rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Cikgu salah atau murid yang salah??

Assalamualaikum..

Satu ketika dahulu pekerjaan guru adalah satu pekerjaan yang amat dihormati dan disegani xkiralar dari peringkat ibu bapa sehingga lar ke peringkat muda mudi iaitu para pelajar..

Bukan saya katakan tidak ada, tetapi sekarang ini sikap itu semakin hilang di pandangan masyarakat...

Pernah anda dengar kisah cikgu merotan murid sehingga luka? cikgu membaling kerusi dan terkena serpihan pada murid2? dan lain2 lagi.. 

Jika anda seorang bapa kepada murid itu, adakah anda akan saman cikgu tersebut??

Bapa saya seorang guru di IKM, dia seorang yg amat tegas.. xkiralar apa kesalahan yang yang saya buat, atau kesalahan guru itu, bapa tetap menyalahkan saya... apa yang beliau fahami, tugas guru adlah untuk mendidik.. luka sikit, biasalar.. itular namanya belajar dari kesilapan..

Tetapi xramai bapa yang seperti bapa saya ketika ini... jika anak mereka kene tampar, atau luka sikit kene rotan.. cepat aje dia datang memarahi guru tersebut.. siap nak saman lagi... 

Tugas guru juga sudah semakin mencabar... dengan bilangan ramai murid2 yang semakin bijak, nakal dan tidak salah saya katakan 'kurang ajar'.. ia menjadi semakin sukar untuk mendidik murid sebgini..

Apa yang saya ingin sarankan, cikgu perlu lebih profesional dalam menangani pelajar yg bermasalah dan ibu bapa seharusnya berbincang dengan guru untuk sama2 menyelasaikan sesuatu maslah..

Bagi saya.. kita perlular hormati guru, kerana mereka inilar, kita berada disini, di menara gading atau menjadi seorang yang bekerjaya... terima kasih guru..

Wassalam..

0 comments: