rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Transformers BOSAN in English BORING..

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas saya ada menonton TRANSFORMERS bersama jani n the gang.. Yang bestnya dapat tiket free tu.. Jadi tengok je la.. Cerita yang mempunyai peminat ramai tapi bagi saya plotnya amat menghampakan..

Dalam cerita ini,mcm senang nak menghidupkan megatron.. optimus prime mati dan hidup kembali???? mungkin dah agak kot..

Transform memang hebat tapi lama2 terbosan pula..

Terlalu banyak autobot dan decepticon yang xpernah dengar pun..

Part yang kelakar kot.. hehe. bila parent kepada sam nak ikut anak dia pergi berperang tapi dihalang oleh sam sehingga berbuih mulut diorang.. tapi bila megan fox nak ikut, tanpa berfikir panjang sam terus beri lampu hijau.. haha..

apa pun cerita ni xmembazir lar duit tengok sebab lama durasi dia.. quality untuk transform memang hebat, tapi apa yang saya ley cakap ia amat membosankan.. cerita THE PRESTIGE jauh lebih best...

my rating 7.1..
wassalam...

Kad Pintar PLKN... Anugerah Kepada warga PLKN..

Assalamualaikum..

Berita gembira buat bekas wira dan wirawati PLKN bahawa anda akan disediakan kad pintar PLKN tidak lama lagi. Saya merupakan bekas wira PLKN di semarak pekan, Pahang padaTahun 2005 dan pastinya saya rasa bertuah menjadi warga PLKN. Ia merupakan kad istimewa dan ditambah aplikasi khas supaya dapat memudahkan urusan seharian bagi warga PLKN.

Apa yang baguz ye kad pintar ni..

1.Boleh mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
2.Urusan Touch n' Go
3.Menjadi kad identiti bekas pelatih PLKN


Bagi saya, wpun tidak banyak aplikasinya tapi ia merupakan anugerah dari kerajaan kepada warga PLKN.. kepada adik2 yang rasa cuak nak join PLKN.. Jangan takut kerana sejarah yang bakal adik cipta akan adik kenang sampai bila- bila...

wassalam..

Spain KALAH kepada U.S..!! Latest!!

Assalamualaikum..


Saya memang xsangka saya akan berpeluang menonton perlawanan bola sepak yang bakal menjadi sejarah hebat antara Spain dan US.. tapi sayangnya Spain kalah kepada U.S ( 2-0 ).. kenapa saya rasa terkejut adalah kerana Spain merupakan negara di ranking 1st manakala US hanya underdog..

Lebey mengejutkan lagi pemain berusia 19 tahun jozy altidore menjaringkan gol pertama US merupakan pemain villareal iaitu kelab di spain yang banyak memanaskan bangku simpanan semasa kariernya.. kini mungkin karear dia di spain akan terancam..

Perlawanan ini bermula pantas dan quality ditunjukkan oleh setiap pemain.. Spain banyak mendominasi tetapi saat minit ke 27.. jozy altidore berjaya menggunakan strenght dia untuk melepasi defend spain dan memberi gol pertama US..

Pasti terkejut, spain tidak mudah berputus asa tetapi passing through ball dan cross masih lagi tidak dapat melepasi defend US.. setiap rembatan david villa dan torres di tahan penjaga gol dan defend center US.. sehingga di minit ke 70 satu lagi counter attack US berjaya menghasilkan goal iaitu dari dempsey..

Kesilapan spain adalah mengeluarkan fabregas dan memasukkan santi.. pace jadi lembap dan asyik lost ball.. tidak menurunkan pemain hebat.. iniesta??? senna??? Silva??(maybe injured)

emm.. apa pun saya kecewa Spain kalah.. tp xpelah bukan Malaysia yang kalah kan.. hehe..

Saya bukan racist... tp paham2 lar...

Assalamualaikum..



Kenapa ye Malaysia ni senang sangat pelancong nak menetap??

Di Malaysia x cukup majmuk lagi ke nak tambah kaum lagi??

Kenapa mudah sangat nak lepas dengan kastam ye??

Malaysia ni NEGARA KEBAJIKAN KE??

Kenapa ye saya bunyi macam marah je?? haha..

xmarah pun kat menteri2 malaysia yang bijaksana.. adakah dunia ini ada warga afrika, bangla, indonesia sahaja untuk dijadikan pelancong atau pekerja??? adakah student yang nak datang malaysia ni ada warga afrika je??

baca surat khabar terus sedey.. kalo port diorang kat kampung2 xpe juga.. ni kat kawasan KL, PUTRAJAYA N CYBERJAYA mana lar xmenyirap.. kawasan tgh naik.. ish2.. mungkin kerajaan xnampak atau xperasan.. atau kastam yang malas nak amik peduli..

Saya baru tengok cerita the terminal.. kenapa Malaysia xmacam tu?? sistem apa kita pakai ni.. langsung x protective.. kita nak untung tp buat apa untung kalo banyak masalah timbul??

so sape2 yang rasa xnak duduk malaysia ley bagi kat orang kat dalam gambar ni dan korang ley tinggal tempat diorang..wassalam..

UNIC.. ALBUM BARU DAH KELUAR...!!

Assalamualaikum..

Teringat zaman matrik, saya boring2 dengar lagu nasyid dari kumpulan hijjaz, inteam, UNIC, saujana dan macam2 g.. tapi yang best adalah lagu UNIC sebuah pertemuan dan In-team - Tanpamu.. masa tu first album unic dan third album In-team.. lagu2 diorang sume saya layan.. usia pun lbey kurang sama je kan...

Apa pun saya cukup teruja bila dapat tahu UNIC keluar album baru pastinya dengan sahabat baru.. dengar kata 5 orang(saya dengar dari pijah.. hehe).. saya nak promote album baru diorang ni.. ni cover album diorang..so.. beli lar yang original yang CD and Kaset tu ye..
(^^.)v.. enjoy..

Taken.. Cerita aksi Seorang Bapa...

Assalamualaikum..

Sudahkah anda menonton cerita aksi TAKEN.. lakonan LIAM NEESON(xkenal pun mamat ni) Satu lagi cerita "awesome" yang jarang kita dapat tonton.. cerita ini bukan seperti transporter, james bond atau transformers.. Tidak memerlukan CGI dan efek menggunung.. tapi plot cerita ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua..

Cerita aksi ini boley saya katakan, para wanita yang xsuka cerita aksi pun ley jadi tertarik.. kenapa ye, mungkin sebab cara ayah dia (berpakaian formal) yang buat cerita aksi ini menarik.. Ia merupakan sebuah cerita aksi dimana sayangnya seorang bapa itu tidak dapat ditunjukkan dengan wang tapi nilai pengorbanan..

Xdapat saya nak cerita dengan lebey lanjut nanti spoil pula, Apa yang pasti anda akan terharu selepas menonton cerita ini.. Ia tidak rugi ditonton..

my rating 8.6/10

Wat lawak 18SG... wow awesome..

Assalamualaikum...
1.
Gambar ni agak melucukan bagi saya.. walaupun aksi nya kurang sopan.. tapi ley tergelak juga bila tengok..

bila jin pondan tiba2 muncul.. encik nak apa boley saya bantu.. haha..

2.


Di dalam dunia terdapat 7 muka yang sama,pernahkan anda melihat wajah yang sama dengan muka anda?Sudah tentu tidak kerana amat susah untuk mencari 7 daripada bermilion penduduk didunia ini.Tetapi Ilham Anas, lelaki kelahiran Bandung pada 25 Januari 1974, Indonesia yang mirip dengan presiden terpilih us Barack Obama, kini menjadi kaya raya. Dia kini menjadi model iklan oleh produk farmasi asal Filipina!

Dengan serta merta gambar dia tersebar di internet dengan meluas,malah Ilham Anas telah menjadi lebih terkenal daripada Siti Nurhaliza dan Mawi dalam masa satu hari.

3.
tgk betul2... it wassss amazingg...

Happy birthday to me..!!

Assalamualaikum..

Pada 11 haribulan 6 (2 hari lepas) genap la usia saya 21 tahun.. thankz to all my friends terutama yang sayang pada saya juga ibu bapa saya.. hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalaz jasa baik anda.. Tidak akan saya lupakan jasa anda yang sentiasa menyokong saya.. terima kasih...

Pada hari tersebut juga.. merupakan hari untuk check result final exam sem 4 ni.. saya betul2 risau sebab wpun dah bertungkus lumus berusaha untuk dapat dean list tp sebelum tu mesti la lulus fluid mechanics 2(subjek yang paling susah untuk mecky). alhamdulillah saya berjaya lulus fluid mechanics 2, bayangkan 8 hari saya belajar dengan sungguh2 sampai saya demam dan sampai saya nak termuntah belajar fluid ni.. ish2.. jangan jadi macam saya k..

ok kawan2 kita jumpa di semester depan dengan dugaan dan cabaran yang lebih berliku dan mencabar.. semoga kita sama2 dapat tempuhinya dengan sabar.. INSYAALLAH...

wassalam..

Siapa yang lahir tahun 80 -92 an.. Baca n komen k..

Assalamualaikum..

Budak2 yg lahir pd thn 80-92an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.

salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, flashman, jetman, Gaban, dragon ball, sailormoon dan mcm lg.

lepas baca mesti anda tersenyum kan.. sume ni kenangan yang xdapat saya lupakan dulu.... ponteng tuisyen semata2 nak tengok flashman... haha.. wassalam..

Desktop yang Creative...

Assalamualaikum..

Saya nak share kepada sesiapa yang xtau nak buat apa dengan laptop dia.. apa kata korang tiru dia mereka desktop dia dengan menarik.. tapi persoalannya boley ke.?


mampukah anda buat??

hehe.. try and error k..
salam..

Bila orang besar main LEGO..

Assalamualaikum...

Dah lama xupdate blog sejak dua menjak saya kerja part time dekat KLCC.. letih bagai mencucuk di kaki saya nie.. Mana taknya kalo berdiri selama 7jam.. aih.. bley dapat penyakit entut(penyakit akibat lama berdiri) saya ni.. Tapi yang bestnya saya dapat round round KLCC bila abis kerja.. Ada lar nampak satu pertunjukan lego.. wah hebat tau.. sampai KLCC pun dia ley wat lego..

beberapa Bangunan yang hebat juga dibina dengan lego.. ni gambar nya..

1. Taj Mahal

2. Colloseum(pernah tgk gladiator)

3. Pyramid(ley tgk gambar utk detail)

4. KLCC

5.Petra treasury(untuk detail ley tgk gambar)


6.Machu picchu(ley tengok gambar untuk detail)hebat tak bila orang besar buat main lego.. bila budak kecil main lego.. ada lar juga.. jadi ni..


hehe..
sekian wassalam..

Stadium Gong Badak Terengganu runtuh..

Assalamualaikum..

Ini bukan berita gembira tapi berita sedih buat rakyat terengganu kerana stadium yang baru dibina telah 60%runtuh.. MasyaAllah.. sungguh dasyat.. ribut xda, puting beliung xda, tup tup runtuh.. Adakah engineer yang dipilih tidak mengikut syarat dan iso pembinaan stadium dan ia masih menjadi kemusykilan sehingga sekarang ini.

Stadium Sultan Mizan Kompleks Sukan Gong Badak, yang berharga RM 450 jutayang dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu, runtuh pada jam 9.30 pagi hari ini.

Kesluruhan bumbung ‘grand-stand’ stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh.

Menurut saksi Hanafiah Isman, 27, kira-kira jam 9.30, beliau mendengar bunyi ‘krak’ dibahagian belakang stadium tersebut dan terus bergegas meluru ke bahagian tersebut kerana kereta beliau diletakkan di bawah bumbung.


http://impianrakyat.blogspot.com(sumber gambar)

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya(baik ko jawab jabatan kerja raya)

Sepi... Sebuah nurkilan Melayu...

Assalamualaikum..

Sperti yang sahabat tahu.. saya memang minat tgk movie ni, tp xsemua saya puji. Adakalanya saya akan hentam dan komen. terutama cerita melayu.. tapi cerita sepi sebuah nurkilan melayu yang susah hendak dikatakan.

Saya tengok cerita ini pada pukul 1 pagi. Saja sy nak tengok, kalo ngantuk tido je. Tapi kenapa ye saya ley layan cerita ni dari awal dia start hingga ke akhirnya. Mesti ada sesuatu yang membuat sy tertarik sangat menonton cerita ini.

Terus terang saya amat meminati Afdlin. Tp jalan cerita dan cara penyampaian pengarah tu mmg excellent. Saya xley nak agak atau duga apa yang mungkin berlaku dalam cerita itu(selalunya saya ley agak2 je dan betul buat cerita tu boring). Dari sudut romantiknya dan kelakarnya amat kuat.
Sepi.. bukan nye cerita yang sepiiii... tidak... ia cerita yang indah.. ia tidak membosankan.. ada satu part yang saya rasa AWESOME!! masa tepung turun macam salji. :P.. Apapun jangan memandang serong dengan ayat Sepi itu kerana nurkilan indah berada didalamnya..

"CINTA TIDAK DATANG HANYA SEKALI"

sekian.. my rating 8.5

Jerawat.. Picit atau Biarkan.. hehe :p

Assalamualaikum..

Tengah Malam 2 minggu lepas, lepas saya tengok cerita sepi lakonan afdlin. Tidak semena mena satu jerawat muncul kat pipi saya ni. adui.. nak picit ke atau biarkan..saya telah membuat experimen pasal jerawat ni. dahulunya bila ada jerawat je saya picit je dan bekasnya lama sangat nak hilang.

Tapi untuk pengetahuan anda, cara terbaik adalah tidak memicit dahulu dan biarkannya sahaja. Jangan sentuh kerana tangan ada byk bakteria k. Biarkan untuk beberapa hari. anda tekan jerawat tu dan rasa byk air dalam ia(jangan tekan kuat2 hanya rasa sahaja). Basuhlar muka terlebih dahulu. (Saya guna Safi Balqis)

selepas tu jika tidak sakit(masa anda tekan), amik jarum yang dibasuh , cucuk sekali perlahan lahan dan biarkan air dalam jerawat itu keluar. Guna satu jari telunjuk kanan dan kiri, memicit perlahan lahan tanpa rasa sakit. selepas itu basuh dan biarkan sahaja beberapa hari.

2-3 hari sahaja ia akan kembali ke sedia kala. Saya bukan pakar tp juz nak share saje. hehe.
Salah silap minta diampunkan..

wassalam..