama umum sahaja.

Ini adalah penerangan ringkas Prof. Dr Syed Mohd Naquib Al-Attas.


Wallahu Alam.
Credit to sumber disini...

Luahan Hawa untuk Adam...

Assalamualaikum

Coretan ini bukan ditulis oleh saya.. tapi saya amat terharu apabila membacanya.. ia dari kaum hawa kepada insan yang bernama lelaki... Mari sama2 kita baca dan hayati maksud sebenar luahan hati ini..

ADAM...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah HAWA,

temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.

Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

ADAM...
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman,
inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya..
jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu,

nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,

kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA.

Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.

Pun begitu,

maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu.

ADAM...
Bukan kerana ramai isterimu yang membimbingkan aku.

Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku.


Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu.

Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya.

ADAM...
Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Qu'ran ada ayat yang menyatakan

"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita.."

kau diberi amaran untuk mendidik aku,

kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,

mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku.

Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini??

Aku dan kaumku telah menderhakaimu.

Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah.

Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku.

Jika terpaksa aku keluar rumah,

maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki.

Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.

ADAM..
Mengapa kau biarkan aku begini?? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu", katamu.

Aku ibu dan guru pada anak-anak mu.

Tapi sekarang, pada waktu yang sama, aku ke medan menguruskan urusan negara.

Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk-duduk sahaja.

Ada diantara kaummu yang menganggur tiada bekerja.

Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba.

Kainku tinggi menyingsing paha mengamankan negara.

Apa kau sekarang tidak lagi seperti dahulu?

Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku?

ADAM...
Marahkah kau jika ku katakan"Andainya HAWA yang terpesong,

maka kau yang patut tanggung". Sebab apa ADAM?

Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak tak pandai mendidik,

jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar. ADAM, kau selalu berkata,

"HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu.."

Pada hematku yang dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu.
Adakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi s.a.w.terhadap isteri-isterinya??
Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad s.a.w. terhadap mereka?

Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA? Aku,

kaum HAWA merindukan kata-kata yang penuh kelembutan seperti Muhammad s.a.w.
Namun mungkin aku tidak akan mendengar kata-kata seperti itu lagi, kerana kau,

kaum ADAM kini bukanlah seperti Muhammad s.a.w. yang ku rindui...

ADAM...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.

Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.

Jika kau lalai, maka lalailah aku.

Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu!

Oleh itu ADAM, gunakanlah kelebihan akalmu itu, untuk membimbingku,

kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAM...
Aku suka kalau kau mengimamai solatku pada setiap waktu.

Akan ku aminkan bacaaan doamu.

Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajut bersamamu.

Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama.

Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Qur'an.

Kau khabarkan kepadaku tentang fardu-fardu yang aku patut tahu.

Tunjukkan perkara sebenar yang patut aku tahu wahai ADAM!

ADAM...
Akhir kata, ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah.

Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu.

Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.

Selamatlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya...



Kredit to... Sumber dari sini...

sekian wassalam....