rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Ujian paling besar dalam hidup ku...

Assalamualaikum..

Xpernah aku rasa rendah sebegini...

Jiwa tidak tenteram, sakit bila dilayan... Risau menyelubungi diri...

Ya Allah.... Kuatkan lah azam ku.... Cerahkanlah masa depan ku...

Aku ketakutan.... Aku hilang azam yang aku pegang selama ini....

Kekuatan aku bagai diragut dan dipijak... Ya Allah mampukah aku menempuh ujian ini..

Ujian yang aku rasa sgt besar utk aku tempuhi...

Rasa ingin menangis dengan kelemahan diri... Rasa ingin menatap sejadah di dahi...

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan aku selepas ini...

Ya Allah.............................

Ringankan lah beban yang aku pikul... sesungguhnya aku amat memerlukan petunjuk dan bantuan dariMU....

Sahabat sahabat sekelian... doakan lah saya yang ditimpa ujian paling besar ini.. supaya diringankan...

Amin...................

Julie and Julia.. Simple but totally good movie...

Assalamualaikum..
Julie and Julia.. Tengok dari cover filem ni mmg lar rasa macam malas dan xbernafsu nak tgk.. hehe..

Tapi adakah anda tau bahawa filem ni mengajar tentang 'LIFE' manusia di alam pkerjaan...

Kehidupan sbgai seorang pekerja tanpa ada minat pastinya membuatkan diri seseorang terasa kosong dan kehidupan seolah tidak bermakna..

Cerita ni berdasarkan kisah benar, mengisahkan tentang seorang wanita yang kurang gembira dengan kerjayanya sbg kerani dan operator telefon.. Julie adalah seorang yang pandai memasak dan menyanjungi kehebatan Chef masakan France iaitu Julia.. Menjelang umur 30thn dia berjumpa semula dgn kawan2 lama yang berlagak dgn profession masing2. Sehingga terlintas idea untuk membuat blog.. 'Suami julie mencadangkan blog about cooking' dan julie pun membuat satu target "500 resepi dalam masa 365 hari"... Tapi mampukah dia capai??


Dalam cerita ini juga, mengisahkan kembali bagaimana Kehidupan Chef Julia mula menceburi bidang masakan... dan sebenarnya Julia ni juga masih mencari bidang yang dia minat dan telah mencuba bermacam2 jenis bidang antaranya membuat kraftangan, topi, menjahit dan akhirnya dia memilih utk belajar memasak.. tapi bukan senang nak belajar memasak jika anda xtau langsung macam mana nak potong bawang kan.. hehe..

Interesting cerita ni.. recomended utk para bloggers, golongan yang suka memasak dan juga golongan yang bosan dengan kerjaya sendiri.. hehe..

"BON APPETITE"

my rating 9.0/10

Pasukan B-23 Malaysia.. Terima kasih..

Assalamualaikum..

Pukul 6.20 minit petang aku dah ada kat depan tv... Ready untuk support Malaysia..

Akak pulak ajak main bowl n belanja KFC ptg tu gak.. aduishh.. tp tpaksa diri ini menolak sbb nak tgk sejarah Final Bola sepak Malaysia di sukan sea scra Live kat TV..

xsalah last malaysia masuk final 2001 tapi kalah kepada thailand.. Apa pun saya xmharap pun Malaysia menang takut kecewa sangat..


Start game.. biasalar permainan pun kucar kacir.. dan sikit je malaysia serang.. 2nd half pulak malaysia mmg awesome.. keeper vietnam perangai pun boleh tahan.. xlarat tp nak main.. macam orang mabuk nak drive kereta.. coach vietnam lak xnak tukar2.. rasa macam nak tumbuk mamat tu.. haha.. sabar2.

Dan minit ke 85... berakhirlah penantian gol... GOLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!.................. menjerit time tu.. hahaha.. puas kot tgok coach vietnam gelabah..

Secara terus terang perubahan yang sangat positive di bhgn defend.. Pujian harus diberi kepada Ketua pasukan Aidil Zafuan dan Muslim.. selalunya kita ni mmg lar lemah nak menanduk bola tp dah kurang masalah tu..
















The best coach Malaysia skrg K Rajagopal dan aku ley describe Arsene Wenger Malaysia.. terima kasih kerana anda mmg pandai mendidik pasukan bawah 23thn.. N Ayat dia yang last tu yg paling hebat.. "We deserve to win, we are better team in 2nd half n u can see the vietnam goalkeeper always delay the time, so u want to say that our team not deserve to win.." but i say because u are the "Raja" Mr.Rajagopal...

hehe.. semoga Malaysia mampu pergi lebih jauh dalam sukan bola sepak ni..

Wassalam,,

Reunion setelah 9 tahun... di majlis perkahwinan..

Assalamualaikum...

Minggu ni merupakan minggu yang gembira buat aku.. setelah 9 tahun tidak jumpa dengan member lama skol rendah.. akhirnya berhasil juga.. Actually, kawan saya sekolah rendah Jamaiah telah selamat melangsungkan perkahwinannya jadi saya pun pergi lar memeriahkan majlis.. Semoga dia gembira ke cucu cicit ye..
Pada 4 minggu lepas saya terserempak dengan jamaiah, dia ajak saya dan kwan2 ke majlis kenduri dia sambil beri kad undangan 5 orang.. Ety, Nadia, Dayah razak, Fazwan n Lela (kwn skol rendah).. minggu ke 4 saya pun beri kat nadia kat undangan tu dan xtahu pun bahawa lusa adalah kenduri kawin jamaiah (ingatkan minggu satu lagi nasib baik nadia bg tahu..) n mengigil gigil beli hadiah.. hehe..
so Nadia, Dayah razak, Fazwan n Lela pun ikut aku satu kereta.. Ety xdapat pergi pula (katanya ada praktikal..) xpela.. kat sana jumpa Jalil, ojan n razif dan suzie.. anyway gembira jumpa diorang sume dah matured.. dan bujang2 semuanya.. bila tengok semua ada hala tuju masing2 buatkan saya rasa sgt gembira..
Akhir sekali semoga hubungan ini berpanjangan dan semoga masing2 berjaya dalam bidang masing2.. amin..

Wassalam..

Pc Fair KL 2morrow...

Assalamualaikum...
hehe.. esok adalah merupakan hari yang mungkin memenatkan buat aku..

maklumlar kat sana ada banyak benda yang membuatkan hati aku riang.. plus aku akan dipaksa pergi lalu semua hall, jadi get ready dgn air masak n seliper yg best..

Pc-fair kembali lagi.. ramai yang bercadang nak pergi klcc esok ttp ada juga segelintir orang yang lebih suka pergi ke lowyat time pc fair ni.. xpayah berasak.. xpenuh pun. tapi harga sama ke??

member aku cakap.. harga lowyat n pc fair lebih kurang sama ja.. xda apa yang menarik pun..

tetapi yang bestnya dengan pc fair ni sbb banyak hadiah diberikan..

Tips membeli di Pc-fair..

1. Pergi ke lowyat dahulu n amik senarai harga barangan di lowyat (compare pc fair)
2. Pusing satu pc fair kumpul kan broucher dan duduk kat kedai minum dan fikirkan dengan baik apa yang anda hendak beli...
3. Minta harga paling kurang dari harga sebenar.. sekurang2nya rm50...
4. Minta lar 'goodies' setiap kali membeli.. rasanya diorang akan bg free
5. Setiap kali membeli pastikan tanya tempat kedai mereka dimana.. (jika senang baru beli)
6. Sebolehnya datang lar ke KLCC dengan menaiki putra.. Sebab masa tidak terbatas dan save cost parking..
7. Pastikan korang beli tiket pergi balik putra.. jenuh lar nak berbaris panjang ti k.
8. Pakai mask n sanitizer- H1N1


Target kali ni adalah membeli PSP3000... huhu.. kalo dapat yg murah beli aje.. stakat ni plg murah adalah RM770 Console + 16gb memory... n webcam 5mp A4tech RM70... fuh..


wassalam

Kecewa dengan Harian Metro 18SX..??

Assalamualaikum..

Hanya perasaan kecewa yang dapat saya gambar kan di sini..

Adakah harian metro ingin menjadi surat khabar yang sensasi dengan kebanyakannya menceritakan kisah rogol atau pengkuat nafsu.?

Adakah objektif sebenar harian metro ingin menjadi antara surat khabar "SENSASI" yang sudah sedia ada sekarang??

2 hari lepas.. saya pergi ke hospital HUKM melawat kakak yg selamat dikurniakan cahaya mata lelaki..

Sedang sy membaca surat khabar metro.. beberapa muka surat di hadapan menceritakan kisah rogol.. kisah pengkuat nafsu batin.. dan kisah disebaliknya..

of coz lar ramai akan tertarik untuk mengetahuinya.. dan yg sy xpaham kenapa perlu di tunjuk untuk beberapa muka surat dihadapan.. adakah ia ingin dijadikan bahan ikutan..?? adakah anda tahu bahawa budak2 yang dibawah umur juga akan baca surat khabar ni.. perasaan ingin tahu dan mencuba sgt tinggi dan saya pasti mereka pasti akan tertanya tanya dan cuba melakukannya..

Ia cukup mengecewakan saya kerana kes rogol semakin meningkat ttp artikel sebegini seperti mengundang lebih banyak kes rogol di masa hadapan.. tidak perlu diceritakan bagaimana wanita itu dirogol cukup sekadar pendek ceritanya tp panjang hukumannya.. itu lebih baik.. dan tidak perlu lar hendak cerita hal pengkuat nafsu batin ni.. banyak lagi masalah dunia ni yang perlu di 'HIGHLIGHT' kan..

apa pun saya amat kecewa dengan harian metro.. harapan saya adalah kritikan ini membawa perubahan positif untuk tabloid HM dalam mengupas masalah dunia ini...

wassalam...

The very best korean drama... ILJIMAE...

Assalamualaikum..
lately i been watching this drama.. ILJIMAE.. never had a high expectation.. becoz it is based on ancient korean background...

never like ancient korean drama actually.. but this drama give me so many enjoyable time..

20 episode is quite long.. but u seriously can enjoy it.. in 2day finish this drama...

ILJIMAE.. is a hero korean drama.. it is like robin hood.. but robin hood never tell us why is he becoming like that.. ILJIMAE will tell US....

i like this drama becoz of the plot is so interesting and how the director make this drama so LAGENDARY...

this drama tell the story of this kid who suffered alot becoz of high rank people..the actor is really awesome and his father did a very good job in this movie.. sacrifice, love a lot to him... i cry becoz of him but i bet u also will cry if u watch this drama.... moral from this drama is very good n intelligent.. n seriously different than other kdrama.. if u watch batman - dark knight , i believed this drama is alot better than that movie..

i really recomended this drama to the people who really bored with kdrama which is based only "cinta 3segi" = A cinta B, B cinta C, C cinta A...
my rating - 9.5/10
wassalam...

2012... tidak seindah yang dikhabar kan..

Assalamualaikum..
kecewa... mengantuk dan membosankan.. itu yang saya alami setelah menonton cerita ni..

mempunyai plot yang best xsemestinya bley membuatkan anda sentiasa mengikuti cerita ini..

durasi selama 2jam 30minit adalah agak lama untuk cerita ini, bagi saya...

pelakon utama cerita ni juga xsesuai dan xmeyakinkan.. will smith much better in independence day.. n tom cruise in war of the world..
Berbanding dengan pandorum.. saya lebey tertarik dengan cerita pandorum...

kedua dua cerita ini mempunyai objektif sama iaitu kehancuran bumi dan keadaan masa depan bumi nanti.. Wpun plot dia xberapa nak nampak, tp penyampaian dia mmg excellent.. and ending dia mmg AWESOME!!!..

recomended cerita pandorum dari cerita 2012..

Sesiapa yang nak tgk 2012, bawalar baju sweater dan penutup mata supaya anda lebey selesa tido di pawagam nanti ya...

2012- 7/10
pandorum - 8.2/10

hehe.. wassalam..

PAPADOM... Masterpiece from Afdlin..

Assalamualaikum..

PAPADOM.. ia terlampau best sampai boley mengalirkan air mata..

Morality dalam cerita ni sgt kuat.. bagaimana anda appreciate tugas seorang ayah yg membesarkan anda...?

Even jika ada seorang ibu.. ayah adalah insan yang sentiasa ingin memberi kesenangan kepada isteri dan anak2 biarpun bkerja siang dan malam..

Kasih sayang perlu di tolak tepi demi kesenangan di masa depan.. itu lar yang dibuat oleh encik saadom dalam cerita ini..

Cerita yang saya rasa sgt majmuk 1malaysia.. dan sesuai ditonton oleh setiap bangsa di malaysia..

ia membuatkan hidup anda indah dan penuh.. itu yang telah saya alami selepas menonton cerita ni..

memetik dari kata-kata afdlin " selepas anda tgk cerita ini, apa yang saya harapkan adlh, anda jumpa atau call orang yang anda sayang dan katakan anda sangat sayang pada dia.." (lebey kurang gini)

apapun saya ingin mengucapkan tahniah kpd afdlin kerana membuat satu movie yang berkualiti dan tidak kosong dari segi morality.. marilar menonton sahabat2... selagi ia masih ada di pawagam... k..

my rating 8.7/10

wassalam..

Seruan Kegemukan...

Assalamualaikum...

Kenapa orang Malaysia ni cepat gemuk..???

Berdasarkan pengalaman aku ni.. Manusia2 malaysia ni sering terdengar dan mengikut seruan kegemukan pada waktu malam..

Of coz lar aku juga xterlepas dengan seruan ni.. tiap kali malam.. tiba2 seruan kegemukan kedengaran...

jadi apa lagi.. goreng lar french fries, burger atau nugget.. pas makan terus tido..

Tiap kali nak tgk bola sepak.. mesti lar time malam2 berkampung kat kedai mamak.. apa lagi order lar macam2..

xlari lar rojak, roti canai 2x, mee goreng mamak atau nasi lemak.. perghh mmg xdapat dinafikan mmg best..

Selalunya seruan kegemukan ni sentiasa menyerang manusia yang lambat tido malam.. hehe..

Jadi biasa2 kan lar tido awal malam k..

piece ^^.V

PES2010 vs FIFA2010...

Assalamualaikum..

Sapa yang mmg hobby main game, xkisah lar dari ps3, xbox atau PC.. pastinya xkan terlepas bermain game bola sepak.. FIFA 2010 dan PES2010..

Lepas abis je exam.. terus main 5 game baru.. semua download kecuali PES2010..

antaranya game
1)PES 2010 (PRO EVOLUTION SOCCER 2010)
2)FIFA 2010
3)RESIDENT EVIL 5
4)FOOTBALL MANAGER 2010 (FM2010)
5)CHAMPIONSHIP MANAGER 2010 (CM2010)

kalo nak compare game manager football.. of coz pemenangnya adalah FM2010...

PES2010 dan FIFA2010 ni adalah 2 game yg bersaing hebat dalam arena bola sepak dan ramai juga penyokong FIFA yg sejak dahulunya teman setia kepada game itu..

aku dah bermain dua game ini di dalam PC menggunakan high resolution dan high detail...Kalo nak compare dari segi graphic dan gameplay..

PES2010 lebih kemas dan lebih 'REAL'.. orang kata xjemu main lar kalo tgk graphic dia, masih ada slot lagend dan focus on champions league, ada kelainan yg byk dari segi gerakan pemain.. transfer pun lebih realistik dari dulu....

FIFA2010.. ley kata gambar pun lebey kurang sama cam FIFA2009 xda pun nampak yang lain sangat dengan FIFA2009 cuma movement diorang agak senang jug..

so ni preview dari pc aku.. korang judge sendiri...

FIFA 2010






PES2010

aku suka gambar rooney ni.. smart



PES2010 - 9/10 ( shoot kurang realistik dan movement agak sukar sikit yang lain awesome)
FIFA2010 - 6/10 (xda benda yg menarik serta grafik yang teruk dalam PC version, kalo xbox n ps3 mungkin hebat kot..)

Kereta atau Motorsikal...


















Assalamualaikum..

Dah 5sem berlalu.. Sem depan dah nak praktikal..

Tapi kenderaan masih lom ada aku ni.. (Berjalan kaki ulang alik ke fac) letey nyaaa... so bila aku nak beli kenderaan.. semestinya aku ingin orang yang support aku dari belakang.. especially parent n bro n sis aku.. Tapi sebaliknya yang berlaku.. langsung xdisupport dari segi mental atau material.. Jadi aku dah malas nak dengar pendapat diorang.. so i will decide my own life..

MOTOR ATAU KERETA.. which one suit me the best... Motor...

- senang dibawa - save minyak - bahaya giler kot... - aku sorang je naik. - kalo ujan mmg masalah besar.. - cost maintain rendah je.... -short distance vehicle...

Kereta..

- sangat selesa... - kalo nak mengayat girl tu senang je dapat... - ley bawak ramai org ( aku sorang je ) - xbahaya.. (aku dah biasa bawa kete.) - mahal segalanya (minyak n maintain) - long distance vehicle...

setelah berfikir beberapa bulan.. ini lar kesimpulan yang dapat aku lihat.. As a student... i would prefer MOTOR than CAR... itupun berdasarkan kemampuan.. tapi kalo lar aku ni kaya.. kereta lar jawabnya... hehe..

Wassalam...

Haramkah memakai minyak wangi beralkohol ketika solat..

Assalamualaikum sahabat..

Hari ni saya nak bincangkan topik ni.. mungkin ada yang tahu apa jawapan nya..

tapi mungkin ada yang x tahu.. satu hari ada kawan saya tanya soalan ini pada sy..

Haramkah memakai minyak wangi beralkohol ketika solat..?
saya rasa tidak yakin.. jadi saya kata haram, xley bawak sembahyang..

alkohol adalah satu cecair yg bermanfaat untuk ubat ubatan...

kenapa Agama Islam mengharamkan Alcohol adalah kerana jika kita meminumnya kita akan mabuk yakni berkhayal..

ketika kita sembahyang otak kita waras dan semasa sembahyang juga alcohol tidak membawa keburukan kepada kesihatan kita..

Berkaitan dengan najis - bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis.

untuk lebih detail.....
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar
70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh (mati) dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah
dikira suci dan tidak menjejaskan solatseseorang. Itulah pendapat berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

Walaupun begitu, kite seharusnya berhati-hati dalam memilih perfume yang sesuai yang tidak mengandungi bahan-bahan yang ditegah seperti lemak haiwan, LARD (babi) dan sebagainya.
credit goes to here
thats all..

wassalam..... ^^.V

Apa yang best utk 'layan time study"

Tension tgh study mesti lar kita nak something yang 'funny' yang wat kita hilang tension kan..

Ni antara video suggestion yang anda kene tgk time bosan2 study ni..

1. HANG TUAH FAIL SPM... - this was funny.. the reaction of hang tuah juz make me laugh for a long time...

2. TELUR TU TELUR TU DA DA DA.. - actually i kind of "layan" diz song because of my thermal 2 final.. im always imagine my lecturer, if he is the one in this video.. actually he is punjab guy..but he is COOL...

3. Zee avi video song - layan lepas exam.. nice song..


Kalo lagu study pula...

1. through my window - lagu yang paling best dari bunkface selpas situasi.. semakin suka band ni..

2. Collection of zee avi.. - of coz... she had gold in her voice..

3. Collection of Salleh yaacob - aku mmg xley lari dari lagu salih yaacob.. lagu yang banyak mengajar moral and all was a very good song..(aku minat lagu dia sejak dari kecik)

4. Nasyid n Ayat Al-quran.. - ni semestinya perlu dilayan.. semasa study dan selepas study.

Akhirnya habis juga final sem 5.. Semoga maju jaya kawan kawan...

Wish me Luck Guyz!!

Assalamualaikum..

akhirnya siap juga kesemua report2 dan assignment aku sem ni..

Dan berakhirlah penderitaan aku menahan tido setiap hari 4 pagi....

Betul juga kata senior, "One sem before practical, u will deal so many work till u exhausted"

aku xtau lar pulak macam ni punya letey untuk sem selepas praktikal pula..

sekarang aku tengah pening pula nak pilih kat mana tempat praktikal.. antara KTMB, I-Protocol, atau Company Ship di Labuan...

KTMB - dekat dengan umah tp xda elaun

I-Protocol - dekat juga dengan umah, ada elaun tp xkompem....

Labuan - Jauh, umah disediakan, elaun disediakan, Skill dan peluang pekerjaan sgt baguz..

patutkah aku memilih KTMB sebagai destinasi aku selepas ini...

Sem ni wpun sgt penat.. tp alhamdulillah ada 2 je final paper.. So xde lar tlampau beban sangat..

Akhir kata.. Guyzz do your very best in exam..

Zee Avi.. Awesome Malaysian Singer...

Assalamualaikum..

Jika saya ditanya.. Penyanyi mana 'asalnya' dari Malaysia yg paling 'success' di luar negara skrg ni..

Saya akan cakap.. Zee Avi..

Siapa Zee avi??? xpernah dengar pun kan...

Anda mesti kenal Yuna... tapi Zee Avi is much better than her in singing.. suara dia A+

At once sy dgr lagu bitter heart nyanyian Zee Avi dari youtube.. Saya dah tertarik dgn muzik dia..

Nice, smooth and simple..

Actually saya baru tau baru2 ni je n dia baru launch album dia kat US bulan mei lepas xsalah..

6000 copy had been sold in 2 weeks.. (impressive rite..)

Anyway she's only perform at Europe and asian (singapore only)

Where is Malaysia..? Media Malaysia should not only focused on Indonesia Band or singer..

There are lack of appreciation to malaysian born singer... Focused on Zee Avi.. She much better than any other singer in malaysia...

Zee avi - Kantoi

Zee Avi - Bitter Heart (Best song)

thats all...

Jom Belajar Bahasa Tagalog.. (Filipina)

Assalamualaikum..

Hari tu Filipina (Manila) dilanda banjir dasyat sampai dah xnampak tanah dah pulau dia..

Tapi bukan itu yg sy ingin coretkan disini.. Tetapi sy nak ajak anda sama2 belajar bahasa Filipina(Tagalok)..

Menarik juga bahasa diorang ni.. anyway sesuai juga utk digunakan kalo nak kelainan dalam berbicarakan..

Sapa pernah main YM... mesti pernah tgk ni kan..

kalo dengar bunyi dia bercakap mmg kelakar.. dan selalu juga guna kat ym.. agak "cool" juga..

tapi tahukah anda maksudnya... hehe Ini maksudnya..

1. the foot: hello? ok ka lang? (hello? are you ok?)

2. the bunny : ang cute cute mo talaga (you’re really cute)

3. the lady: korek ka dyan! (you’re right)

4. the scarecrow: hanep! astig ang dating mo pare! (hanep (could mean wow! or great!) so = wow! you’re cool!)

5. the turtle: hmm, teka muna (hmm, wait a minute/sec)

6. the tarsier: sori, strict ang parents ko (sorry, my parents are strict)

7. the starfish: ganun? (really?)

8. the skull: wow pare! bigat! (wow man! thats loaded)

9. the pinoy: maraming salamat po! mabuhay po kayo (thank you very much! long live!) mabuhay means long live. its a philippine greeting equivalent to the westerners “welcome”.

10. the tamaraw: sige po! paalam! (ok then! goodbye/until next time)

... and extra words.. sapa yang gatai bercinta tu.. ayat ni kot sesuai..-Mahal na mahal - Tersangat mencintaimu.

Mungkin sedikit sahaja nie... InsyaAllah saya akan cuba update bahasa nie.. ok!

Wassalam.. (^^.)v

sumber post ini disini

Window 7.. Memang BEST!!

Assalamualaikum..

Aku baru tukar pc OS aku dari window vista ke W7.... aku nak bg tau satu dunia W7 mmg pantas dan best!!

W7 jauh lebey stable dari vista.. Kejap je dah masuk window.. n everytime korang klik folder, dia xde lagging tau..

Ada yang cakap kalo guna W7 ti ko xley main game.. Tipu kot.. aku dah try dah.. game lebey lancar utk W7..

Aku guna 4Gb ram.. kalo vista dia akan guna 2gb ram tp W7 guna 1gb ram je.. so aku ada 3gb ram utk support game kalo guna W7..

