Pulau pinang.. pulau mutiara... pulau yang penuh sesak dengan kereta dan jalan yang sempit..
diskripsi yang mudah pertama kali datang ke pulau pinang.. bukan lar pertama kali.. ada lar umur aku 6 tahun kot time tue.. tp xberapa nak ingat.. dah hampir 20 tahun dan akhirnya aku dewasa.. inilar kali pertama aku menjejakkan kaki di pulau pinang..
yang menariknya.. esoknya aku balik dari pulau pinang ke kl.. then jambatan kedua pulau pinang runtuh.. huu.. tragis tragis..
Citer pasal Tol dan minyak... Tol pergi sahaja dari Kuala Lumpur ke Pulau pinang adalah sebanyak RM43.30sen.. dan melalui Jambatan Pulau Pinang pula kene bayar dalam RM7.00.. balik xkene charge utk jambatan pulau pinang.. so pergi balik.. dalam RM100 approximately... Minyak Pergi Balik adalah sebanyak RM100 juga.. So make sure korang ada RM200 n = Kad Touch N go.. mmg JAM jalan nak masuk jambatan pulau pinang....
pulau pinang ni agak terkenal jugak diantara pulau yang maju dan cantik juga lar pulau pinang.. aku telah melalui beberapa tempat yang patut disinggah apabila melawat bumi pulau pinang..
1. Bukit Bendera...
Bukit bendera terletak dikawasan hujung bandar.. aku xingat nama tempat tue.. berbekalkan GPS handphone samsung aku.. terus menuju ke bukit bendera pada pukul 5.30 ptg.. harga tiket bagi seorang dewasa yang mempunyai mykad adalah sebanyak RM8 manakala kanak2 dan senior citizen adalah RM4.. xda mykad harga dia sangat mahal hampir mencecah rm30 seorang dewasa...
Jadi ada package untuk family iaitu 2 adult + 2 children = RM18... jimat kan... so aku amik nie.. mama, aku, adik(bawah 4 tahun free) dan juga anak sedara sorang naik kat atas..
Tren dia sangat moden dan laju sangat berbaloi naik train nie.. aku rasakan cam naik roller coaster.. even lagi menakutkan dari roller coaster.. punyalar laju.. tp best...
kat atas permandangan dia amat mendamaikan.. angin pun sejuk cam cameron.. tp xde lar sejuk sgt.. kitorang xsinggah lama.. amik gambar kat atas tu then turun bawah.. sepanjang aku kat penang.. yup ni lar bagi aku tempat yang best..
2. Padang Kota..
Padang kota adalah tempat makan yang femes jugaklar oleh warga penang.. dan dia ada 2 tempat.. padang kota lama dan padang kota baru...
so aku suggest korang xyah lar pergi kat padang kota lama.. sbb jam giler nak masuk bandar.. plus korang nak cari parking pun bukan senang.. stress giler bawa kete
Aku secara xsengaja nye telah bawa famili aku ke padang kota lama.. which aku xtau ada padang kota baru.. tp xpe.. experience ar kat dua dua tempat nie.. which one suit you better.. ok..
makanan agak mahal jugak lar.. misalnya aku order.. sotong rebus dengan sayur kankung style yong taufuu satu pinggan RM10... pastu pesembor RM9.. ayah aku order Mee udang RM8... Mak aku order laksa RM5 kot... Anak sedara order Kuey teow Udang Rm8...
aku just bg personal comment.. sotong rebus tu ok lar berbaloi... mee udang + Kuey teow = xsedap langsung.. Laksa = Sedap jugak n Pesembor = Okay je..
3. Pantai Tanjung Bungah
Disebabkan hotel aku dekat Paradise beach hotel kat tanjung bungah.. so agak berdekatan dengan Pantai Tanjung Bungah.. Hotel ni aku bayar RM162.. promo.. besar jugak ada bilik utk tidur dan ada bilik utk ruang tamu...
Cantik permandangan dia.. cuma aku rasa pantai dia xde lar lawa sangat.. orang cakap Pantai kat Batu Feringgi lebih awesome.. so pergi lar sana.. aku rasa lagi berbaloi..
4. Line Clear Nasi Kandar..
Ini mungkin kali terakhir aku akan menikmati juadah kat Nasi Kandar line clear...
bukan xsedap... tapi masalahnya.. giler babun ramai sangat orang.. aku tunggu dia nak datang order je pun dekat sejam... ko bayangkan aku datang kul 12.30.. kul 1.30ptg baru dia nak amik order..kene bersabar.. lagi lagi tengah lunch hour.. kan...
makanan dia yang aku order.. Nasi utk 5 orang (RM5) + Sayur (RM2) + Ayam 2 Ekor (RM8) + Kari Kepala Ikan (RM80) + Jus Oren 5 orang (RM13) ... Harga dia adalah sebanyak RM108 ringgit....
n bagi aku.. ok je harga dia.. just nice... yang aku puji dia punya kari kepala ikan.. memang xmengecewakan... puas hati beb tunggu 1 jam...
5. Botanical Garden
Okay aku xpastilar tempat ni sangat best kepada sesetengah orang.. tapi aku syorkan korang pergi je sini kepada family2 yang nak jalan2 kat area penang...
then kalau nak snap gambar flora sangat okeylar.. dan ada jual cenderamata kat sini..
Jeruk pak ali mmg femes kat sini walaupun mendapat persaingan dengan jeruk yang lain.. tapi nak sedap berbaloi.. pilihlar jeruk pak ali.. aku jumpa satu tempat nie jualan dia sangat baguz.. sangat ramah.. dan dia xkenekan extra fee tambahan... setengah kilo dalam rm6 dan sekilo rm12...
Sori terfokus dekat gadis seorang nie.. okay cute kan.. Kadang2 ada yang franchise jeruk pak ali yang dia naikkan sehingga rm8 setengah kilo.. so kedai ni aku recomended kat korang berdekatan dengan hotel beach paradise tanjung bungah.. dia jual dengan harga berpatutan n no extra fee okay.. bley try dulu.. nak amik air jeruk pun bley..
Auto Machine Carwash tanjung bungah...
Sebelum balik kl tue.. aku just suggest korang basuh kete guna auto machine.. alah bukan mahal sangat pun RM4.... sesape yg xpenah merasa basuh kete automatik.. hehe..
Akhir sekali, dengan saya menulis artikel ni, saya harap kamu mendapat idea bila datang ke pulau pinang k.. enjoy...
wassalam...
0 comments:
Post a Comment