rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Fan Ultra Malaya terunggul...

Assalamualaikum.

Kelmarin aku ada g stadium shah alam, tengok malaysia lwan hongkong.. xsalah aku hongkong lagi tinggi rank dia dari malaysia... so member aku ajak join fan ultra malaya.. fuh nice beb.. awal2 tu aku segan gak nak cheer.. tp dah sume rilex je.. aku pon sekali relax ar.. haha..

Game start.... then ultra fan pun cheer lar.. tp korang kene berdiri selama 90 minit non stop.. kalo korang xberdiri susah sikir ar nak cheer.. yang bestnya.. korang xberapa nak tgk bola sangat.. sibuk nak cheer.. haha.. tp gol sumer aku tengok.. tp try depan goal hong kong ada yg ter miss.. tp xpe.. itu dah nice...

Apa pun pengalaman itu yg menarik.. so kalo korang kat stadium tu.. pergi lar join ultra fan ni.. at least sume negeri unity untuk negara.. nampak lar semangat negara.. n lastly, pas menang fan cheer nama safee sali... "terima kasih safee sali, selamat jalan safee sali".. sbb dia nak berhijrah ke indonesia main team pelita jaya...

So, disebabkan malaysia menang 2-0 lawan hongkong... haa.. aku dah beli jersey malaysia.. siap ada tulis nama aku g...

wassalam..

Malaysia ketandusan drama bersiri berkualiti.... astro mengharap drama import...

Assalamualaikum..

Aku agak bimbang dengan senario drama kat malaysia ni.. drama2 bersiri kat Malaysia ni dah semakin xda rasanya... kalo ada pun ia sememangnya kurang kualiti dan berulang.. bukan kualiti setaraf cerita HOUSE atau LOST atau PRISON BREAK... Tidak sama sekali.. hanya mengharapkan drama kita berkualiti seperti di FILIPINA dan INDONESIA.. 

Maksud kualiti yang saya nak cite ni meliputi aspek lakonan, plot dan yang paling penting, menarik untuk ditonton dan kuranglar unsur mitosnya... Drama HANTU mmg bersepah kat malaysia ni sbb trend sekarang ramai pengarah yang geng dengan hantu sbb nk suruh diorg berlakon.. hehe.. lagi yang xbestnya mitos melampau2 pulak, bunian, sihir dan sebagainya.. aduhai.. 

Tetapi tu kira ok lagi lar.. kalo korang tengok drama wanita Jongang, ia adalah salah satu drama melayu mundur.. maaf saya katakan drama ni sebegitu.... ia adalah reaksi spontan dan pandangan ikhlas lagi jujur sejujurnya dari sya yg xberpendidikan tinggi ni..budaya sekolah rendah zaman dulu suka ejek jonganglar, julinglar, gagap lar makin menjadi2 pulak siap buat lagu mengejek jugak... korang rasa ia pengaruh baik x?? dan jangan terkejut lar pulak keluar SITI GAGAP pulak.. haha.. dan jangan terkejut pulak pengarah dia adalah orang yang sama.. haha..

Aku sedey lar bila aku cuti 2 minggu ni, pelik aku tgk parent aku.. diorang lebey suka tengok drama bersiri INDONESIA dari Drama bersiri MALAYSIA...xley salahkan diorang sbb aku pun agak tertarik juga.. sbb yang pertama tahap lakonan diorang mmg MASTERPIECE.. kalo jahat tu mmg tahap DEWA lar jahat dia.. kalo baik tu, mmg GILER baik lar.. sepenuh hati lakonan diorang.. so sapa xnak tgk cerita yang ada kualiti dan moral kan...

Kalo DRAMA MALAYSIA ni pun x kurang hebatnya, lagi2 drama yang ada JALALUDIN HASSAN mmg powerful... pengarah Khabir bakhtiar mmg pengarah yang paling aku salute... hope dia buat lagi banyak drama... tapi skrang ni mmg xbanyak drama kita yang ada kecuali drama ULANGAN.. si tanggang, slot akasia tu... sapa nak tengok benda yang sama.. bosan kot..Apapun kene support buatan MALAYSIA... ni aku bagi juga 2 drama Malaysia yang mmg menarik sampai aku download iaitu NUR KASIH dan ADAMAYA... 

Apapun hope pengarah dapat berikan sesuatu yang berkualiti, tolonglar jangan amik hero TUA sbb hero TUA skrg hanya utk status BAPA sahaja.. INDONESIA punya hero n heroin dia semuanya yang MUDA2 yang memang ley jadi miss world lar.. haha.. xsalah kalo nak diikut kan.. apapun majular industri drama bersiri tempatan.. Maaf kalo tersinggung dari segi penulisan saya ni, sy hanya nak meluah komen dan rasa x puas hati sahaja... buang yang keruh ambillah yang jernih kata Tan sri P Ramlee pada saya... hehe..

wassalam..

Sakit mata... Mitos dan cara kawalan..

Assalamualaikum...
conjunctivitis...

sakit mata atau conjunctivitis adalah satu penyakit mata yg bole berjangkit.. mudah je nak tau kalo kawan, atau kita sendiri yang terkene.. kalo bangun pagi, mata dah jadi melekat, mata merah dan yang paling penting mata kita ni akan keluar air dengan kerap... 

Aku antara mangsa sakit mata ni.. mungkin sakit ni x seserius mana tp bg aku, ni antara penyakit yang aku benci giler.. aku terpaksa MC 2 minggu sbb sakit mata yang kronik... kalo nak tanya pasal sakit mata, ley lar tanya kat aku, even aku bukannya doktor...

MITOS...

Bila cakap sakit mata je, mesti orang ingat ia bley dijangkiti melalui pandangan... tetapi sebenarnya xbetul... sakit mata hanya bley berjangkit jika air mata pesakit terkena ke mata orang lain melalui pelbagai cara...

TENSION..

aku tension giler, sakit mata ni  effect study aku... yang aku bengang lagi satu tu.. member aku yang xmemahami nie, bersungguh2 lar nak suruh aku balik umah... nak suruh aku balik tu bley lar.. tapi bahasa tu jaga arr.. kalo diorang yang kene, aku xde lar nak menghalau.. member kene paham2 ar.. kat sini lar korang ley tengok, member ko ni suportive ke x.. kan.. sesungguhnya xramai yang supportive.. aku nak highlight member aku.. RUZAINI.. bagi aku dia yg paling supportive.. thankz ruzaini.. ko memang sahabat yang baik dan terima kasih x lukakan hati member ko nie..

CARA KAWALAN...

orang ada cakap.. sakit mata ni sbb panas badan.. jadi ramai juga lar yang memberi tips2 seperti berikut:

1. Mandi dengan kerap
2. Guna tisu yang lain untuk lap air mata
3. Minum teh bunga (teh bunga yg asli k..)
4. Guna madu..
5. Berdoa....

Ni je lar tips yg dapat aku berikan.. tapi sbnarnya aku nak bagi tau korang ubat yang paling power untuk mata yg betul2 kronik nie.. aku x suggest korang guna tp just nak bagi tau ni... ubat ni aku pakai 3 hari je dah ok dah.. selama seminggu lebey aku guna ubat klinik x menjadi, akhirnya pakar mata bg aku ubat ni...

ALLERGAN
Pred Mild
prednisolone acetate 0.12%
OPHTHALMIC SUSPENSION

thankz.. wassalam...