rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Preparation sebelum mendaki Gunung Kinabalu..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. berkat kesabaran menunggu untuk mencari masa dan peluang untuk mendaki gunung kinabalu.. akhirnya bakal dilunaskan dalam beberapa hari lagi..

Yuran pula xberapa nak mahal dalam lingkungan rm200-rm300 dan menjadi pemangkin untuk mendaki gunung kinabalu... sebelum mendaki mesti ada pereparation.. kalau main terjah sahaja risau nanti mengganggu member kita dan juga orang yang nak mendaki juga..

preparation dari segi fizikal perlu diutamakan.. sebab badan kita nie penentu mampukah kita akan berada di kemuncak gunung atau sekadar berada di pertengahan gunung sahaja..

aspek fizikal seperti biasa.. saya melakukan aktiviti joging dan ber gym ming... huhue.. asal boleh untuk menguatkan stamina.. yang penting kekuatan kaki.. angkat berat menggunakan kaki pun antara senaman yang baik bagi menguatkan otot kaki sebelum mendaki.. seeloknya lebih awal bersenam adalah lebih baik.. tetapi dalam kes sy yang adhock nie.. hanya sempat berlatih selama seminggu sahaja.. apa pun kita tengok hasilnya bagaimana.

preparation dari segi peralatan harus diutamakan.. tapi yang penting selamat dan menyelesakan.. anda boleh mencari peralatan dengan harga yang murah.

1. Kasut

Kasut yang saya pilih adalah kasut joging saya.. kasut joging saya nie mmg ringan dan berjenama BROOKS... boleh lar.. yang penting tapaknya ada getah.. itu yang paling utama..

2. Sweater

Sweater yang terbaik adalah yang kalis air.. Disana cuaca agak sejuk dan kadang-kadang cuaca memang tak dapat dijangka.. selalunya mmg hujan.. kalau beli berjenama mestilar mahal skek, kalau beli di kedai bundle lebih baik baru RM10 ke RM20 dapat yang kualiti baik

3. Gloves

Glove juga menjadi keutamaan.. disebabkan cuaca sejuk dan juga apabila anda memegang tali nak mendaki nanti untuk mengelakkan kecederaan..boleh beli di  DAISO dalam rm5.. murah-murah sudey.. lebih elok beli dalam 3 helai.

4. Snow Cap

Snow cap ni amat penting untuk menutup kepala disamping menutup telinga.. angin yang terlampau kuat nanti xmenyelesakan telinga anda.. so prepare is better.. DAISO - RM5 juga

5. Head Lamp

Head Lamp ni aku beli dekat kedai outdoor.. yang aku rasa lebih murah kalau beli kat kedai pasar malam.. aku beli dengan harga RM13.. boleh lar.. penting bila kita nak mendaki jam 2-3 pagi.. waktu gelap gelimat.. xkan nak pakai lampu suluh, mesti bergaya sikit.

6. Kain menutup Leher dan hidung..

Kain nie juga amat penting.. sebabnya nak tutup hidung bagi mengelakkan dari sesak nafas.. udara yang sejuk disamping tekanan rendah di atas agak menyesakkan proses pernafasan. beli mahal sikit takpe untuk selesa.. RM34.

7. Baju Hujan..

Baju hujan adalah lebih baik yang tebal dan berkualiti, anda boleh beli di giant dalam harga RM5 sahaja dan Daiso punya pula agak nipis.

8. Bag Deuters

Bag ni xyah besar2.. nanti berat.. bawak yang kecil2 yang tahan lasak pun ley..

9. Minuman dan Makanan

Air mineral kecil dan juga Power Bar atau cokelat.. rasa xlarat.. minum dan makan sikit..

10. Stokin

Stokin yang tebal sepatutnya digunakan selepas anda sudah sampai ke Laban Rata, dan Stokin yang nipis ketika anda mendaki dari bawah ke laban rata. ini kerana jika waktu hujan stokin yang nipis mudah sedikit untuk di keringkan

11. Hair Dryer

Benda yang paling paling utama yang wajib ada, adalah Hair Dryer. beli yang murah pun xper. fungsi nya adalah untuk anda mengeringkan baju, stokin, spender dan yang paling utama memanaskan kaki ketika tidur..

Ketika anda mendaki, tips nya anda perlulah meletakkan plastik didalam bag anda.. Ia untuk memastikan baju dan segala kelengkapan anda dalam keadaan tidak basah.. ia pernah terjadi pada saya dan seharian saya mengeringkan menggunakan Hair dryer..

Kaki memang mudah Cramp biler keadaan yang sangat sejuk. apabila memanjat jangan terlampau gopoh untuk sampai ke puncak kecuali anda memang FIT!!.. Orang yang Fit pun kadang2 akan cramp.. Bila dah cramp di bahagian kaki. anda perlu bertahan mendaki selama 5 jam dalam keadaan yang perit. sesungguhnya saya pernah merasai perkara tersebut. Lebih elok anda mendaki 5 jam dalam keadaan perlahan tetapi tidak menyakitkan daripada anda mendaki 5 jam dalam keadaan penuh siksaan..

Harga untuk Mendaki gunung Kinabalu ni dia ikut package juga. package saya memang murah tetapi tempat tidur saya memang tidak selesa. Harga mahal jadi tempat pun lebih selesa. Makanan juga disediakan secara Buffet dan ia telah dibayar mengikut package yang disediakan.. menu wajib adalah daging lembu, blackpaper lamb dan ayam masak merah... makanan memang Heaven dont worry..

Wassalam.


0 comments: