rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

The lagendary of Nasyid...

Assalamualaikum...

Nasyid adalah salah satu genre lagu yang kian dilupai orang zaman kini... orang lagi prefer lagu yang berbentuk rock, jiwang, balada n apape2 lar.. xley salah kan sesape.. sbb radio pon mmg lebih mengutarakan lagu2 berbentuk macam itu kan... berapa kali sangat radio nak pasang lagu nasyid.. wpun lagu nasyid tu sangat sedap... ada pun masa lepas azan dan sebelum azan kan... kecuali radio IKIM.. kat kl 91.50..
sumber gambar di sini
Tapi tu cerita nasyid sekarang... cerita nasyid dulu mmg best.. zaman the Zikr dan Nadamurni... kedua2 ni mmg popular.. zaman aku tadika dulu.. zaman2 tu macam kumpulan 4u2c, AWAS, NICO mmg tgh hot.. haha.. nadamurni ni konsep pemakaian bajunya seperti al arqam.. mmg epik kalo tengok zaman nasyid dulu.. tapi nyanyian allayarham ustaz asri dan munir hijjaz mmg betul2 mendayu.. the zikr pula xsalah, penyanyi asal adalah nazri dari kumpulan raihan..
sumber gambar di sini


2 kumpulan ni masa zaman tu yg aku betul2 ingat... dan abg aku ada beli kaset dia dulu.. tah mana lar dia letak.. selepas itu barular muncul kumpulan rabbani, hijjaz, saujana dan raihan... tp yang paling top masa awal2 tu mmg raihan.. lagu raihan lebih kene lar dengan jiwa muda zaman tu.. berjuta orang beli kaset dia.. raihan mmg best.. tp bila aku dah meningkat dewasa nie.. alunan lagu rabbani lebih sesuai dengan jiwa aku nie..


Kumpulan suara hati adalah kumpulan yang jarang2 orang dengar.. zaman kumpulan ni baru start bernasyid ketika abang aku di SMAKL xingat tp time aku tadika jugak.. sekolah menengah agama kuala lumpur.. kat sitular aku mula kenal lagu kump suara hati.. percaya lar... lagu2 diorang ni sama sedap dengan lagu2 yang raihan pernah buat utk first album diorang.. tp lagu2 diorang ni susah nak dijumpai.. sbb dulu mana ada mp3.. ada kaset je.. semoga ada lar album baru dari kumpulan itu...

Suara hati - Suara hati...


Dari Suara Hati
Ingin kami sembahkan
Hiburan baru Islam
Agar semua terhibur
Semoga mendapat keredhaan Tuhan
Agar semua terhibur
Semoga mendapat keredhaan Tuhan



wassalam...

0 comments: