rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Menarik tentang Kinabalu Park...

Assalamualaikum..



Topik kali ini berkisar tentang perkara menarik di Kinabalu Park..

Kinabalu Park terletak di Ranau Kundasang Sabah..


Ia merupakan kawasan perlancongan dan tempat permulaan bagi pendaki gunung kinabalu untuk ke puncak gunung.. Untuk naik ke gunung kinabalu terdapat bberapa Route atau jalan pendakian ke puncak dan kinabalu park antaranya..



Ketika anda masuk ke kinabalu park.. anda akan dikenakan seorang dalam RM3 sekali masuk tetapi tiket itu juga boleh digunakan untuk masuk ke kawasan air panas PORIM.. baguz kan.. 

Permandangan kawasan ini sungguh indah.. orang kata serupa cameron highland.. ada saya sisipkan gambar di sana...







Di dalam kinabalu park anda boleh cuba untuk mendaki menggunakan tangga atau jalan yg disediakan untuk menikmati keindahan permandangan kawasan ini ataupun anda juga boleh menaiki kenderaan untuk ke kawasan tinggi kinabalu park..

Saya memilih untuk menaiki kenderaan kerana jauh jugak nak berjalan ke kawasan tinggi kinabalu park ni.. ingin saya sarankan kereta yang berkuasa tinggi lebih sesuai untuk mendaki gunung ini.. jalan ia agak sempit dan agak merbahaya jika dipandu dengan laju..




Anda boleh buka tingkap sambil mengambil gambar kawasan hijau dan kabus di kinabalu park..

Terus ke bahagian atas, anda akan menjumpai kawasan untuk mengambil gambar gunung kinabalu.. Kadang2 nasib anda baik memandang kan ketika itu awan tidak tebal, dan kelihatan gunung kinabalu di belakang anda.. tapi kalau nasib tidak baik.. kabus yang tebal menutup terus permandangan gunung kinabalu..

seterusnya kami sampai ke tempat permulaan pendakian gunung kinabalu.. terletak kawasan paling akhir dalam kinabalu park.. kawasan gambar.. nak berpiknik pun boleh..







Turun sahaja... anda akan melalui botanical garden dan ada galeri tapak warisan dunia.. tapi apakan daya ketika itu galeri itu tutup pula..






Kami berhenti di satu tempat untuk mendaki gunung sbb nak ambik feel konon nak mendaki.. tetapi semua last2 xlarat dan penuh pacat kat dalam kasut.. huhue.. horror.. so better xyah nak ambik feel..

Sekian dari saya..

3 comments:

memmetlenggeng said...

ok jugak ni. Tahun depan nak g sana...

boy_scientist12 said...

bro,pegi dgn sape kat sini?

shah_apiz said...

menarik.. saya pergi dengan kawan saya dari uitm.. yang lain tue kawan saya punya kawan..