rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Koleksi Gubahan Barang Pertunangan...

Assalamualaikum..


2 minggu lepas... akak aku telah selamat bertunang.. alhamdulillah berjalan lancar.. semoga dipermudahkan untuk ke peringkat seterusnya...


tapi bukan itu yang aku nak kongsi.. juz nak berkongsi hasil gubahan akak aku.. bagi aku.. cantik juga hasil gubahan tangan akak aku nie..


xder lar hebat mana pun.. tapi xsalah kalau nak share kan... kalau nak menempah ke.. ley contact kawe deh..





















Wassalam...

Ada Apa dengan Times Square KL....

Assalamualaikum...

Ada apa dengan Times Square KL.. sempat aku menyinggah port feberet aku berjalan-jalan di KL nie.. 

Berdekatan dengan Sekolah lama aku Victoria Institution (V.I).. tempat ni mmg feberet place lar kalau nak tengok wayang dan jalan2 dengan family.. Time aku study dulu.. masa nak dekat2 pertengahan tahun baru Times Square ni dia start buka.. tapi merasa juga masa tu jalan2 pakai baju sekolah kat sini... 

Nampak best juga taman tema dia.. cumanya agak kecik dan cam xberapa nak safe je.. xdelar mahal mana.. cumanya kalau nak betui2 enjoy.. boleyh try pergi genting.. lagi puas hati kan..

ni aku sisipkan gambar sekitar times square.... time ni ada sambutan krismas...






















Antara kesilapan Graduan baru bekerja membeli kereta baru..


Assalamualaikum...

Hujung tahun lepas.. aku hampir membeli sebuah kereta honda city yang berharga hampir rm92000.. dengan downpayment dalam rm15k.. malam tu pulak aku terbaca satu blog dari www.mohdzulkifli.com.. berkenaan tentang kesilapan graduan yang baru bekerja macam aku.. dengan membeli kereta baru..

Disebabkan aku sebenarnya sudah ada kereta iaitu proton wira.. jadi macam useless untuk aku tukar dan beli kereta baru.. for what? untuk bergaya..?? orang kata kalau kita beli benda yang mahal dan sekadar nak bergaya.. kita akan menyesal di kemudian hari..

ini saya sisipkan sedikit perkaitan mengenai graduan baru bekerja dengan kereta baru...



Baru beberapa bulan bekerja, dah bergaya dengan kereta baru... Kalau adik-adik ni tahu, kereta baru itu mungkin melambatkan mereka untuk lebih kaya! Sebabnya, mereka perlu kumpul duit untuk kahwin, untuk duit hantaran, untuk majlis kenduri, untuk sara hidup 'anak orang' lepas kahwin yang pastinya berlipatkali ganda kosnya. Mereka perlukan duit untuk settlekan hutang pendidikan, nak masuk rumah bila dah kawin, nak cukupkan kelengkapan rumah, nak sambut kelahiran anak pertama dan segala-galanya perlukan duit. Itu belum kira nak siapkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji, tapi duit dah siap-siap dikorban untuk kereta!

Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu
Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut keutamaan, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak jadi kaya. Saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta untuk sambut kelahiran anak sulong. Itu pun beli kereta second hand, Nissan Sunny tahun 1994! Bukan kereta baru... Masa belum ada anak dulu, kami suami isteri ke sana ke mari naik motor jer. Hatta masa isteri pregnant 7 bulan, kami masih bermotosikal dari Gombak ke Kuala Selangor (50km)! Kami yang nampak macam 'desperate' tu pun masih rasa enjoy bermotosikal, inikan pulak orang lelaki bujang...
Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang.


Nasihat Penjual Colek Jutawan!

Masa bulan Ramadhan hari tu, abah ajak saya makan colek di kedai kawan dia di Mini Stadium Pasir Mas sambil tunggu bas untuk saya balik ke KL. Kawan abah tu berniaga colek bulan puasa dan jadi ejen jualan tiket bas di Pasir Mas. Pakai kereta buruk jer, tapi nilai hartanah yang dia miliki sekarang melebih RM1 juta! Orang macam dia lah yang Chef Li (Dato' Dr. Rusly Abdullah) maksudkan sebagai "Jutawan Senyap". Dalam senyap-senyap, dia sebenarnya seorang jutawan...

Antara nasihat beliau kepada saya;

"tak payahlah habis duit beli kereta... Pakai kereta biasa-biasa dah la... Kita pakai kereta untuk hantar anak sekolah jer... Kalau nak pergi KL, lebih baik naik bas, naik teksi! Buat apa drive sendiri, buat sesat ada lah... Buat habis duit minyak, duit toll... Belum kira duit servis kereta..."
Beliau memang smart dari sudut kewangan. Ada duit, bukan tukar kereta baru, tapi beli tanah dan pecahkan lot tanah. Beli simpan, beli simpan. Tanah makin lama makin naik nilainya, tapi kereta makin susut nilainya...

Kekayaan 'Bocor' Kerana Kereta
Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada 'style' agaknya... Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.
Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk 'dapatkan' isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus 'installment'!
Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit!
Hutang Kad Kredit RM200,000!

Masa motosikal saya hilang awal tahun 2012, ada adjuster (penyiasat kes) jumpa saya. Dia cakap, dia handle banyak kes claim insurans. Ada satu kes tu, seorang perempuan bergaji RM15,000 sebulan mati kemalangan, tapi hutang kad kreditnya tertunggak RM200,000! Ini kisar benar.... Sebab tu kita tak heran orang bergaji besar pun tak cukup duit... Puncanya jahil pengurusan kewangan...

Selalu juga saya nampak orang berkeluh kesah tentang duit, tapi belanjanya lagi mewah dari kami. Antaranya, saya pernah share dalam artikel "Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?". Ada pernah sekali saya join jemaah Damansara Damai agihkan bantuan fakir miskin di bulan Ramadhan, tapi seorang penerima bantuan tu, di rumahnya siap ada Astro! Aduh... Sedangkan semua petugas tak ada seorang pun yang ada Astro di rumah! Siapa kaya, siapa miskin sekarang ni? Aduh...

Buku pertama yang mencelikkan saya tentang kewangan peribadi.

Buku Pertama Lepas Gaji Pertama
Jadi, untuk adik-adik yang baru grad dan baru masuk kerja, saya syorkan belajar dulu pasal kewangan sebelum TERSILAP langkah. Sebelum terbeban hutang sana sini, lebih baik kita belajar dulu dari kesilapan orang lain. Cara paling mudah, baca buku "Jutawan Dari Planet Jupiter" tulisan Azizi Ali. Laburkan duit gaji pertama tu untuk beli buku tu dulu belum habiskannya gaji pertama tu. Bagi saya, ini buku wajib baca kalau nak celik kewangan.
Setakat ni alhamdulillah, saya dapat respon positif dari mereka yang baca buku ni. Pesan Azizi Ali, "jadi kaya tu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin"!
Nasihat saya yang kedua, simpan sebahagian besar duit gaji masa bujang untuk masa depan. InsyaAllah, nanti saya akan senaraikan beberapa simpanan yang mesti dibuat oleh graduan baru sebelum dibebankan dengan pelbagai bebanan kewangan especially bila nak kawin, insyaAllah...
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Damai
27 Ogos 2012
9 Syawal 1433


Pameran Topeng Sedunia (Mask of the world) di Muzium Negara

Assalamualaikum...


Akhirnya berkesempatan juga aku pergi ke Muzium Negara yang terletak tidak berapa jauh dari umah aku..


tetapi.. inilar kali pertama aku menjejakkan kaki kat muzium negara...Akhirnya.. berjaya juga sampai ke sini... bayaran dikenakan sebanyak rm5 seorang.. tapi kalau bawa kamera tambah lagi rm5.. parking kereta dalam rm3 xsalah..



Tanpa ada perancangan... muzium negara time tue pula ada buat expo berkenaan tentang peninggalan topeng dari seluruh negara... rilex and chill.. jalan-jalan, amik gambar dan pusing pusing...



Besar juga expo nie.. cuma aku xberapa minat bab topeng topeng nie.. dia jadi sekejap je.. haha.. but it is a good experience till the end of it.. 



ada juga ilmu yang dapat diperoleh... itu yang paling penting.. kita mengenali jenis topeng dan apa fungsi ia di zaman dulu kala...



so ada beberapa gambar nak share sikit.. tengok2 ye... 

















Wassalam...