rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sepetang Di Jesselton....

Assalamualaikum...

Sepetang di Jesselton... memberi satu titik ketenangan di jiwa...

Hari hari yang berlalu... kali nie di habiskan di jeti perhentian kapal di Jesselton KK..


Tempat ini merupakan tempat dimana, para pelancong akan menghabiskan masa di tepi jeti sambil menanti matahari terbenam dan shuttle ke pulau manutik dan manukan... 
Disini aku duduk sambil membaca novel BUMI CINTA karya habiburrahman...

Sebenarnya xberapa khusyuk juga aku membaca.. lebih seronok melihat gelagat pelancong dan brother kapal tengah mengemas2 kapak diorang...

Cantik permandangan matahari terbenam.... membuatkan aku bbrapa kali shot permandangan yang sama... tapi disebabkan aku still lagi xpandai guna kamera nie.. dapatlar gambar yang amatur tanpa sentuhan photoshop..
tepat pukul 6.05 ptg.. terus bergerak ke KARAMUNSING.. nak beli headphone.. 

ni headphone dia ONTO- AudioTechnica...

wassalam...

Perutusan Bajet 2013

Assalamualaikum..

Perutusan Bajet 2013....

Malaysia Budget 2013 Speech

Selamat menunaikan ibadah haji saudari Hafidzah...

Assalamualaikum...

Musim haji sudah hampir tiba.. dan pada ketika ini aku melahirkan kesyukuran di atas segala rezeki yang halal.. alhamdulillah.. 

Dan termenung seketika apabila kawan aku menyatakan akan pergi menunaikan ibadah haji terus ke makkah hari ini.. xsangka cepat betui.. syukurnya.. ada juga kawan dah nak g haji.. sedangkan aku.. jap termenung lagi.... bila lar tue.. 


hehe.. tapi xper.. rezeki setiap orang berbeza.. apa pun.. good luck to nurhafidzah.. sahabat sejak dari kolej matrikulasi pahang dan seterusnya di UITM shah alam.. semoga selamat segalanya dan cuba sebaiknya untuk mendapat haji mabrur.. 

Amin...

Majlis perkahwinan Di Sabah

Assalamualaikum...

Setiap negeri ada keunikan dari segi adat dan peradaban mereka... kalo cerita pasal kahwin, mesti ada keunikan tersendiri bagi setiap kaum dan juga negeri..


Beberapa minggu lepas saya sempat menghadirkan diri untuk ke majlis perkahwinan adik student saya.. di papar sabah.. Orang Tawau yang berpindah di KK katanya.. hee.. Teringat ayat dia "cik kene datang ye cik, kalo malu ajak kawan-kawan k"..

Disebabkan kawan-kawan ada hal yang xdapat dielakkan jadi pun mengajak student dua orang untuk meneman ke sana... ok.. perjalanan dalam sejam lebeyh.. ok juga lar tue.. xder jauh sgt.. dan kawasan dia agak perkampungan sedikit.. 

Sampai disana.. sy dijemput masuk dan dihidangkan dengan bermacam2 kuih.. xsempat nak snap gambar.. aduyai.. tp kuih dia semua manis2.. kalo ada kencing manis jangan makan... plus mmg enak.. orang nya yang peramah menyambut saya dan berbual2.. dalam gambar nie (outfocus student amik) tp mmg peramah..

pas makan kuih di dalam rumah.. then kami di ajak makan yang berat pula.. dan pula dipersembahkan nyanyian karaoke oleh brother-brother nie.. aku layankan je.. cuma speaker dia mmg besaq.. dan agak kuat juga sound yg keluar.. huhu.. tp kalau dah kenduri kawin mmg kene meriah.. huhu..

Then abis makan.. saya tunggu juga student sy balik dari kedai.. dia pergi beli barang.. huhu.. tapi xsampai2.. jadi kiranya... xperlah.. balik sjek.. hee.. pas abis tue ada masa g.. ajak student tgk wayang rm5.. hehe.. n makan kopok lekor kat tepi pantai sebelum balik ke kolej.. seronok betui diorang..

anyway ni cebisan memori ke majlis orang di sabah... mungkin ada lagi story yg menarik yang ley dikongsi bersama..


wassalam

SANG PENCERAH

Assalamualaikum..

Just nak Review sebuah movie yang mungkin ramai yang xpernah dengar tp sebenarnya mempunyai satu kehebatan dan pengisian yang mendalam yang bleh dijadikan iktibar dan pengetahuan..
SANG PENCERAH...

Sebuah movie Indonesia yang baru 10 minit sy tonton bagi saya cukup menyajikan keenakan pada mata serta nafsu melihat untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya....
Ia mengisahkan tentang seorang darwis muda (Ihsan Taroreh) mengubah nama kepada Ahmad dahlan.. dia seorang pemuda 21 tahun yang amat risau ttg perlaksaan islam yang kian sesat serta menjurus kepada bid'ah.

beliau dituduh mengajar aliran sesat kerana mengubah arah kiblat sebuah masjid sedangkan masjid itu mmg mempunyai arah kiblat yang salah.. dan dituduh kiyai kafir kerana membuka sekolah modern untuk mempelajari agama...
Cerita ini adalah berdasarkan kisah benar dimana terbentuknya satu organisasi islam di indonesia di panggil ORGANISASI MUHAMMADIYAH yang tujuannya untuk mendidik umat islam agar berpikiran maju sesuai dengan perkembangan zaman.

Sinopsis yang sedikit ini diharap dapat memberi anda sedikit sebanyak gambaran mengenai, plot cerita ini.. disamping menonton anda pun dapat ilmu juga kerana ia adalah titik perkembangan agama islam di bumi indonesia...

8.7/10

sila tonton... tp gambar xbaper lawa.. ada dvd ori rm19.90 kat kedai dvd..

wassalam...



Bila Pilihan Raya nak Mai dah...

Assalamualaikum...

Ok.. ari ni nak citer pasal pilihan raya yang nak mai xlama lagi.. huhuhu...
link gambar disini
Bila pilihan raya sampai je.. 

Mula lar,  macam2 lar janji janji ditaburkan.. banyak pula aktiviti menderma nampak muka ni... kamu akan nampak jalan raya di betuikan... dan masing2 akan menaikkan saham mereka.. menuduh nuduh mamat ni buat xbetui... asik komplen je... menfitnah fitnah... memainkan isu2 sensitif.. dan ia adalah dari kedua2 parti...

 Kalo kat tv tu mmg dipihak kerajaan... kalo kat internet pulak semestinya pihak pembangkang..

Pilihan raya mmg nak mai dah tp tarikh dia je belum mai lagi... aku pun xpernah mengundi sebelum ini.. jadi juz nak bg tau pemikiran anak muda kini bukannya seperti orang dahulu.. semakin ramai dikalangan orang yang berilmu dan tidak mudah dipermainkan dengan mudah oleh dakyah dari pembangkang malah kerajaan..
sumber gambar disini
Berada di tengah tengah diantara dua parti membolehkan aku observe ttg segala hal yang berlaku dan membolehkan aku membuat keputusan dengan tepat sapa yang patut di undi... 

so, sebelum ada apa2 yang memusykilkan kamu... jangan amik 100%.. cuba kaji dulu.. jgn pulak jadi macam isu gangnam style yg dikaitkan dengan rasul kita yg langsung tidak kene mengena.. tp orang percaya... adehh....

Wassalam...

RANGGAU - RAMLEE AWANG MURSHID

Assalamualaikum...

RANGGAU sebuah novel karya Ramlee awang murshid..

tapi ni lar first time aku baca karya beliau...

Ramai yang membaca karya beliau daripada TOMBIRUO... atau PENUNGGU HUTAN...

Tapi aku pula membaca start dari RANGGAU... 

Karya RAM... mmg menarik minat aku.. novel melayu yang thriller dan diselitkan dgn unsur islamik serta tidak tertumpu ke arah kecintaan shj.. Ia mungkin bley mengubah persepsi masyarakat bahawa karya tempatan tidak hanya bermodalkn cinta semata-mata..

Ok.. nak cerita sedikit pengalaman membaca novel ini..

Bismillah... orait.. cover buku ni putih... dan intro buku ni pada permulaannya.. lebih menjurus kepada bagaimana masyarakat dulu dan sekarang ini menggunakan RANGGAU-(makhluk halus) untuk menyiksa orang disekeliling mereka...

Dan cerita bermula apabila tuan berham hartawan telah kehilangan seorang anak ppuan (Janet) dan memerlukan seorang detektif penyiasat untuk mencari Janet.. dalam masa yang sama terdapat banyak kes ttg   pembunuhan kejam secara bersiri yang masih belum terungkai oleh pihak polis...

nak cerita panjang.. kene baca lar.. tapi cerita nie bit "dark" seolah kamu sedang menonton cerita jepun yang "Psycho" betui..

Sangat menarik.. dan sy rekomen cerita ini kepada para pembaca yang budiman..

Wassalam..

Kesepian dalam kesyukuran....

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya.. kembali saya disini.. jauh di bumi sabah.. menulis coretan ayat yang lama tidak dipersembahkan...

Bukan sbb malas nak tulis.. tp sbbnya saya bz bekerja... aduyai...

menjadi tenaga pengajar ni bukan satu kerja yg mudah.. tp ada kalanya ia sangat memenatkan..

hidup pula jauh di bumi orang.. dan amatlar memerlukan pengisian dari segi rohani dan jasmani untuk terus kekal bernafas dalam kegembiraan sambil di ulik dengan penuh liku dan cabaran di sini..




Ia seolah-olah seperti mencari ilmu di negeri orang yang semestinya ilmu tu masih banyak yang perlu dimiliki..

aku tidak akan kalah.. aku akan terus berjuang dan mencurahkan ilmu demi para pelajarku..

sesungguhnya tanggungjawab yang diberikan akan aku laksanakan sebaik yang mungkin.. agar halal gaji yang aku nikmati sekarang ini...

banyak yang aku sacrifice... wang, masa, tenaga.. malah perhubungan aku dgn dia.. yang xbestnya dia dh ada kekasih lain.. 

wpun terseksa dengan penderaan emosi yang maha dasyat.. aku terus melangkah.. meneruskan kehidupan seperti sedia kala.. walaupun perasaan itu menjahit hati ku perlahan-lahan...

Terus aku menadah tangan memohon yang ESA.. agar diperkuatkan segala emosi aku yang kian rapuh..

Alhamdulillah bulan RAMADHAN yang lalu memberikan sejuta makna dalam hidupku.. 

Aku seperti diberi nafas dan semangat yang baru untuk meneruskan hidup...

Walaupun aku kesepian disini, di bumi sabah... Alhamdulillah aku bersyukur dikurniakan rezeki yang baik disini.. Amin...

Wassalam...