rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Apakah makna Cinta...?

Assalamualaikum...

Setelah aku mencari apakah makna cinta... Akhirnya aku mengerti.. sedikit demi sedikit makna cinta..

Cinta itu adalah memaafkan seseorang wpun dia telah melakukan kesilapan yang paling besar dalam hidup ini..

Itulah kekuatan Cinta sejati.. Jika tiada unsur cinta ini... cinta tidak akan kekal berpanjangan...

Cinta itu adalah sentiasa memperbetulkan perkara yang buruk kepada yang baik...

wpun seseorang itu melakukan perkara yang salah.. ia akan ditegur.. ditegur cara yang baik...

tidak menjatuhkan maruah masing2..

Wpun diri ini masih terpinga2 dalam kehidupan... tapi si dia masih memberi petunjuk dan harapan..

Cinta mudah ditafsirkan dengan kasih sayang... tapi 2 unsur cinta ini adalah pelengkap sanubari cinta yang sejati...

Saya ingin meminta maaf di atas kesilapan dan keterlanjuran yang telah saya lakukan.. sesungguhnya manusia kadang2 alpa dan terleka.. saya akan cuba memperbaiki diri ini.. maafkan saya anda semua..

wassalam....

selamat hari raya.. maaf zahir dan batin...

Assalamualaikum..

Di hari dan bulan syawal yang mulia ini.. 

Ingin lah saya dengan serendah rendah diri ini.. memohon maaf diatas segala kesalahan yang saya lakukan secara sengaja atau tidak sengaja kepada sahabat2 atau sesiapa sahaja yang melawat blog ini...

kepada kawan2 lama di S.R.K Sungai besi 1, Victoria Institution, Matrikulasi Pahang Gambang dan currently UITM shah alam.. Jika ada tersalah kata dan kesilapan harap diampunkan...

sesungguhnya diri ini tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa.. itulah sifat azali setiap kejadian manusia zaman kini yang diciptakan Allah s.w.t.

Akhir sekali. Selamat Hari Raya AidilFitri.. Xda duit raya nak kasi.. tunggu kawe kerja dulu k...  hehe.

Wassalam..

KERETA SOSILAWATI DAN PEGUAM DIJUMPAI...

Assalamualaikum..

Diharap penemuan kereta Sosilawati dan peguam beliau memberi petunjuk kes ini. Ikuti berita mengenai perjumpaan kereta Sosilawati dan peguam beliau yang dipetik dari Utusan:



SUBANG JAYA 6 Sept. - Siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.
Kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.
Difahamkan, seorang peniaga yang mengecam nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30 malam.
Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.
Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan hotel tersebut lalu bergegas ke lokasi berkenaan.
Polis menemui beberapa kesan cap jari pada kereta berkenaan dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk mengesan pemiliknya.
Kedua-dua kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan.
Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tengah hari ini berkata, polis akan meneliti senarai panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) akhir yang diterima atau dibuat oleh kesemua mereka yang hilang itu bagi memperoleh petunjuk mengenai kes tersebut.
''Pihak polis sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai.
"Yang pasti, mesti Sosilawati ada membuat atau menerima panggilan dan SMS sebelum beliau dilaporkan hilang," katanya.
Musa memberitahu, polis membuat siasatan daripada pelbagai sudut dan sebarang kemungkinan turut diambil kira bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman pula ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan suami Sosilawati bagi membantu siasatan kehilangan isterinya.
"Suaminya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 3 petang tadi," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak, hari ini mendapati kediaman tersebut tenang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Sosilawati dilaporkan hilang bersama tiga lagi iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lalu.
Pemilik syarikat kosmetik, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor untuk menemui peguam atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Case study di Labuan Sabah... part 1...

Assalamualaikum...

Hari isnin lepas, lepas je habis test control system... terus packing bag nak ke labuan... xlama pun 3 hari je..

Pergi ke labuan ni mmg fokus nak g buat lawatan industri.. tp dah alang2 sampai labuan ni, gunakan masa yang secukupnya untuk pusing satu labuan..

Aku (Shahzan) pergi dengan 4 orang member (Reza, Dopod, Nabil & Zainol)

Malam sebelum bergerak.. kitorang singgah umah dopod.. mak dia ada buat catering.. nice juga dapat bersahur kat umah dia.. tp aku tido kat atas toto je.. tapi still nice jugak..


Pukul 4.30pg..  bangun untuk bersahur... habis sahur je.. terus bersiap nak ke LCCT airport.. macam biasa ayah dopod hantar.. mmg nice family diorang ni..

Flight bergerak kul 7.40pg.. then dalam 2jam macam tu sampai lar ke Labuan...

First impression.. labuan ni macam langkawi la jugak.. tapi kat sini byk tempat industry dan bukan based on perlancongan semata2..

Sampai je kat bumi labuan... ada sorang pakcik ni hantar kitorang kat hotel (global hotel)... hotel disponsor oleh mak reza selama 3 hari 2 malam.. 2 bilik kot.. aku share dgn Zainol dan lagi 3 orang share lg satu bilik..

Abis je checkup.. terus buat case study kat LABUAN SHIPYARD.. bukan calang syarikat ni...

dalam 3jam diorang bawa ronda tempat site diorang ni.. panas betul kat labuan ni.. pastu jumpa dgn manager diorang n dia explain ttg company management...

habis je.. kitorang g singgah kat bazaar ramadhan.. pergh.. bazar ramadhan dia panjang juga lar.. tapi xley lawan dengan bazaar ramadhan kat stadium shah alam.. huhu

kuih diorang mmg variety dan murah2... rm1 utk 3 kuih.. ok lar tu kan.. tp kat sini nasi, ayam dengan daging agak mahal.. seafood ok jugak lar..

kitorang berbuka dalam 6.25ptg camtu.. dan labuan ni malam dia cepat sikit.. 

ni baru first day..... second day kitorang pusing satu labuan...

Wassalam....