rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Pusat darah negara... Derma darah..

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas, aku ada derma darah di pusat darah negara.. Biasanya pihak pusat darah negara akan buka booth kat tempat yang strategik... 


So.. kalau korang pergi PDN  ni... dia bukan selamber2 je isi borang pastu terus cucuk.. Korang akan amik no giliran dan sehingga di panggil korang kene check whether nama korang dah diregister dalam PDN ke belum.. Then korang bley check berapa kali korang mderma... then kalo xda data, kene isi borang then terus proceed kepada tempat check tekanan darah dan sewaktu dengannya...


Masa tu aku xtau lar pulak kene masuk kat wad dalam.. pas duduk dekat setengah jam kat luar bilik.. ada sorang nurse cakap kat aku.. adik nak derma darah kene masuk dalam wad.. so sebelum masuk wad korang diberikan option nk mkn dulu atau x.. Dia akan beri mknan dan minuman ikut mana yg korang berkenan.. tapi bukannya benda yg berat2.. macam roti, biskut dan air 100 plus atau air milo..


Masa aku pergi tue xramai sgt org... Ada lar dalam 4 org.. Ok lar.. Tapi mesti perasaan berbeza kalo derma di booth dengan derma di PDN.. juz share pengalaman menderma darah di PDN.. huhu.. 

Wassalam..

Ikea meatball.. sedap..

Assalamualaikum..

Baru2 ni aku ada beli barang kat ikea.. Set katil, almari, lampu dan lain2 g.. Bajet sikit je dlm rm300.. tp barang ikea sumer nya baguz dan tahan..


Bila dh penat.. Pergilar makan kat restoren dia.. Yg paling menarik kat mata aku ni tentunya meatball dan ayam goreng dia...


So aku beli meatball dalam 20 biji plus fries, spageti dan juga ayam kepak dalam 5 piece... Jumlah total ni dalam rm 30.. xder lar tlampau mahal.. Kalo g pizza hut.. Mmg xdpt harga macam nie..


Rasa meatball dia sungguh ohsem bersama kuah dia plus fries dia yg besar2. Tp yg bestnya kan banyak betul.. 20 biji mmg terlampau banyaklar.. Mmg muak lar.. Tp puas sbb harga dia dalam rm16.. Xsalah.. Dan ayam di dalm rm8..


Ayam dia sungguh best.. Berbaloi rm8 utk 5 ketul ayam.. Anyway sepatutnya apa yg aku order kat atas tu adlh utk 3 orang.. So bila xabis tu tapau bawak balik umah..

Wassalam...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sign.. korean drama..

Assalamualaikum...

sumber gambar disini
Baru pas beberapa hari menonton sign.. Drama korea yg aku download dalam sehari iaitu sbyk 18gb menggunakan unify.


Secara jujurnya expectation aku utk drama nie tinggi.. Melihat dari rating dan jalan cerita dia sperti csi.. Tp banyak plot dia yg terlampau expected..

sumber gambar disini


Pelakon utama wanita 300 pound beauty ni pun mcm xsihat jer masa blakon drama nie. Plakon lelaki dia biasa2 sahaja.. Tlampau serius..


Apapun cerita ni adalah percubaan yg baik utk sebuah drama korea yg berlatar belakang forensic dan autopsy. aku baru menonton episod ke 7.. Akan update setelah abis menonton k..


My rating stakat ni 6.0

wassalam

P/s ; update guna android smart phone..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kenduri doa selamat..

Assalamualaikum...

Semalam diadakan satu majlis doa selamat sempena keberangkatan abah n mama ke tanah suci mekah muqarramah.


Alhamdulillah, dapat jugak abah n mama pergi ke sana melalui muassasah tabung haji.. Semoga selamat pergi ke tanah suci dan sihat sentiasa ketika menunaikan fardhu haji.. InsyaAllah..

Wassalam
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rumah terbuka... kambing panggang..

Assalamualaikum...

Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk orang nak buat rumah terbuka.. 


Ada yang buat majlis bertunang dan juga kawin.. tapi yang paling best nya bila ko dapat makan kambing panggang dekat setiap rumah yg ko lawat pada hari yg sama... tapi aku singgah dua rumah je.. hehe..


kambing panggang
so menu paling faberet utk umah terbuka adalah menu kambing..  makan kambing ni bley menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan menyebabkan sakit kepala atau migrain... tp dengar dari abang aku.. ianya cuma mitos dan daging kambing ni merupakan makanan bagi nabi kita.. dan ia sgt berkhasiat..

itu cerita pasal konteks kesihatan... berbalik kepada cerita asal.. aku pergi ke majlis pertunangan sepupu aku... datang2 je.. haa.. sekor kambing tengah di panggang... bau daging kambing nie dia meloyakan sikit tpi bila makan mmg xhenti2.. so kat sana aku hanya makan kambing dan satay je.. satay dia masyaAllah sungguh lar besar.. seringgit secucuk... sorry xder gambar


so pas abis majlis, ayah aku ajak g umah terbuka satu lagi.. sampai je sana.. menu yg ada... nasi beriani bukhari bersama dengan kambing masak special... aku amik lar jugak sikit, xbaik datang umah orang xmakan... bajet dah kenyang.. tapi pas makan beberapa suap.. pergh.. menambah.. hehe


last2 dua2 tempat aku makan lebih... aduhai... gemuk lar nampak gayanya...

wassalam...

The lagendary of Nasyid...

Assalamualaikum...

Nasyid adalah salah satu genre lagu yang kian dilupai orang zaman kini... orang lagi prefer lagu yang berbentuk rock, jiwang, balada n apape2 lar.. xley salah kan sesape.. sbb radio pon mmg lebih mengutarakan lagu2 berbentuk macam itu kan... berapa kali sangat radio nak pasang lagu nasyid.. wpun lagu nasyid tu sangat sedap... ada pun masa lepas azan dan sebelum azan kan... kecuali radio IKIM.. kat kl 91.50..
sumber gambar di sini
Tapi tu cerita nasyid sekarang... cerita nasyid dulu mmg best.. zaman the Zikr dan Nadamurni... kedua2 ni mmg popular.. zaman aku tadika dulu.. zaman2 tu macam kumpulan 4u2c, AWAS, NICO mmg tgh hot.. haha.. nadamurni ni konsep pemakaian bajunya seperti al arqam.. mmg epik kalo tengok zaman nasyid dulu.. tapi nyanyian allayarham ustaz asri dan munir hijjaz mmg betul2 mendayu.. the zikr pula xsalah, penyanyi asal adalah nazri dari kumpulan raihan..
sumber gambar di sini


2 kumpulan ni masa zaman tu yg aku betul2 ingat... dan abg aku ada beli kaset dia dulu.. tah mana lar dia letak.. selepas itu barular muncul kumpulan rabbani, hijjaz, saujana dan raihan... tp yang paling top masa awal2 tu mmg raihan.. lagu raihan lebih kene lar dengan jiwa muda zaman tu.. berjuta orang beli kaset dia.. raihan mmg best.. tp bila aku dah meningkat dewasa nie.. alunan lagu rabbani lebih sesuai dengan jiwa aku nie..


Kumpulan suara hati adalah kumpulan yang jarang2 orang dengar.. zaman kumpulan ni baru start bernasyid ketika abang aku di SMAKL xingat tp time aku tadika jugak.. sekolah menengah agama kuala lumpur.. kat sitular aku mula kenal lagu kump suara hati.. percaya lar... lagu2 diorang ni sama sedap dengan lagu2 yang raihan pernah buat utk first album diorang.. tp lagu2 diorang ni susah nak dijumpai.. sbb dulu mana ada mp3.. ada kaset je.. semoga ada lar album baru dari kumpulan itu...

Suara hati - Suara hati...


Dari Suara Hati
Ingin kami sembahkan
Hiburan baru Islam
Agar semua terhibur
Semoga mendapat keredhaan Tuhan
Agar semua terhibur
Semoga mendapat keredhaan Tuhan



wassalam...

Perhargaan kepada seorang wanita....

Assalamualaikum...

aku mengenali seorang wanita ini... Aziany riziana azahari..


orangnya kecik molek sahaja... aku kenal dia pun ketika sama2 satu matriks dulu...  aku di kursus sains fizikal dan dia di sains hayat.. tapi kami x rapat pun ketika tue.. dan hanya rapat selepas aku setahun belajar di universiti....


satu perkara yang aku sangat suka ttg dia ni adalah.. dia adalah seorang yang penyabar... penyabar mendengar segala ketensionan dan masalah2 aku nie.. hidup kan mmg susah... haha... terutama ketika aku ditengah ambang kejatuhan ketika aku tgh belajar.. dia lar kaunselor aku.. =P.. banyak gak nasihat2 yang diberi, hilang sikit tension dalam kepala nie..


selama beberapa tahun aku mengenali dia.. banyak sokongan moral diberikan.. dan aku sangat appreciate aku mengenali insan sebaik dia...

sekarang ni dia tengah amik master in bussiness admin... dan aku amat berharap semoga dia berjaya... time dia amik degree kat upm.. dia antara best student.. anyway all the best for u aziany.. become the top student again k...


appreciate for ur appearance towards me...

wassalam...

Tolong!! awek aku pontianak... suprisingly good...

Assalamualaikum...

Malam semalam aku tengok satu movie ala vampire melayu... tolong!! awek aku pontianak... aku nak tengok citer ni pon sbb ada afdlin shauki terselit kat satu2 babak tu.. haha..
sumber gambar disini
Tidak memberikan apa2 harapan towards this movie, since trailer dia nampak filem ni macam citer tah hape2 macam movie yang selalu di bikin oleh geng2 david teo... dan saya sekali lagi tersilap... pengarah dia JAMES LEE ok.. 
Sumber gambar disini
Ok.. start dengan permulaan citer nie.. not bad.. pelakon lelaki dia pandai berlakon... ia mengisahkan seorang lelaki yang terlampau baik tp xconfident wpun dia sangat kreatif.. bos dia selalu mengambil kesempatan dgn menciplak hasil kerja dia...


Then satu hari tue.. dia kene dump dengan gf dia.. haha.. disebabkan dia terlampau kecewa dia pon pindah rumah dari damansara ke satu rumah nie... terjumpa lar dengan maya (sazzy falak)... sazzy ni test mamat ni macam2, nak tengok jiran dia ni baik ke x... lepas dari scene nie.. citer ni semakin menarik dan menarik..  
Sumber gambar disini
Sazzy falak yang berlakon utk watak maya sungguh berkesan... rasanya yg membuatkan aku semakin tengok citer ni adlah sbb lakonan dia.. sazzy terlampau cute utk menjadi pontianak... kalo aku jadi mamat tu... aku pon sanggup awek aku pontianak.. itu pun kalo pontianak tu sazzy falak.. haha.. 


Satu perkara yang aku sedey adalah... aku xtengok movie sebagus ni kat pawagam.. aku hanya download sahaja citer nie.. trailer yang keluar kat tv xsebagus movie dan sbb aku xkenal pengarah filem nie.. kalo lepas ni james lee buat movie.. insyaAllah aku akan tengok di pawagam k.. 


nice, funny and enjoyable movie... 8.5/10...

wassalam...

Unifi... memang laju...

Assalamualaikum...

Baru-baru ini.. rumah aku baru pasang unifi tm net menggantikan stremyx aku yg asik down down down... tapi pas tukar unify nie... mmg up betul performance dia... sebelum tu nak citer sikit pasal unifi k..

unifi ni adalah internet jalur lebar menggunakan kabel bawah tanah yg lebih pantas dalam data transfer dan dapat mengelakkan dari disambar petir... (sebelum ni 2 kali tukar modem kene sambar kilat...stremyx)

pas korang daftar nak pasang unify kat rumah.. diorang akan datang pasang tp mmg betul betul lambat.. aku tunggu dekat 3 minggu baru technician sampai.. mmg menyirap tp hati kene sabar.. yang beznya semua barang tm kasi free.. antaranya modem,rooter, telefon dan tv unifi.. dalam 2jam macam tu siap pasang..
technician tengah pasang unifi kat umah kawe nie..
performance.. hmmm... try guna youtube.. selalunya stremyx mmg fail bab bab streaming nie.. tp bila pasang unifi.. mmg winrar betul... sungguh puas menonton video HD tanpa lag... fuh mmg laju.. dan yang paling bez bila ko download movie dan drama... download rate sangat konsisten.. bayangkan aku download drama korea 16 gb sehari je.. 

Sebab aku guna vip 5 jadi download rate sekitar 500 hingga 600 kb sesaat... 

apa pun aku rasa sangat berbaloi wpun harga dia sebulan rm150.. tp xpelar sbb aku ni mmg suka layan tenet laju2.. apa salahnya kan melabur sikit..


thankz membaca.. wassalam..

Drama korea... Prosecuter princess... review by me...

Assalamualaikum...
sumber gambar di sini

Baru pas menonton drama korea prosecuter princess .. cerita ni bley dikatakan nice, funny and addicted..

Drama ni mengisahkan seorang wanita yang terlampau taksub dengan fashion menjadi seorang prosecuter... prosecuter ni adalah pendakwa raya k...

Dia ni bley dikatakan genius cuma di sebabkan perangai dia yg agak selfish dan kerek menyebabkan dia dibenci oleh prosecuter yg len...

Akibatnya, dia dipulaukan dan tidak diberikan tugasan oleh chief prosecuter...

Drama nie semakin menarik apabila beliau cuba mengambil hati prosecuter lain dan diberikan task2 jenayah yang agak licik..

Di sebabkan senior prosecuter selalu backup dia... Dia pun jatuh hati kat senior dia.. bermular cerita tiga segi prosecuter... haha

Kekuatan drama ni adalah disebabkan jalan cerita dia menyelidik sama ada penjenayah yang didakwa itu benar2 bersalah atau tidak...

sumber gambar di sini

seriously addicted.. and pelakon dia baguz2...


my rating : 7.8 /10

wassalam...

Juadah berbuka puasa terbaik setakat ini....

Assalamualaikum...

Di bulan puasa ni.. mmg nafsu nak makan ketika berbuka tue.. fuh.. mmg dasyat.. sekali beli berplastik plastik.. tapi sbb aku ni xdalar berduit.. jadi beli ala kadar je..

Yang paling penting petang2 kul 5.30 petang mesti dah ada kat bazaar.. setakat ni xde lar banyak bazaar aku pergi.. tapi nak highlight beberapa juadah yang paling nice antara aku beli...
sumber gambar di sini
ok kita mulakan dengan roti john.... roti john ni paling sedap kalo roti dia lembut dan sos, mayonis, blackpaper dan sayur yang melebih ruah.. setakat ni yang paling best adalah ROTI JOHN CHEESE kat bazaar bangi.. memang brother tu xkedekut sayur dan sos dan plus roti dia agak besar.. harga dia agak special jugak rm4.. tapi seriously sangat berbaloi..
Sumber gambar di sini
seterusnya murtabak... murtabak ni pon paling sedap kalo inti dia terasa daging dan telur yang manis dan kulit murtabak yang xterlampau tebal... murtabak yang paling awesome adalah.. MURTABAK RAJA... juga di bazaar kat bangi.. harga dia rm5 satu.. tapi tebal dia masyaAllah.. satu je dah cukup.. puas.. dan murtabak yg paling underdog tapi sedap mengalahkan murtabak gombak dan keramat yg budget sedap.. iaitu murtabak di restoran fatimah salak selatan.. rm 2.. yang ni mmg terasa daging yakni xkedekut....
sumber gambar disini
Ayam percik.. aku lagi suka makan ayam percik dari ayam golek... xtau kenapa.. aku rasa kemanisan ayam percik tu lagi best dari ayam golek.. n ayam golek ni super mahal.. rm20.. xberbaloi lah.. harga ayam je baru rm8.. so berbalik kepada ayam percik.. ayam percik yang paling berbaloi dan sedap adalah di area bazaar sungai besi... ayam percik sungai besi ni mmg popular.. harga pun okey. RM3.. selalunya aku akan beli 3.. n harga pun baru RM9.. sekali makan.. banyak juga bila dipotong2.. sbb ayam percik dia besar.. n kuah dia.. memang rasa kuah ayam percik..


Nasi lemak paling sedap... ok.. yang ni mmg xbias.. terkenal dia area cheras dan salak selatan sehingga ke bangi.. NASI LEMAK PEKAN SALAK SELATAN @ NASI LEMAK PAJERO.. nasi lemak dia cantik.. lauk2 pun sedap.. mmg berbaris kalo beli.. dan sambal dia.. fuh.. kene rasa k.. di Bazaar Bangi juga...

sumber gambar disini
Menu sampingan terbaik..... of course SATAY... xde lain lagi yang akan dapat mengalahkan kemanisan ayam dan daging satay... setakat ni ada dua tempat yang paling ohsem... iaitu SATAY KAJANG SAMURI dan SATAY KAMPUNG PANDAN... dua2 ni satay yg paling xkedekut n releven harga dia.. dalam area 60 sen secucuk...

so kesimpulannya... nak beli juadah berbuka ni.. kene memilih juga.. kadang2 harga mahal.. rasa biasa je.. ni je lar juadah berbuka yang aku rasa sungguh oh sem.... yang lain2 biasa2 saja...

wassalam

Inflasi semakin tinggi... gaji takat tu juga...

Assalamualaikum...

Inflasi semakin lama semakin tinggi, harga barang barang dah semakin meningkat..

dan kita seharusnya berterima kasih kepada PM kita yang ke-5 kerana ketika harga minyak naik, harga barang dan makanan semua naik.. dan ketika PM-6 dah turunkan harga minyak.. harga barang dan makanan tetap sama juga...

xpercaya?? anda bley lar pergi ke kedai mamak yang berdekatan.... air milo ais rm2... kalo nasi dengan ayam je dah rm4.50... mmg giler.. ni baru kedai mamak.. kedai2 lain xtau lg.. tp mmg cekik darah betui.. geram aku tengok.. kita ni pulak.. bayar je lar.. pelanggan yang patuh kan.. nak dapat nasi + ayam + sayur rm3.00 dah tinggal sejarah...
sumber gambar di sini
mungkin orang cakap.. gaji rm2500 ni banyak... tp bila difikirkan balik.. xde lar banyak mana pun.. rm2500 kalo dah ada kereta dan rumah... mmg banyak nak pakai duit.. kos sebulan kalo rumah tup tup pon lar rm1000... kereta dalam rm500.. ada lagi rm1000.. bagi kat parent dalam rm300.. dan spending utk diri dalam 500.. so adalar dalam rm200 utk simpan... kesimpulannya cukup ke kalo bila dah ada keluarga??

bukan xbersyukur.. tp itular realiti... lagi2 trend sekarang kalo kawin ke tunang ke.. merepek repek lar dia punya trend.. akhirnya berhutang lar... dan cukai yang terlampau tinggi utk kereta import menyebabkan kita xda pilihan utk membeli kereta selain proton dan produa.. 

kalo di europe kan gaji pon lebey kurang je.. dalam 2000 euro.. tp kereta diorang dalam 10000 euro dah dapat yg awesome... dan rumah diorang pon dalam lingkungan tu juga... jadi diorang ni xde masalah yang terlampau besar sbb jurang duit dan keperluan itu masih ada dan releven.. makanan diorang kalo korang perasan 1 euro utk satu hot dog besar.. susu satu kotak berapa cent euro je... tp kat malaysia.. gaji rm2500.. pakai kete Rm 40 000? 50 000?? 80 000??? lagi lar giler.. haha..
sumber gambar di sini
kesimpulannya kerajaan haruslar memikirkan macam mana nak memudahkan rakyat terutama mengurangkan hutang2 yang xperlu nie.. dan biarlar proton nie bergerak dgn lebih independence.. jangan dok bawah ketiak mak je.. k..

wassalam...

Kisah adik, abang dan basikal...

Assalamualaikum..

Petang td aku joging kat tasik permaisuri... best juga joging di bulan ramadhan nie.. sunyi je..

on the way balik ke rumah, aku dengar radio IKIM.. dan ada satu cerita dari radio tu yg aku betul2 nak share...

cerita dia kisah adik, abang dan basikal... tapi cerita ni sbnarnya macam cerita budak sekolah rendah je.. haha.. tapi bukan jalan ceritanya menarik tp moral of the story dia yg sungguh terkesima di hati saya..

sumber gambar di sini

cerita bermula apabila ahmad dihadiahkan sebuah basikal yang sungguh cantik oleh abgnya rosman... ahmad sungguh teruja dengan basikal barunya itu dan setiap petang, selepas beliau habis mengulangkaji pelajaran dan bersolat, beliau akan bermain basikal di taman...
sedang ahmad bermain basikal tu, dia diperhatikan oleh amir.. amir memandang ahmad dengan penuh rasa teruja... amir pun berkata kepada ahmad "is that your bicycle" ahmad pun jawab " yes this is my bicycle, my brother just give it to me as a present for my birthday".. 

dalam hati ahmad pun berbisik.. mesti budak ni nak kata yang basikal aku ni sungguh hebat dan aku sungguh bertuah sebab mempunyai basikal ini... amir pun berkata kepada ahmad " i wish i become like your brother, you are very lucky to have a brother like urs who give a nice bicycle to u.." ahmad sungguh tersentuh mendengar kata2 amir td dan mempelawa amir bermain basikalnya..

sebelum balik tu amir pun meminta ahmad utk menghantarnya ke rumah yang tidak jauh dari taman itu... ahmad pun bersetuju dan membawa amir ke rumahnya.. apabila sampai di rumah.. amir menyuruh ahmad tunggu seketika.. amir pun keluar bersama dengan adiknya mendekati ahmad...

dalam hati ahmad pun berbisik.. amir pasti ingin menunjukkan adiknya, basikal baru ahmad dan  kawan baru (ahmad) yang baru dikenalinya itu... amir pun berkata pada adiknya... "brother, when i grow up, i will give u a nice bicycle as present just like what ahmad's brother did..." amir berterima kasih kepada ahmad..

moral of the story.. tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima...

teruskan beramal di bulan Ramadhan nie... =)

Wassalam...

Promoter...

Assalamualaikum w.b.t...

nak citer pasal promoter... promoter ni kerja dia adlah promote barang, xkisah lar barang apa.. kasut ke, baju ke...

gaji promoter paling koman pun dalam rm4 sejam dan atau paling tinggi stakat ni rm6 sejam..


so ni serba sedikit pasal promoter.. nak citer sbb aku kerja part time promoter jual kasut kat jusco.. haha

sblum ni xpernah pon kerja part time.. n kerja promoter ni sbnarnya member aku yg introduce...

kerja lar aku selama 14 hari... tp satu feeling yg aku dapat rasa.. bapak lar susahnya jadi promoter nie..

promoter ni selalunya mmg xdibenarkan duduk.. berdiri je lar sokmo.. ada matayg memerhati...

selama 10 jam berdiri.. selama 14 hari.. tolak makan, minum, solat n lepak2 jap.. tolak 2 jam.. 8 jam berdiri..

baru terasa betapa susahnya lar kerja nak dpat duit nie.. lagi2 kerja promoter nie..

pasni kalo aku jumper promoter.. aku respect ar diorang.. bukan senang dioarng berdiri lama2 juz nak layan pelanggan...

lagi satu xpayahlar kasar2 dengan promoter.. diorang ni kerja nak memudahkan pelanggan supaya dapat pattern korang nak..

apapun.. wlaupun 14 hari je kerja.. dapat lar aku duit saku sikit.. ley lar bershopping sempena raya nie..

selamat menyambut bulan ramadhan almubarak..

wassalam...

Sayonara.. Alam belajar...

Assalamualaikum..


Sayonara alam pelajaran... akhirnya abis juga belajar aku nie..

perit, letih semua terbalas setelah menghantar thesis setebal 102 muka surat di pejabat fakulti..

haaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh.... menjerit kepuasan......

orang cakap engineering ni adalah kursus yg paling susah antara kursus2 yg len.. yess i get it... mmg susah...

sempena abis belajar ni.. mestilar ada dinner untuk fakulti kan.. dinner pra-graduasi utk budak2 akhir...

tapi yang bestnya.. dinner utk student mechanical engineering ni hanya sekali dalam 4 tahun iaitu pada sem akhir... mmg unik.. kalo budak2 len.. setiap tahun ada dinner diorang...


apa lagi dressing lar.. haha.. anyway thankz to nabil, reza n dopod member aku yg ajak aku perform sekali atas pentas... mmg kenangan manis buat aku yg dah lama xperform depan ramai2 orang.. huhu...
this are all my bezfriendss ada sorang g dopod, xde dalam pic.... thankz menjadi sahabat yang byk membantu member macam aku nie.... hehe..

walaupun telah berakhirnya alam belajar... tapi satu alam yg baru tengah menuju dan terbuka dihadapan aku.. alam pekerjaan yg sungguh mencabar.. semoga aku mendapat pekerjaan yg sesuai dengan jiwa aku.. insyaAllah...
 
student sem 8 fkm 2011
wassalam..

Fan Ultra Malaya terunggul...

Assalamualaikum.

Kelmarin aku ada g stadium shah alam, tengok malaysia lwan hongkong.. xsalah aku hongkong lagi tinggi rank dia dari malaysia... so member aku ajak join fan ultra malaya.. fuh nice beb.. awal2 tu aku segan gak nak cheer.. tp dah sume rilex je.. aku pon sekali relax ar.. haha..

Game start.... then ultra fan pun cheer lar.. tp korang kene berdiri selama 90 minit non stop.. kalo korang xberdiri susah sikir ar nak cheer.. yang bestnya.. korang xberapa nak tgk bola sangat.. sibuk nak cheer.. haha.. tp gol sumer aku tengok.. tp try depan goal hong kong ada yg ter miss.. tp xpe.. itu dah nice...

Apa pun pengalaman itu yg menarik.. so kalo korang kat stadium tu.. pergi lar join ultra fan ni.. at least sume negeri unity untuk negara.. nampak lar semangat negara.. n lastly, pas menang fan cheer nama safee sali... "terima kasih safee sali, selamat jalan safee sali".. sbb dia nak berhijrah ke indonesia main team pelita jaya...

So, disebabkan malaysia menang 2-0 lawan hongkong... haa.. aku dah beli jersey malaysia.. siap ada tulis nama aku g...

wassalam..

Malaysia ketandusan drama bersiri berkualiti.... astro mengharap drama import...

Assalamualaikum..

Aku agak bimbang dengan senario drama kat malaysia ni.. drama2 bersiri kat Malaysia ni dah semakin xda rasanya... kalo ada pun ia sememangnya kurang kualiti dan berulang.. bukan kualiti setaraf cerita HOUSE atau LOST atau PRISON BREAK... Tidak sama sekali.. hanya mengharapkan drama kita berkualiti seperti di FILIPINA dan INDONESIA.. 

Maksud kualiti yang saya nak cite ni meliputi aspek lakonan, plot dan yang paling penting, menarik untuk ditonton dan kuranglar unsur mitosnya... Drama HANTU mmg bersepah kat malaysia ni sbb trend sekarang ramai pengarah yang geng dengan hantu sbb nk suruh diorg berlakon.. hehe.. lagi yang xbestnya mitos melampau2 pulak, bunian, sihir dan sebagainya.. aduhai.. 

Tetapi tu kira ok lagi lar.. kalo korang tengok drama wanita Jongang, ia adalah salah satu drama melayu mundur.. maaf saya katakan drama ni sebegitu.... ia adalah reaksi spontan dan pandangan ikhlas lagi jujur sejujurnya dari sya yg xberpendidikan tinggi ni..budaya sekolah rendah zaman dulu suka ejek jonganglar, julinglar, gagap lar makin menjadi2 pulak siap buat lagu mengejek jugak... korang rasa ia pengaruh baik x?? dan jangan terkejut lar pulak keluar SITI GAGAP pulak.. haha.. dan jangan terkejut pulak pengarah dia adalah orang yang sama.. haha..

Aku sedey lar bila aku cuti 2 minggu ni, pelik aku tgk parent aku.. diorang lebey suka tengok drama bersiri INDONESIA dari Drama bersiri MALAYSIA...xley salahkan diorang sbb aku pun agak tertarik juga.. sbb yang pertama tahap lakonan diorang mmg MASTERPIECE.. kalo jahat tu mmg tahap DEWA lar jahat dia.. kalo baik tu, mmg GILER baik lar.. sepenuh hati lakonan diorang.. so sapa xnak tgk cerita yang ada kualiti dan moral kan...

Kalo DRAMA MALAYSIA ni pun x kurang hebatnya, lagi2 drama yang ada JALALUDIN HASSAN mmg powerful... pengarah Khabir bakhtiar mmg pengarah yang paling aku salute... hope dia buat lagi banyak drama... tapi skrang ni mmg xbanyak drama kita yang ada kecuali drama ULANGAN.. si tanggang, slot akasia tu... sapa nak tengok benda yang sama.. bosan kot..Apapun kene support buatan MALAYSIA... ni aku bagi juga 2 drama Malaysia yang mmg menarik sampai aku download iaitu NUR KASIH dan ADAMAYA... 

Apapun hope pengarah dapat berikan sesuatu yang berkualiti, tolonglar jangan amik hero TUA sbb hero TUA skrg hanya utk status BAPA sahaja.. INDONESIA punya hero n heroin dia semuanya yang MUDA2 yang memang ley jadi miss world lar.. haha.. xsalah kalo nak diikut kan.. apapun majular industri drama bersiri tempatan.. Maaf kalo tersinggung dari segi penulisan saya ni, sy hanya nak meluah komen dan rasa x puas hati sahaja... buang yang keruh ambillah yang jernih kata Tan sri P Ramlee pada saya... hehe..

wassalam..

Sakit mata... Mitos dan cara kawalan..

Assalamualaikum...
conjunctivitis...

sakit mata atau conjunctivitis adalah satu penyakit mata yg bole berjangkit.. mudah je nak tau kalo kawan, atau kita sendiri yang terkene.. kalo bangun pagi, mata dah jadi melekat, mata merah dan yang paling penting mata kita ni akan keluar air dengan kerap... 

Aku antara mangsa sakit mata ni.. mungkin sakit ni x seserius mana tp bg aku, ni antara penyakit yang aku benci giler.. aku terpaksa MC 2 minggu sbb sakit mata yang kronik... kalo nak tanya pasal sakit mata, ley lar tanya kat aku, even aku bukannya doktor...

MITOS...

Bila cakap sakit mata je, mesti orang ingat ia bley dijangkiti melalui pandangan... tetapi sebenarnya xbetul... sakit mata hanya bley berjangkit jika air mata pesakit terkena ke mata orang lain melalui pelbagai cara...

TENSION..

aku tension giler, sakit mata ni  effect study aku... yang aku bengang lagi satu tu.. member aku yang xmemahami nie, bersungguh2 lar nak suruh aku balik umah... nak suruh aku balik tu bley lar.. tapi bahasa tu jaga arr.. kalo diorang yang kene, aku xde lar nak menghalau.. member kene paham2 ar.. kat sini lar korang ley tengok, member ko ni suportive ke x.. kan.. sesungguhnya xramai yang supportive.. aku nak highlight member aku.. RUZAINI.. bagi aku dia yg paling supportive.. thankz ruzaini.. ko memang sahabat yang baik dan terima kasih x lukakan hati member ko nie..

CARA KAWALAN...

orang ada cakap.. sakit mata ni sbb panas badan.. jadi ramai juga lar yang memberi tips2 seperti berikut:

1. Mandi dengan kerap
2. Guna tisu yang lain untuk lap air mata
3. Minum teh bunga (teh bunga yg asli k..)
4. Guna madu..
5. Berdoa....

Ni je lar tips yg dapat aku berikan.. tapi sbnarnya aku nak bagi tau korang ubat yang paling power untuk mata yg betul2 kronik nie.. aku x suggest korang guna tp just nak bagi tau ni... ubat ni aku pakai 3 hari je dah ok dah.. selama seminggu lebey aku guna ubat klinik x menjadi, akhirnya pakar mata bg aku ubat ni...

ALLERGAN
Pred Mild
prednisolone acetate 0.12%
OPHTHALMIC SUSPENSION

thankz.. wassalam...