rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

MEDIA MASSA.. AIBKAN..?


salam..

beberapa hari ni, byk perkara yg berlaku xkira kebaikan atau kemungkaran.

kita banyak didedahkan isu semasa xkira media cetak atau media massa yg lain..

tp semakin hari media massa seolah semakin condong niatnya bg memberikan informasi yang benar malah memputar belit sehingga menimbul was was dan fitnah...

selang beberapa hari lalu, surat khabar terutama muka depan surat khabar seringkali mengenai tangkapan khalwat dan perkara maksiat yg lain disiarkan bg membuka aib orang bg mendapat "promosi murah" oleh akhbar dan saya ada membaca artikel dr maza bekas mufti perlis ttg perkara ini..

Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah ‘orang lain’ untuk dilelong. Namun Islam menentang cara yang demikian

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”


hadis ini menerangkan bahawa... rasullullah s.a.w tidak akan mendedahkan keburukan orang itu sehingga mengaibkan org itu selagi dia tidak melakukan keburukan secara terang dan sesungguhnya amalan wajib seperti solat mampu menghapuskan keburukan yang dilakukannya.

Islam juga mengharamkan kita mendedah aib orang lain yg bersifat peribadi, malah lebih suka mendedahkan kebaikan orang itu.

wa'Allahualam

8 comments:

Azfar Fitri said...

cun gila la blog kau jerd!

aku terpesona membaca nukilan-nukilan kau yang banyak memberi inspirasi kepada kehidupan harian aku yang sememangnya telah lama memerlukan sejenis mangkin bagi memastikan kehidupan aku senantiasa berada di dalam keadaan yang tenang dan harmoni walaupun terpaksa melalui suka-duka yang sukar dinyatakan secara seluruhnya.

shah_apiz said...

wo.. azpar.. terima kasih di atas pujian ko.. akan ku ingat ayat kamu itu.. memberikan aku inpirasi untuk terus berusaha.. cewah.. haha.. thankz for the komen.. buat lar blog.. share per ko rasa nak share.. k..

bloodytiram said...

azfar nyer komen hanya boley dibaca dlm 1 nafas...hebat

Azfar Fitri said...

terima kasih oyster berdarah. semoga anda bahagia dengan kehidupan harian kamu.

jerd, aku rasa kita patut keluar makan bersuka ria bersama di bawah sinaran bintang dan purnama, mari.

bloodytiram said...

ayat tak tahan
jiwang karat

shah_apiz said...

haha.. jom sekali oyster berdarah.. orang dah ajak kan..

ko mempunyai pandangan yg sangat indah wahai sahabat..

ko mmg cool azpar..!

bloodytiram said...

aku tidak tahu apa yg bermain di benak fikiran kalian berdua
bulu romaku meremang si saat aku menghayati petikan-petikan karya kalian dan ingin aku nyatakan:

"korang 2 org mcm gay"

hahahahahhahahahhaha

gurau jerk..aku bkn oyster berdarah..tiram berdarah la..sila update BM anda..

shah_apiz said...

haha.. pe da gay..

yeye lar tiram berdarah.. kitorang nak kasi sedap sikit bunyi dia.. oyster berdarah.. lebih mantap bunyi nye.. kan..