rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Kisah adik, abang dan basikal...

Assalamualaikum..

Petang td aku joging kat tasik permaisuri... best juga joging di bulan ramadhan nie.. sunyi je..

on the way balik ke rumah, aku dengar radio IKIM.. dan ada satu cerita dari radio tu yg aku betul2 nak share...

cerita dia kisah adik, abang dan basikal... tapi cerita ni sbnarnya macam cerita budak sekolah rendah je.. haha.. tapi bukan jalan ceritanya menarik tp moral of the story dia yg sungguh terkesima di hati saya..

sumber gambar di sini

cerita bermula apabila ahmad dihadiahkan sebuah basikal yang sungguh cantik oleh abgnya rosman... ahmad sungguh teruja dengan basikal barunya itu dan setiap petang, selepas beliau habis mengulangkaji pelajaran dan bersolat, beliau akan bermain basikal di taman...
sedang ahmad bermain basikal tu, dia diperhatikan oleh amir.. amir memandang ahmad dengan penuh rasa teruja... amir pun berkata kepada ahmad "is that your bicycle" ahmad pun jawab " yes this is my bicycle, my brother just give it to me as a present for my birthday".. 

dalam hati ahmad pun berbisik.. mesti budak ni nak kata yang basikal aku ni sungguh hebat dan aku sungguh bertuah sebab mempunyai basikal ini... amir pun berkata kepada ahmad " i wish i become like your brother, you are very lucky to have a brother like urs who give a nice bicycle to u.." ahmad sungguh tersentuh mendengar kata2 amir td dan mempelawa amir bermain basikalnya..

sebelum balik tu amir pun meminta ahmad utk menghantarnya ke rumah yang tidak jauh dari taman itu... ahmad pun bersetuju dan membawa amir ke rumahnya.. apabila sampai di rumah.. amir menyuruh ahmad tunggu seketika.. amir pun keluar bersama dengan adiknya mendekati ahmad...

dalam hati ahmad pun berbisik.. amir pasti ingin menunjukkan adiknya, basikal baru ahmad dan  kawan baru (ahmad) yang baru dikenalinya itu... amir pun berkata pada adiknya... "brother, when i grow up, i will give u a nice bicycle as present just like what ahmad's brother did..." amir berterima kasih kepada ahmad..

moral of the story.. tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima...

teruskan beramal di bulan Ramadhan nie... =)

Wassalam...

0 comments: