rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

BOHSIA.. dah xde tajuk lain ke!!

Assalamualaikum...

bila dengar BOHSIA.. saya dah rasa menyampah.. ini pula movie yang dinamakan BOHSIA..

Ekk ellee.. xpe2.. mungkin producer dah xda tajuk lain nak letak kan.. kalo kata nak sampaikan maksud tersirat kepada para remaja melalui tagline(yang kecil terselit di bawah perkataan BOHSIA yang besar tu).. producer dah silap.. dah berlambak cerita macam ni dihasilkan sampai rasa meluat dan nak termuntah bila menonton..

tapi saya amat berharap supaya content cerita ini.. tiada unsur sex, rogol dan social bebas(mungkin harapan tinggal harapan selepas tgk preview dia)... sebab yang menontonnya adalah bangsa melayu kita.. budak2 yang masih dalam pelajaran yang terkontang kanting dalam mencari hala tuju hidup.. karang terikut ikut pula.. diorang bukan nak tgk yg positif, yang negatif juga yang diorang ikut... contohnya remp-it(aku xkan tgk citer ni)..

Berikut adalah sedikit jalan cerita Bohsia-Jalan Pilih Jalan Hitam yang akan ditayangkan di pawagam pada 23 April ini.

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy(Salina Saibi) dan Tasya(Nabila Huda) yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang.

Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul) teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai(Shaheizy Sam) teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam(Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu.

Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah(Diana) tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam.

Tasya yang berang dengan kecurangan Muz,relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri.

Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy.

Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh(Nasir). Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku… Saksikan BOHSIA di pawagam pada 23 April ini.

creadit to http://ohartis.com/filem-bohsia-jangan-pilih-jalan-hitam/


Marilah beramai ramai menonton cerita ini dipawagam k..

kalo tgk cerita melayu kita.. kalo pasal bab2 merogol memang banyak.. setiap kali kalo saya tengok cerita melayu yang ada rogol.. terus TUTUP!!!!!.. dan dalam hati saya mencaci maki cerita itu(xmencarut k).. antara cerita yang sy ley ingat satu babak bodoh adalah mami jarum junior rasanya.. tetiba cerita lawak ni ada unsur rogol pula diakhirnya.. dan akhirnya dia insaf setelah dirogol.. haha.. bodoh pula saya rasa setelah tengok cerita ni.. lagi satu modal cerita melayu, kalo berdua duaan dalam rumah.. kejap lagi kene tangkap basah lar jawabnya(selalunya kejadian didalangi orang yang jelez dengan hero dan heroin tu..)

cerita yang saya tengok yang best dan boley dibanggakan cerita melayu adalah man laksa, buli, baik punya cilok, cicakman, (drama yang dilakonkan oleh m.rajoli kat astro dah lupa tajuk dia) bujang lapok(P Ramlie) dan UPIN DAN IPIN!!.. (semua cerita ni sy tgk kat panggung k.. kecuali cerita allahyarham tan sri pramlie...)yang terbaru mungkin TALENTIME..

majulah filem malaysia.. be more creative.. we need quality not quantity!!
kesilapan ayat saya adalah kelemahan diri saya sendiri.
wassalam..

4 comments:

afifisa said...

pengarah filem ni ckp (maaf sya x ingat nama pengarahnya... dan sya juga dah x ingat nak copy kenyataan dia tu dr web mana), dia sengaja meletakkan nama filem dia sebagai bohsia untuk menerangkan dengn jelas tentang filem ini.
dia juga berharap agar isu tajuk filem ini tidak dipolemikkan.
dan untuk imbangan kepada tajuk filem ini, diletakkan tagline "jgn pilih jln hitam"

sekadar memetik

shah_apiz said...

baguz betul pengarah filem ini kerana memberi alasan "SENGAJA".. untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada remaja.. dekat dihatilar katakan..

seperti yang saya cakap dalam blog td.. tagline jangan pilih jalan hitam.. seolah ingin menutup segala kontroversi perkataan BOHSIA itu..

saya akan meletakkan sinopsis cerita yang best ni kat sini..
elakkan kontroversi.. tingkatkan prestasi..

Kamarul said...

emh..banyak lagi cara nak sedarkan orang jerd..pelakon yang berlakon tu pun wat dosa dengan wat adegan2 dlm filem tu..porn star pun berlakon kan? tapi still ape yang dia orang buat berdosa kan? tapi asasnya, ape yang pelakon sekarang buat, mereka guna alasan "professional" semata2 menjayakan filem tu..bnyk lg kot cara nak sedarkan remaja..filem bukan cara terbaik..takkan kita nak cakap bahaya melakukan aksi seks bebas dengan menayangkan perbuatan ataupun aksi seks di dalam filem..betul x?

shah_apiz said...

yezz.. thats rite kam.. itu yang aku cuba menerangkan.. tiap kali aku tgk preview citer ni.. dalam hati dok kata.. bohsia betul..