Apa yang aku tau W7 ni rekaan dia base on XP tp upgrade dari vista.. Mmg cun la..

sapa yang lom tgk screen W7, jom tgk sini(screenshot pc aku)..


aku baru lepas main Fallout 3 yang mmg betul2 best.. dan NFS shift yang sangat mengecewakan.. Rating game (Fallout 3 - 8.5) (NFS shift - 6.5)

Apa pun sapa2 nak tukar W7 dari vista.. amat2 dialukan...

Wassalam.. (^^.)v

W7-window 7

Bosannya beraya kat K.L.

Assalamualaikum..

Tahun ni beraya kat KL lagi.. kampung dah xda atuk nenek.. bosannya..

Ditambah abglong dgn kak ina(kak ngah) beraya kat umah mertua masing2..

Xberapa nk meriah lar nmpknya tahun ni beraya.. ank sedara xrmai.. wuwu..

Tahun depan raya kat KL juga.. tunggu dah kawin kot baru ley beraya kat kmpung..

Jam 9.45pm.. aku g lar ke jalan TAR.. dengan harapan dpt beli kerepek murah..

tp hampa pula.. manusia MasyaAllah.. punyalah ramai.. rasa xda mood pula nk beli..

sampai umah je ada peperangan mercun bom kat depan umah aku.. haha..

al maklumlar kedai mercun kat sebelah umah je.. kadang2 menyampah lak aku kat umah sebelah tu.. (Astaghfirullah hal azim jahatnya aku..)

xda benda lain nak jual.. kalo jual bunga api xpe.. ni macam2 mercun pula..

sib lar aku ni dapat control nafsu marah aku.. so biarlah.. ada mercun baru lar raya kan..

So saya ingin memohon ampun, salah dan silap jika saya tersalah kata, perbuatan atau apa sahaja.. Sesiapa nak balik raya tu pastikan bawa kete/motor lek lok k..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin..

Siapa nak rasa Sup Buntut...!!

Assalamualaikum..

Sup ni aku xtau lar kalo korang mampu makan..

sebab aku sendiri pun xlalu nak makan...

ha... cuba lihat sendiri..

haha... sup ini juga diperkaya dengan vitamin.. mesti sedap kan..

tapi hanya di indonesia sahaja yang ada sup ini.. mesti popular kan kat sana.. hihi..

Jam menunjukkan pukul 6.27pm..

wah.. jap je lagi nak berbuka ni.. nak berbuka sup ayam lah tapi bukan sup buntut k.. :p

Selamat berbuka sahabat sekalian..

Bersarang dah blog ni..

salam..

wah bersarang betul blog ni... lama betul x new post..

waa.. hidup ni mmg pressure.. aku xtau lar sapa yang kata kat aku life kat U ni best sangat..

mungkin aku punya course ni terlampau susah menyebabkan ketensionan dia tinggi..

hehe.. tapi xpelah.. pas sem ni aku jangkakan rilex skit..

Emm.. aku ada buat topik pasal org gaji indonesia xpatut diberi cuti sehari dan kenaikan gaji..

kat sini... akhirnya berlaku juga n secara jujurnya aku semakin menyampah dengan orang indonesia yang budget baguz sgt.. hehe..

kalo diorang smgt nak ganyang MALAYSIA.. aku lagi semangat nak memBOIKOT diorang..

sebelum bercuti raya ni.. kene juga menyiapkan laporan DESIGN dengan group aku..

Apa pun chaiyok.. Raya nak dekat ni.. hehe..

Wassalam..

Kesibukan di bulan ramadhan..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Hidup ini semakin sibuk dengan report yang perlu dihantar dan test...

ditambah dengan
Permohonan tempat praktikal untuk sem depan..

baru apply tiga.. rasanya nak apply lagi..

bazaar juga sangat mahal.. sampai skrg sy xpaham kenapa kuih dijual 5biji RM2.. nak untung lebey kot.. xpelah..

sibuk study, sibuk bekerja, sibuk berniaga tetapi..

Jangan dilupakan tugasan kita di bulan mulia ini..
(sy berpesan untuk diri ini juga)

Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada sahabt2 saya dan saudara saudari yang mengunjung blog saya ni..

Report Report... Aduhai..

Report oh report..


Leteynya sem ni membuat report..

Letey bukan apa, sebab menulis panjang2 untuk introduction, discussion dan conclusion.

hampir 10 muka surat aku menulis tangan untuk setiap report.

Tapi yang xdifahami adalah kenapa report report ni x ditulis mgunakan komputer..

Microsoft telah mengkaji selama hampir 5 tahun demi mencipta satu software yang dinamakan MICROSOFT OFFICE yakni word..

Apa guna teknologi microsoft word 2007 yg sungguh canggih, user friendly dan dapat detect grammar yg salah jika kita tidak mggunakannya..

minggu ni aku ada 4 report nak kene hantar. haha.. bila salah tulis je.. kene lar buang kertas tu.

apa pun aku tetap bersyukur sbb dapat tenaga pengajar yg begitu ikhlas mendidik..

semoga hasil titik peluh ini akan diwarnai dengan Apple tambah (A+). amin..

(^^.)v

Semoga Roh Ustaz Asri(Rabbani) dicucuri rahmat..

Assalamualaikum...

Allayarham Ustaz Asri(Rabbani) telah meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung dan H1N1..

Dahulunya pagi raya kita mungkin akan dengar suara beliau bertakbir, adakalanya berselawat ke atas nabi.. Bacaan allayarham sungguh merdu bagi saya..

Walaupun saya ni bukan peminat Rabbani secara totalnya.. tapi pemergian Allayarham adalah merupakan kejutan bagi saya dan ia kehilangan besar dalam muzik nasyid itu sendiri..

Saya mendengar suara Allayarham sejak kecil iaitu xsalah darjah 2-3 kot.. Masa tu Allayarham penyanyi kumpulan NADAMURNI.. antaranya yg saya masih ingat seperti Selawat dan juga Pahlawan agama..

Saya dengar kembali lagu Munajat(album lama Rabbani).. Sungguh menusuk kalbu..

Sedikit coretan.. buat kenangan..

Lirik Lagu Munajat - Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku


Semoga Allayarham tergolong dikalangan orang2 yang soleh..
amin..

H1N1.. Sedar atau Tidak Sedar??

Assalamualaikum sahabat semua...

Sedar atau tidak sedar dah semakin tinggi angka kematian dsebabkan H1N1 ni kt malaysia..

tapi sedarkah kita penggunaan mask itu sgt penting..

Teringat ketika sy g tgk wayang transformers 2 kt mid.. (lama dah)

masa tu sy dtg ke mid pakai mask.. then kawan sy cakap..

Apsal ni pakai mask, kalo dah ajal datang mati juga.. (lebey kurang lar ayat gini)

Slepas di sound bkali2 oleh member2, akhirnya sy menanggalkan mask di muka..

masa uitm kene kuarintin seminggu.. hari jumaat tu sy pakai mask dgn shbt karib zainul..

Kbnyakan orang pandang.. ada yg gelak dalam kereta.. waahh.. menyeksa perasaan tol..

al-maklum lar aku jalan kaki dari umah sewa ke fac.. korang naik kete.. xpe2.. =p

budaya pakai mask ni belum dititik beratkan lagi.. even bg pihak universiti..

bg pihak MPP UITM.. apa salahnya lar korang syorkan mask free utk semua student.. bukan mahal sgt pun.. (nak tunggu sorang kne H1N1 kat uitm baru nk kasi)


wassalam..

Lagu michael jackson berhantu..

Assalamualaikum..

Masa jalan2 kat PKNS shah alam.. bosan2 g lar menyebok kat kdai dvd ni..

Terkhayal pula lihat video persembahan michael jackson.. baru first time tgk konsert dia..

Masa dia hidup xda lak kedai dvd ni pasang video ni.. tp memang bestt..

Pas hari tu, aku dgr lagu M.J.. Sekali dan berkali pun masih belum puas.. kenapa yer..??

Dah dekat 2minggu aku dgr lagu ni berulang kali tanpa rasa jemu..

so bg aku, even member aku pun kata lagu M.J ni mmg berhantu terutama lagu Billy jean..

ni antara video yg aku dh tgk.. xrugi download.. (guna idm)

wassalam..


the way you make me feel - M.J n Britney











M.J Billy jean..












The way you make me feel 01 n 02