rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Satu Malam yang Panjang di JJ..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

hi sahabat semua.. semalam saya dgn mama n abah pergi ke Jaya Jusco(JJ) yang baru bukak dekat dengan balakong.. dengan niat saje2 nak jalan2.. bertolak dari KL pukul 8.30pm.. belum sampai lagi ke JJ tapi jalan sesak macam ada rusuhan pulak kat tengah jalan tu..sambil di burukkan dengan sikap xberhemat pemandu yang paking dekat bahu jalan yang sempit..

sesak giler kot.. sampai pukul 10 malam baru lar dapat masuk kat jj lepas cari parking dekat setengah jam.. masuk je.. macam semut orang.. apsal ramai sangat ni.. rupanya special JJ membership offer.. pukul 11 nak tutup.. tp orang masih ramai lagi..

aku pergi pinjam kad jj mama n beli apa yang patut.. dengan berbekal duit RM100 aku pun membeli lar baju kemeja sikit.. dapat juga yang cantik.. jenama Charles jordan n SEED yang terbaru 70%less.. dapat RM49 n RM30 n baju Tshirt koller yang mahal kot RM50 dia jual RM15 je..

makk aii.. patut lar orang membeli macam xcukup je.. discount bukan pada baju je.. tapi seluruh tempat dalam JJ tu ada discount.. kalo ada byk masa mau diborong satu jj tu.. haha.. tp ada sejam je.. beli lar apa yang patut.. beratur jangan citer lar.. setengah jam.. barisan punya lar panjang..

anyway.. malam tu mmg panjang lar.. macam2 gelagat manusia kita ley jumpa.. sampai kadang2 aurat pun dah xreti nak cover.. punya sakan nak membeli.. apa pun nak membeli biar bijak..

wassalam....

BOHSIA.. dah xde tajuk lain ke!!

Assalamualaikum...

bila dengar BOHSIA.. saya dah rasa menyampah.. ini pula movie yang dinamakan BOHSIA..

Ekk ellee.. xpe2.. mungkin producer dah xda tajuk lain nak letak kan.. kalo kata nak sampaikan maksud tersirat kepada para remaja melalui tagline(yang kecil terselit di bawah perkataan BOHSIA yang besar tu).. producer dah silap.. dah berlambak cerita macam ni dihasilkan sampai rasa meluat dan nak termuntah bila menonton..

tapi saya amat berharap supaya content cerita ini.. tiada unsur sex, rogol dan social bebas(mungkin harapan tinggal harapan selepas tgk preview dia)... sebab yang menontonnya adalah bangsa melayu kita.. budak2 yang masih dalam pelajaran yang terkontang kanting dalam mencari hala tuju hidup.. karang terikut ikut pula.. diorang bukan nak tgk yg positif, yang negatif juga yang diorang ikut... contohnya remp-it(aku xkan tgk citer ni)..

Berikut adalah sedikit jalan cerita Bohsia-Jalan Pilih Jalan Hitam yang akan ditayangkan di pawagam pada 23 April ini.

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy(Salina Saibi) dan Tasya(Nabila Huda) yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang.

Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul) teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai(Shaheizy Sam) teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam(Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu.

Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah(Diana) tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam.

Tasya yang berang dengan kecurangan Muz,relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri.

Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy.

Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh(Nasir). Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku… Saksikan BOHSIA di pawagam pada 23 April ini.

creadit to http://ohartis.com/filem-bohsia-jangan-pilih-jalan-hitam/


Marilah beramai ramai menonton cerita ini dipawagam k..

kalo tgk cerita melayu kita.. kalo pasal bab2 merogol memang banyak.. setiap kali kalo saya tengok cerita melayu yang ada rogol.. terus TUTUP!!!!!.. dan dalam hati saya mencaci maki cerita itu(xmencarut k).. antara cerita yang sy ley ingat satu babak bodoh adalah mami jarum junior rasanya.. tetiba cerita lawak ni ada unsur rogol pula diakhirnya.. dan akhirnya dia insaf setelah dirogol.. haha.. bodoh pula saya rasa setelah tengok cerita ni.. lagi satu modal cerita melayu, kalo berdua duaan dalam rumah.. kejap lagi kene tangkap basah lar jawabnya(selalunya kejadian didalangi orang yang jelez dengan hero dan heroin tu..)

cerita yang saya tengok yang best dan boley dibanggakan cerita melayu adalah man laksa, buli, baik punya cilok, cicakman, (drama yang dilakonkan oleh m.rajoli kat astro dah lupa tajuk dia) bujang lapok(P Ramlie) dan UPIN DAN IPIN!!.. (semua cerita ni sy tgk kat panggung k.. kecuali cerita allahyarham tan sri pramlie...)yang terbaru mungkin TALENTIME..

majulah filem malaysia.. be more creative.. we need quality not quantity!!
kesilapan ayat saya adalah kelemahan diri saya sendiri.
wassalam..

Wanita berjubah menjadi KOMANDO..

Salam..
saya tertarik dengan beberapa gambar ini.. ia menunjukkan satu kekuatan yang ada pada wanita berjubah.. dengan berjubah pun mereka masih mampu bergerak dengan bebas ala komando..

jangan disangka kesopanan dan kelembutan wanita islam menunjukkan mereka adalah insan lemah.. tidak sama sekali...

sangat impress dengan wanita berjubah sebegini.. dan membuka mata ramai pihak bahawa wanita islam yang menutup aurat mampu menjaga keselamatan negara juga..

malah bebakti secara fizikal kepada masyarakat.. semoga suatu hari nanti.. Polis wanita Malaysia akan berjubah seperti ini..


wassalam..

LASKAR PELANGI.. cerita indah....

Assalamualaikum....



ingin saya coretkan disini satu movie dari seberang yang telah memberikan saya satu perasaan HEBAT!!..

iaitu LASKAR PELANGI, ia mengajar erti kehidupan.. ketabahan.. kegigihan.. ketekunan....

kekuatan cerita ini adalah plot ceritanya.. anda disaran MESTI menonton cerita ini...

bagaimana seorang budak yg miskin, berbasikal berbatu batu dari sekolah dan setiap kali melalui binatang buas, sekolah yang usang dan serba x lengkap... mampu mengira lebih pantas daripada budak serba lengkap yang menggunakan calculator????

walaupun pelakonnya budak budak... tetapi lakonannya jauh lebih mantap dari pelakon2 muda yang kita tengok skrg..

anda pernah tengok cerita.. "tentang bulan" @ cerita "cili padi" @ cerita paper lah yang budak budak berlakon.. ia langsung tidak sama seperti LASKAR PELANGI..

Bagi saya cerita ini ratingnya sama atau kurang sedikit dari cerita Slumdog millionaire... kerana ia menceritakan liku liku kehidupan yang sebenar.. dan bukan cerita fantasi semata2..

Wahai guru2.. anda perlu melihat cerita ini.. pastinya anda akan menitiskan air mata..

"Hidup ini bukannya menerima sebanyak banyaknya.. tetapi Hidup ini adalah memberi sebanyak banyaknya.."



saya bg 8.9/10
awesome.!! mantap.!

KTM oohh KTM... berubah lar ooii....

Assalamualaikum..

pada pukul 8.40 pm hari 13 april... aku nak balik umah ibu bapa aku, maklumlar baru lepas test.. then aku naiklar perkhidmatan KTM dari KL sentral..

dari pukul 7.00pm aku dari shah alam dekat sejam lebey dalam bas.. bapak lar letey..

lepas buat apa yang patut, aku naik ktm ke salak selatan.. laluan SEREMBAN..

ada announcement "train ke PERLABUHAN KLANG akan tiba dalam masa 3minit lagi"

ok xpe lar xkisahpun.. lepas 2 minit ada announcement lagi
"train ke SEREMBAN akan tiba dalam masa 18minit lg".. train aku tu..

memang masa tu ramai lak.. xde tempat duduk.. kene berdiri lagi.. menunggu. waaa..

selepas beberapa minit berlalu.. tetiba aku terdengar lagi... "train ke PERLABUHAN KLANG akan tiba sebentar sahaja lagi".. aikk bukan dah lalu ke tadi..

selepas beberapa minit lagi... "train ke PERLABUHAN KLANG akan tiba dalam masa 5minit lagi"

betapa tension nye lar aku kat KTM ni.. nak menunggu announcement ke SEREMBAN tu..
akhirnya... AKHIRNYAAA.. Train ke SEREMBAN AKAN TIBA SEBENTAR SAHAJA LAGI... PENUMPANG DIMINTA bla bla bla..... selepas hampir 20minit menunggu..

korang bayangkan.. laluan ke seremban dari KL sentral, ia melalui Mid Valley.. ada satu train je dalam masa 20 minit tu.. korang x menyirap?? dah lar tu.. train sebelah je iaitu pelabuhan klang 3kali lalu dan hanya sekali je train ke seremban...

geram tetap geram.. tapi apakan daya.. pi mai pi mai tang tu juga... harap perkhidmatan KTM ni di perbaik pulihkan.. bukan ingin dibuka pekung di dada tapi.. ia hanya sedikit kritikan supaya KTM dapat memperbaiki kelemahan yang nyata ini...

wassalam...

IDM... the best downloder..

salam..

emm.. aku nak bagi korang satu software yang amat baguz ni...

ni screenshot aku..


80KB persecond..
aku pernah cecah 1mb kat fac aku.. so mmg power lar untuk download...
ni link dia..
download

selamat download

anti virus terbaik.. twister 7...



Assalamualaikum..

hari ni saya nak berkongsi dengan sahabat semua antivirus yang terbaik yang pernah saya guna dan tgh guna sekarang iaitu twister 7..

kamu xkan percaya kan kalo saya katakan twister 7 ni jauh lebih hebat dari kaspersky.. saya dulu guna karspersky tp software ni berat.. dan selalunya saya mmg xbeli hanya download je(saje try2). key dia asik blacklist je. then saya terjumpa satu software nie.. twister7..

ni link die mediafire..

http://www.mediafire.com/?zmz2wctyth3

twister7 ni lebih ringan, dan lebih sensitif kepada apa jua virus.. xpercaya cuba try.. virus yg xdapat di dicari oleh avast/avg/ malah kaspersky mungkin terjumpa di dalam twister.

twister xmerosakkan pc anda malah melajukan operating window korang wpun setiap masa dia melakukan scanning.. software ini akan sentiasa menscan komputer anda setiap masa tanpa menjejaskan performance pc.. hebatkan..

Lepas korang dah install twister7.. cara nak ringankan pc korang adalah dengan menginstall tuneup 2009.. software ni mengurangkan graphic korang yg melembapkan pc korang.. organize data dan buang data yang xperlu dalam pc.. k...

ni link dia.. enjoy..

http://www.mediafire.com/download.php?idoyf2qyjuo
pass: shahzan

Ka-ching.. lirik lagu ni.. haram ke??


Assalamualaikum..

hari tu aku ada pergi ke satu tempat untuk beli hadiah.. tiba2 dengar pula satu lagu ni..

bez pulak bila layan.. tp mmg best lar lagu ni(lagu lama ni).. pas tu aku tanya org lagu pe ni..

"shania twain - ka-ching"


lirik..

We live in a greedy little world--
that teaches every little boy and girl
To earn as much as they can possibly--
then turn around and
Spend it foolishly
We've created us a credit card mess
We spend the money we don't possess
Our religion is to go and blow it all
So it's shoppin' every Sunday at the mall

All we ever want is more
A lot more than we had before
So take me to the nearest store

Chorus:
Can you hear it ring
It makes you wanna sing
It's such a beautiful thing--Ka-ching!
Lots of diamond rings
The happiness it brings
You'll live like a king
With lots of money and things

When you're broke go and get a loan
Take out another mortgage on your home
Consolidate so you can afford
[ Shania Twain Lyrics are found on www.songlyrics.com ]
To go and spend some more when
you get bored

All we ever want is more
A lot more than we had before
So take me to the nearest store

Repeat Chorus

Let's swing
Dig deeper in your pocket
Oh, yeah, ha
Come on I know you've got it
Dig deeper in your wallet
Oh

All we ever want is more
A lot more than we had before
So take me to the nearest store

Repeat Chorus

Can you hear it ring
It makes you wanna sing
You'll live like a king
With lots of money and things
Ka-ching!

bila baca lirik ni.. ada sikit rasa was was...
Our religion is to go and blow it all
So it's shoppin' every Sunday at the mall

seperti yang kita tahu org kristian hari ahad diorang sembahyang dan dalam lirik ni..
diorang tinggalkan sembahyang diorang demi untuk pergi shopping pada hari ahad...

ada saya bertanya pada 2orang member sy..

1st member
phrase Our religion is to go and blow it all menerangkan bahawa itu adalah agama kristian

So it's shoppin' every Sunday at the mall pun x menerangkan apa2 agama

cuba ko bayangkan kalu org islam yg nyanyi lagu ni

boley je kita kaitkan budaya shoping ni ngan diri kita org islam sendiri

wallahualam la

bg aku

selagi xde kata2 yg jelas menunjukkan kita memuja tuhan dia
tu bkn syirik lg

2nd member

bila baca balik, lagu ni mmg dinyanyi khusus utk mmberitahu ttg lifestyle manusia yg mementingkan wang + belanja tnpa had

+ pulak, penyanyi menkhususkan lagi pada penganut kristian, yg mengabaikan 'berjemaah' kat church pada hari ahad

sbb sanggup utk berbelanja..

sbb itulah dlm lirik ini menekan-kan hari ahad dan "Our religion is to go and blow it all"

cuma nk nasihat, ape yg kite buat semua msti dlm balance...

jgn menyusahkan minda dgn perkara yg kite boley fikir logik + bersandarkan hukum shariah
islam itu mudah, bab ni plak, kalo awk ragu2, afdal tinggalkan dan jgn terlalu berfikir mendalam smpai menyusahkan minda kite.

kesimpulannya.......

its okay for me.. sbb kita orang islam ni tiap2 hari sembahyang kan.. 5 waktu setiap hari.. dan lagu ni pun xde lar nak menduakan ALLAH s.w.t.. sebab kehidupan seharian manusia yg islam pun sebegini. membazir duit pada benda yang xmenentu sehingga meninggalkan solat. ahad tu bg kita yg kat malaysia ni cuti umum so mmg sesuai nak membazir bershopping... contohnya kita nak pilih baju tu punyalar lama lebih2 lagi ada promosi jualan potongan 70%.. haha.. sampai tertinggal waktu solat.. kan..apa pun niat kene betul juga ye.. hehe..

Conclusion - lagu ni nk bgtahu yg manusia yg hidup abad ni mementingkan money, power n lifestyle yg glamour
hehehehe

ini pendapat secara jujur sy yang serba kekurangan dan byk kelemahan..
salah silap sorry ye..

wallahualam...