rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Aku bunuh ULAR...!!

Assalamualaikum..

Sewaktu malam yang sunyi, aku ditugaskan menyiapkan presentation untuk satu program di hotel. Masa tu kat umah. Tiba tiba... bunyi mama menjerit.."Ular, ular.." Apa lagi rescue ranger datang membantu.(gambar ular macam dibawah tapi pendek lagi dari ni dan kurus sikit dari ni..)

Dengan penyapu berada di tangan, mama mengacu ular hitam yang laju seperti lipas kudung. xdalar besar mana tapi adalah lar panjang satu lengan dan lebarnya 1jari setengah dewasa. Tapi kami berasa takjub kerana kawasan rumah saya ni xde kes ular pula.

(bayangkan kalo anak sedara sy pegang macam ni) - mau pengsan

Anak sedara ramai pula, takut apa-apa jadi pada diorang. Tanpa membuang masa, terus mengambil penyapu dan melibas sekuat hati ke arah ular itu sehingga ia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Kesian juga tapi nak wat macam mana sebab membahayakan manusia lain. Dalam suasana yang kelam kabut, xsempat lar saya nak merakam gambar ular tu. Kata nenek ular itu kurang berbisa, macam mana nenek tau, yang itu saya x tau.

semoga keluarga saya sentiasa dilindungi oleh NYA yang maha berkuasa.... amin..
wassalam..

Akhil Hayy.. No komen..

Assalamualaikum..

Pada zaman matrik dulu, saya, sheikh al ghazhi dan david (org islam k) memang peminat akhil ni. Sheikh siap beli album pertama dan kedua dia, sambil mengatakan dia antara idola saya. Tapi bila keluar isu mengenai Akhil Hayy meninggalkan isteri. Terasa juga dalam diri ini.

http://www.ohbulan.com(source gambar dari sini)

Saya tau manusia adakalanya melakukan kesilapan, tapi meninggalkan isteri yang menjaga 5 orang anak adalah satu perbuatan yang salah, bagi saya. Moga di jauhkan Allah s.w.t dari diri ini. Tapi kenapa nak ditinggalkan. Maaf jika saya katakan isterinya juga sangat cantik. Ini Gambarnya, cantik x?
http://www.ohbulan.com(source gambar dari sini)

Islam mengatakan mengelakkan fitnah, lebih lebih lagi jika sudah mempunyai pasangan hidup. Kita memfitnah orang juga dosa besar dan kita membuat orang fitnah pada kita pun satu dosa juga. Kita tengok dan baca, banyak sangat majalah hiburan yang buat cerita sana sini tanpa ada kesahihan. Bila isteri baca mana xbengkek kan. Sumber saya ini diambil dari berita dan surat khabar ye(sahih dan tidak fitnah). Apa pun kita doakan kehormonian rumah tangga mereka berdua kembali aman dan sentosa(tapi maiza-isteri sudah memfailkan cerai). Tidak salah berbini 4, tapi jika tidak mampu membahagikan masa untuk mereka baik lupakan sahaja.

No komen!!
wassalam..

Pilihlar calon yang tidak Merokok..!! kata ustaz asri

Assalamualaikum..

saya tertarik dengan pendapat ustaz dr. asri bekas mufti perlis iaitu utamakan pasangan yang tidak merokok.. wow.. interesting kan.. sbb saya xmerokok (bukan nak promote diri)..


Kata Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin bahawa wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok kerana Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.


Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa merosakkan diri dan ia ditegah oleh agama. Majoriti ulama mharamkan rokok.
  2. Perokok membahayakan kesihatan keluarga(anak dan isteri terhidu asap rokok)
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan kerana rokok sendiri mengotorkan diri, serta banyak kemudahan awam lain rosak disebabkan kesan rokok oleh penggunanya. Ciri ini kurang baik bagi seorang bapa yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan.
Jika semua wanita begini seperti satu cabaran bagi lelaki yang merokok agar buang tabiat buruk tu. Betul tak, sekali lagi wanita juga mampu mengubah lelaki. Hebat golongan hawa ni.. Ia sekadar nasihat dan renungan untuk para sahabat k..

wassalam..

www.drmaza.com (diedit oleh shahzan)

Jom Belajar Buat Spaghetti.. (^^.)v

Assalamualaikum...

Tidak dinafikan saya sangat suka makan spaghetti.. walaupun ia asal dari Italy tp buatan Malaysia adalah paling best.. saya belajar dari kakak saya seorang chef part time di rumah.. jom kita buat spaghetti.. saya akan beritahu dengan detailnya(maklumlar sy pun xpandai memasak sgt)..

1. Buang kulit bawang dan hiris bawang kecil- kecil.( 2biji )

2. Hiris bawang putih. (3 ulas)

3. Cendawan dalam tin juga dihiris (biasa nye dalam 5-7 biji sahaja)

4. Isi ayam dicincang @ lebih senang di kisar @ lebih lagi senang beli je daging kisar ramli.

5. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga ada bau

6. Masukkan cili boh sebanyak 3 sudu besar dan tunggu sehingga garing.

7. Masukkan daging kisar dan pastikan ia digoreng dan masak.

8. Masukkan kesemua Sos tomato dalam tin(yang di khaskan spageti)

9. Tunggu sehingga mendidih (masukkan gula, garam dan serbuk cheese secukup rasa)

10. Rebus mee spagati dan letak sedikit minyak supaya ia tidak melekat antara satu sama lain..

Siap.. anda boleh hidangkan ia... xkira sejuk atau panas, ia sangat sesuai dihidangkan..

itu je.. selamat mencuba..(^^.)v
wassalam..

Hindraf.. JANGAN ANDA BUTA SEJARAH..!!

Assalamualaikum..

Sejak dari peristiwa 13 mei.. Rakyat Malaysia bersatu padu dan isu berkaitan tentang sensitiviti kaum tidak boleh dibangkitkan.. tapi sejarah tinggal sejarah.. masa tu saya tidak dilahirkan.. jadi ibu pernah beritahu sy.. keadaan ketika 13 mei itu sgt dasyat.. kampung baru dan petaling street(xsalah saya) banyak mayat yang bergelimpangan, akibat ketidak puasan hati diri masing2.. rusuhan jangan cerita lar.

apabila isu ini dibangkitkan, ia seperti letak gula di lantai dan banyak semut akan datang.. bendanya manis tapi pasti malapetaka akan berlaku.. Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) atau dalam bahasa Tamil Hindu Urimaigal Poratta Kulu jangan anda buta sejarah. Bukan saya kata tapi semua orang kata(dialog pimai pimai tangtu). Kalo xtau jangan risau, sy bley lar ajarkan abg2 hindraf ni sejarah 13 mei ye..(SPM Sejarah sy mantap juga)


P. Uthayakumar dengan lantang memberitahu akan mengadakan demonstrasi haram pada pertengahan Jun nanti. Ertinya, mereka cuba mengulangi peristiwa hitam 25 November 2007.

M.Manoharan baru-baru ini membuat tuntutan tidak masuk akal iaitu mahukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang dilahirkan selepas 31 Ogos 1957 diiktiraf sebagai Bumiputera.

Dalam memorandum kepada kerajaan British, mereka membuat beberapa dakwaan yang tidak masuk akal antaranya;

* Berlaku pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum India.

* Sebanyak 10,000 kuil Hindu dirobohkan sejak merdeka.

* Kaum India menjadi mangsa diskriminasi kaum, agama, ekonomi dan sosial.

alahai.. janganlar ekstremis sangat kita bukannya di sempadan gaza, kita di malaysia lar.. k.. boleh buat gaduh ni.. (xnak xnak, dont want dont want)-ayat dari LOS n Faun

(gambar ni memang memang fitnah)

haha.. anda semua pun dah belajar sejarah masa tingkatan 5 ada sebut pasal 13 mei ni.. pastinya anda semua dah paham tentang perlembagaan Malaysia.. jadi fikir2kanlah..

Wassalam..

Wow.. Mantap.. Upgrade PC....

Assalamualaikum...

hai sahabat semua.. sekarang musim cuti so aku rasa nak menghabiskan masa terluang bermain games.. DIABLO 3 akan keluar x lama lagi.. masih menanti... apa lagi upgrade pc..

spec yang aku tambah..

1)Power supply 500W - RM150(untuk support power kat graphic card kalo x jadi lagging)

2)Graphic card ATI RADEON 4770(3years warranty) - RM400 (Kehebatan graphic card ni melebihi 9800GT dan jauh lebih murah siap ley main crysis dengan lancar)

3)2gb ram - RM88 (over budget untuk benda kecik ni.. tetiba naik harga.. selalunya RM50 je.)

4)Speaker sonic gear tattoo duo - RM165(mula2 nak beli armageddon 5 tp budget lari lar pula tp tatto ni mantap juga bunyinya dan design cantik, xmengecewakan)



dekat RM800 jugak sume habis beli benda ni semua.. so sape2 yg rasa2 memerlukan pertanyaan nak beli pc.. insyaAllah bley saya memberikan sedikit pendapat.. asik mengulangkaji pc ni sangat seronok pula..

Pulau Tioman... Bakti siswa..

Assalamualaikum w.b.t.

Pada minggu lepas, sehari selepas final exam.. saya mengikuti satu program bakti siswa ke pulau tioman anjuran kolej jati bersama alamanda selama 5 hari dan bayaran Rm50 dikenakan.. murah x?? lepas examkan mesti nak rilexkan minda, so berjalan2 dan melihat di negeri orang lain mesti besh..

bergerak pada pagi isnin 8pg dari kolej jati(selangor).. sampai ke jeti di mersing(johor) pada pukul 4ptg.. dan feri sampai pada pukul 4.30ptg.. sampai ke tioman(kem) pukul 7.30mlm.. wah letih sangat.. sampai sana kitorang pasang khemah.. haha.. xreti tp boleh lah..

esoknya kitorang ada program kesihatan(medical check up dll), saya budak engine so juz promosi kat seluruh kampung lah.. jalan2 amik gambar.. sangat cantik laut pulau tioman.. anda boleh tengok sampai ke dasarnya..

hari ketiga kitorang merentasi hutan selama 3jam.. depa kata 2jam je.. tp terlebih sejam pula.. tp serius naik bukit ok lagi.. time nak turun bukit tu constant sejam lebih.. betapa payahnye.. lutut krem.. sebab kita nak kene break setiap kali laju n force yang dikenakan itu perlu lebih dari graviti bumi + berat badan.. sampai kampung juara kitorang naik bot n snowkling.. bayaran RM30 seorang.. tapi amat berbaloi sebab dia pergi 4 tempat yang berlainan..


setiap malam dan pagi kitorang akan masak sendiri.. tu yang bayaran RM50 je.. haha.. but serius sangat enjoy masak.. baru kita tau mane girl yang pandai masak ni..

pada hari keempat program motivasi bersama adik2 di pulau tioman.. adik2 ni pemalu orang nya but program ni bley dikatakan success.. malam tu ada majlis tahlil dan penutup.. saya jadi mc.. haha.. xtau ape yang silapnya.. terCUAK... mungkin xde mic.. suara xkeluar pula.. mmg down malam tu.. tp xpe manusia sentiasa mperbaiki kesilapannya.. malam tu ada games dan watak paling cemerlang dalam pasukan adalah adik syikin yang telah berjaya ke separuh akhir(biawak n buaya).. haha..

pada hari terakhir, kitorang membersihkan tempat khemah dan pantai.. solat jumaat dan ber gerak ke jati...(gambar bersama pengarah program mohd safwan)


wassalam..

Manchester United Won Hatrik!!!

Assalamualaikum..


Team favorite saya menang premier league lagi.. yezz.. buat penyokong liverpool masih ada peluang untuk season depan ye.. manchester bermain pada bawah keupayaan sendiri(perlawanan arsenal 0-0) tp xpe.. masih ada peluang menunjukkan yang lebih baik untuk perlawanan menentang barcelona....

pada season ini.. pemain terbaik ada beberapa orang mengikut kaca mata saya.. antaranya..
1.Cristiano Ronaldo (the best player again)
2.Wayne Rooney
3.Vidic & Rio ferdinand
4.Tevez
5.Giggs

pemain muda terbaik..
1.Anderson
2.Rafael Silva
3.Evan
4.Marcheda


pembelian pemain flop tahun ni sebanyak lebih 30million euro.. pada saya adalah BERBATOV..
-seperti kehilangan spirit
-tidak dapat mengikuti tempo permainan manchester united yang pantas
-tidak menggunakan kelebihan ketinggian untuk menanduk
-tidak aggresive(pada akhir musim fergie meletakkan di bahagian midfield center)
*tapi masih boleh improve untuk season depan k.. work hard berbatov... u can do it..

pemain FLOP pada tahun ini jatuh kepadaaa.... NANI..
-Xtau apsal ko cross xmantap
-xtau apsal ko asik lost ball
-xfit, langgar asik jatuh je..

tu je.. anyway tevez akan meninggalkan kem manchester.. pergi kemana.. YANG INI KITA TAK TAU.. hehe.. harap fergie akan try dapatkan dia juga.. dan muka baru seperti karem benzema mungkin antara pemain muka baru yang diidamkan fergi selepas kehilangan tevez..

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!

EXam Habis!!!

Assalamualaikum...

sahabat2 semua.. maaf xupdate blog ni dekat 3-4 minggu rasanya... exam week n saya memberi sepenuh perhatian pada pelajaran dan meninggalkan sebentar mengupdate blog ni..

minggu exam yang amat meletihkan.. dan saya ada 3 paper je final dalam sebulan.. 2 paper yang boleh dikategori sederhana susah.. dan satu yang tahap dewa susah iaitu fluid mechanic 2.. risau juga fail subjek ni.. harap2 sahabat boley doakan saya lulus subjek ni..

jadi orang yang xterurus dalam exam.. haha.. bersepah meja study.. hari2 tido lewat.. waaa.. akhirnya habis juga.. sangat letey.. otak pun dah xbetui daa...

so abis cuti ni korang wat pe?? saya bercadang nak ke pulau tioman, join program kolej jati dan alamanda... program bakti siswa kat sane selama 5 hari.. dengar kata pantai sane cantik bangat.. jom kita tgk n alaminya k... ^^v

kepada sahabat2 semua.. selamat bercuti...
wassalam..