saya tertarik dengan pendapat ustaz dr. asri bekas mufti perlis iaitu utamakan pasangan yang tidak merokok.. wow.. interesting kan.. sbb saya xmerokok (bukan nak promote diri)..
Kata Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin bahawa wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok kerana Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
- Perokok sentiasa merosakkan diri dan ia ditegah oleh agama. Majoriti ulama mharamkan rokok.
- Perokok membahayakan kesihatan keluarga(anak dan isteri terhidu asap rokok)
- Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan kerana rokok sendiri mengotorkan diri, serta banyak kemudahan awam lain rosak disebabkan kesan rokok oleh penggunanya. Ciri ini kurang baik bagi seorang bapa yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
- Rokok adalah pembaziran. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
- Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan.
wassalam..
www.drmaza.com (diedit oleh shahzan)
4 comments:
bagus jugak artikel ni
ingatkan sebab-musabab akan mengambil kira faktor agama semata2, tp adalah atas kebijaksanaan menilai
bagus2
bkn mcm copy and paste
bagus2!!
katakan tak nak..
hehehe..
susah r sekarang nak cari yang tak merokok langsung...
maaf shah...ada kesilapan sket...Dr Mohd Asri Zainul Abidin ni ex-mufti perlis..bkn mufti Perak...mufti Perak Dato Seri Dr Harussani Zakaria.Tq....
ok..ok.. dah betulkan.. thankz mr.k tersalah pula.. perlis dengan perak xjauh bunyi nye... tersalah letak pulak.. k k.. (^^!)v
Post a Comment