rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut.

Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia)..

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi
tajwid) untuk
membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun
saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak..

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin
dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan
menolong menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha
illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4
kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila
haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang
terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amiin.
semoga dijadikan pedoman.. insyaAllah..

Wassalam.

Finally... Manchester Utd.. Here i come..

Assalamualaikum..
Akhirnya aku telah berjaya membeli satu tiket untuk menonton Malaysia vs Man Utd.. Selepas kecewa dgn tiket xda, untuk kali kedua friendly game.. yezz yezz.. Finally i got it..

Thankz Zainul.. ingat dia kat member sorang ni beli tiket ye..

Kesian indonesia, sapa lar suruh ko bom sana, bom sini.. kan xdapat tengok man utd..

Sapa yang patut dipersalahkan!!.. pastinya rakyat indonesia sendiri.. ish3 kesian..

Xpe2.. orang indonesia kat Malaysia ni pon kalo dikumpul2 dah cukup penuh stadium kalo g(hehe)..

Apapun perlawanan pasti akan memihak kepada pasukan fav aku Man Utd(itu sudah pasti).. Apa pun, Malaysia please do well k.. we support u..

satu goal n even ber goal2.. pun dah cukup buat kami sangat ter "uja" k.. (^^.)v

sekian
wassalam..

Tengok wayang... Posisi mana yang best?? hehe..

Assalamualaikum..

Sape2 yang biasa tengok wayang pasti dah tau kan position mana yang best..

Sesiapa yang baru nak start tgk wayang.. xpe2.. ti anda tau k..

Bagi saya position pada baris ke-5,6,7 (tengah) mrupakan tmpt yg plg feel tgk wayang.

Saya tgk transformers, duduk dibarisan 2nd last, saya rasa macam kurang best lar..

screen besar tp bila kita duduk belakang jadi kecik pula..(serupa tgk lcd 20inch kat bilik je)

sy tgk harry potter hari tu.. barisan depan skali..(best) rasa sperti berada dlm cerita tu lak..

tp xbest jugak sbb orang lalu lalang.. sebelah pintu keluar kan.. (mmg spoiler..)

bagi saya yang suka layan feel sorang2.. sy akan duduk di barisan tengah dan depan la jugak..

sekian...
wassalam..

Selamatkanlah Sahabatku...

Assalamualaikum..
The RapidKL bus which ploughed through the safety barrier along the Federal Highway yesterday and landed on the motorcycle lane below.
Hari ini saya ingin berkongsi peristiwa sedih saya berkenaan dengan 2 sahabat sy yang telah mengalami kemalangan. Untuk lebih detail boleh layari web ini metro..

Sebelum berlaku kemalangan saya dan bebarapa orang member ada berbual dan bergurau dengan mereka(masa tu kitorang nak beli buku manufacturing)..

Pukul 8 malam, saya dengan roomate tengok berita, ada bas terhumban kat laluan motosikal.. Ada yang cedera parah, dalam hati ni xterdetik pun sahabat saya sendiri yang ada dalam bas tu..

Keesokan harinya, masa dalam kelas manufacturing seorang lagi sahabat saya keluar, katanya kawan accident.. kitorang terkejut juga sbb dalam kelas tu ada 2 orang xdatang.. tapi xbaik bersangka burukkan...

tup tup.. bila dapat tau.. saya dan beberapa g coursemate terus bgerak ke PPUM.. Sahabat saya sorang ni Nadia. Alhamdulillah dia okey, walaupun patah kaki.. nasib dia lebih baik dari siti khadijah(cad) yang cedera agak parah.

Masa melawat cad.. Kami kelu seribu bahasa, apabila melihat cad.. Hanya tuhan yang tau betapa sebak kami ketika itu.. Tidak terkata.. senyap buat seketika.. saya dan rakan2 memberikan kata semangat kepada cad.. semoga cepat sembuh dan cekalkan diri dalam menempuhi ujian ini..

Kepada sahabat2 yang membaca artikel ini.. saya amat berharap.. luangkan beberapa minit untuk mendoakan kesihatan kedua sahabat saya ini.. NURUL NADIA DAN SITI KHADIJAH..
Rapid
SEKIAN..
WASSALAM...

Kene Saman Polis Trafik.. Nasib baik lepas...


Assalamualaikum..

Benda ni berlaku masa sem lepas, masa tu sy nak g lowyat.. macam biasa sy ikut je jalan yang abang saya lalu(x payah guna tol smart.. mahal).. mana lar saya tau rupanya abang sy ni ikut jalan salah.. tup tup.. polis trafik ada kat depan saya..

Mula2 saya cool lar.. sbb saya ada lesen dan x budget pun buat salah.. tup2 polis tahan..

polis : adik datang dari mana ni? minta lesen.
shah : saya datang dari salak selatan.
polis : adik tau x adik dah melakukan kesalahan lalu lintas(skema jugak polis ni)
shah : xtau lar pulak. Apa yang saya wat salah ye? (muka dah cuak! haha)
polis : cuba fikir??
shah : ha.. (fikir punya fikir aku pun beri jawapan yg munasabah..)
polis : betul lar tu.. kamu lesen P ni.. baru first time kene saman ke? kerja apa?
shah : a ah.. xpernah kene saman sebelum ni.. saya student..
(beberapa minit)
polis : Saya kesian kat kamu ni lesen P lagi dan kamu student pulak tu..Lain kali kamu jangan wat lagi..
shah : terima kasih encik..(amik lesen dengan perasaan giler lega dan gerak..)

moral of the story.. pastikan anda ikut jalan yang betul dan ikut peraturan lalu lintas.. kalo kene saman melayang duit korang ratus2.. nasib baik lar aku xkena saman mungkin sbb aku still lesen P lg n student.. apa pun thankz encik polis sbb xsaman..

wassalam..

Pembantu rumah cuti sehari?? NO WAY!!

Assalamualaikum...

Dalam artikel ini saya memfokuskan kenapa pembantu rumah warga asing yang diimport dari seberang perlu sangat diberi cuti sehari, nagi saya jawapan saya tidak boleh..KENAPA?? adakah saya ni kejam bin zalim..? tidak tidak.. saya tidak bermaksud bertindak zalim ke atas pembantu rumah ini. Tetapi mereka mempunyai banyak masa untuk berehat semasa ketiadaan majikan.. dan tidakkah ia akan menimbulkan pelbagai masalah yang besar seperti penculikan atau kecurian malah menambah manusia majmuk di bandar2 seperti KLCC yg dah cukup bersarang dengan manusia yg diimport ini..

Masalah gaji untuk pembantu rumah juga disentuh.. aduii.. kaya sangat ke orang malaysia ni nak bayar gaji tinggi.. kalo nak demand sgt xpayah kerja lar..

Saya lebih mengesyorkan agar kerajaan, memberikan keputusan cuti ini kepada majikan.. dan juga pemeriksaaan keadaan orang gaji perlu malah WAJIB dilakukan bagi mengelakkan kejadian penderaan amah tidak berlaku lagi...

maaf jika ada salah dan silap..
sekian..